Bila cakap pasal rezeki, ramai antara kita terus bayangkan duit masuk, sales padu atau job datang bertubi-tubi. Tapi kadang-kadang kita lupa, salah satu pintu rezeki paling powerful sebenarnya datang dari senyuman ibu dan reda seorang ayah.
Kongsi walau sedikit, tapi penuh ikhlas
Menurut Tn. Haji Hushim, Kaunselor dan Pakar Motivasi Kekeluargaan, anak-anak yang selalu berkongsi rezeki dengan ibu ayah akan melihat rezekinya bertambah—bukan saja dari segi harta, tapi juga ketenangan hidup.
“Kalau kita bagi pada mak bapak kita, in sha Allah mereka akan doakan hari-hari untuk anak. Dia doa tak tunjuk dalam FB, IG atau Whatsapp sebab kita ‘beri’ pada mereka. Anak bagilah berapa pun, mereka akan doakan sama rata semuanya.”
Tak perlu tunggu jadi jutawan baru nak hulur. Kadang-kadang, RM10 pun cukup untuk buat mak ayah rasa dihargai, dan doa mereka itu yang membuka pintu-pintu keberkatan.
Ads
Rezeki kadang tak nampak, tapi kesannya jelas
Kadang-kadang kita naik pangkat, dapat pelanggan baru, atau gaji tiba-tiba bertambah. Kita anggap itu nasib baik… tapi mungkin itu hadiah dari Tuhan kerana kita tak berkira dengan orang tua.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya keredaan Allah itu terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Hadiah dari langit yang kita tak sangka
Ads
Bila kita beri dengan ikhlas, Allah akan ganti dalam bentuk yang kita tak sangka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’, ayat 23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…”
Rezeki bukan semata-mata duit. Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk kesihatan, perlindungan dari bala, dan jiwa yang rasa cukup walau sederhana.
Mak ayah tak harap banyak, cukup kita ingat dan tak berkira
Ads
Tn. Haji Hushim pesan, mak ayah ni bukan nak kita beri ribu-ribu. Yang penting, jangan jadi kedekut dengan mereka. Bila kita ikhlas beri pada orang tua, bukan saja rezeki bertambah… tapi hidup pun jadi lebih lapang dan tenang.
Apa yang kita tanam hari ini, akan dituai oleh anak-anak nanti
Setiap sen yang kita beri pada ibu dan ayah, ibarat benih yang tumbuh jadi pohon rezeki yang subur. Tak nampak hari ini, mungkin Allah balas esok. Atau mungkin anak-anak kita nanti akan belajar untuk buat perkara yang sama.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya.
Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Ertinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunyai sikap pilih kasih kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Ingat, walaupun anak masih kecil mereka juga mempunyai perasaan. Hormatilah perasaan anak dan tunjukkan penghargaan anda terhadap mereka.
Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti.
Hal itu dikongsikan Aafiyah ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Menurut Aafiyah, beliau ingin menjadi seorang ustazah apabila dewasa kelak.
Jawapan tersebut mendapat reaksi Ustazah Norhafizah yang kemudian membalas dengan mendoakan anak sulung itu berjaya menjadi seorang Hafizah suatu hari nanti.
Ustazah Norhafizah yang disegani ramai ini juga turut memuji Aafiyah meskipun baru berusia 6 tahun, tetapi mampu menghafal beberapa surah dan hadis.
Sebelum itu, kelihatan ustazah dalam sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok itu pada awalnya mendoakan Aafiyah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.
“Ustazah nak doakan untuk Aafiyah, semoga cemerlang dunia akhirat.
“Ya ALLAH, kurniakanlah kepetahan berkata-kata, akhlak yang cantik dan ingatan yang kuat.
“Semoga juga, Aafiyah menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah. Aamiin,” ungkap ustazah lagi.
Semoga Aafiyah terus menjadi anak yang sihat, bijak dan ceria.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang itu dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Begitu juga dengan kanak-kanak. Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.
Namun, seiring pertambahan usia, anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya meningkatkan risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit. Salah satu masalah kesihatan yang sering menyerang kanak-kanak adalah berkaitan dengan masalah penghadaman (gastroenterologi) dan hati (hepatologi).
Penting untuk ibu ayah mempunyai kesedaran mengenai masalah kesihatan ini supaya ia tidak memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang. Dalam hal ini, sudah tentu ibu ayah memilih pusat perubatan yang terbaik untuk anaknya menerima rawatan.
MASALAH PENGHADAMAN
Gastroenterologi adalah masalah kesihatan berkaitan dengan penghadaman, intoleransi makanan dan gastrik. Bagi anak-anak, masalah penghadaman termasuklah sakit perut, masalah cirit-birit, atau sembelit. Makanan yang seimbang dan minum air banyak boleh membantu dalam menjaga kesihatan anak-anak.
Dalam pada itu, ada beberapa kanak-kanak mungkin mengalami intoleransi makanan seperti lactose intolerance. Penting untuk perhatikan reaksi badan anak kepada makanan tertentu dan berbincang dengan pakar perubatan untuk rawatan lanjut.
Manakala gastroenteritis atau lebih dikenali sebagai penyakit gastrik, biasanya berlaku akibat jangkitan virus atau bakteria. Pastikan anak-anak sentiasa bersih tangan dan makan makanan yang bersih untuk mengelakkan jangkitan.
MASALAH HATI
Seterusnya masalah kesihatan berkaitan dengan hati (hepatologi) turut dihadapi oleh kanak-kanak seperti hepatitis, masalah hati sejak lahir, hepatitis juga boleh menyerang kanak-kanak, terutamanya Hepatitis A. Vaksinasi Hepatitis A adalah penting untuk melindungi mereka daripada jangkitan ini.
Beberapa kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan masalah hati yang memerlukan perhatian khas. Doktor pediatrik dan pakar hepatologi kanak-kanak boleh membantu dalam pengurusan kes seperti ini.
Memahami dan menguruskan kesihatan sistem penghadaman serta kesihatan hati anak-anak sangat penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan sihat. Jika ibu bapa ada sebarang kebimbangan mengenai masalah kesihatan ini dapatkan nasihat doktor untuk penjagaan yang lebih baik.
Justeru, seboleh-bolehnya ibu bapa mahukan hospital yang mempunyai suasana selesa dan mendamaikan supaya kita dapat menjalani rawatan dengan lebih tenang dan positif. Paling penting pusat perubatan berkenaan menyediakan pakar pediatrik bertaraf dunia dan mesra kanak-kanak!
HOSPITAL KOMPREHENSIF & KEMUDAHAN BERTARAF DUNIA
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway merupakan sebuah pusat perubatan kuaternari swasta terkemuka di Malaysia yang komited menyediakan servis penjagaan kesihatan bertaraf dunia. Pusat perubatan ini turut menawarkan perkhidmatan perubatan komprehensif yang merangkumi kemudahan dan teknologi perubatan yang canggih untuk program penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pesakit luar dan pesakit dalam.
Hospital dengan hiasan dalaman yang indah tatkala kaki melangkah masuk ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kuaternari paling komprehensif dengan menyediakan sejumlah 724 katil berdaftar, 200 klinik doktor pakar, 18 dewan bedah, 28 Pusat Kecemerlangan Klinikal, serta lebih 60 bidang kepakaran dan subkepakaran. Selain itu, terdapat juga dua tempat letak kereta bertingkat dengan kapasiti 1,470 ruang letak kereta. Semestinya pesakit dan pelawat mempunyai ruang parkir yang cukup setiap kali berkunjung ke hospital ini!
Pusat Perubatan Sunway yang terletak di Bandar Sunway ini berada pada lokasi paling strategik. Ia hanya terletak sejauh 450 meter dari Universiti Sunway manakala pusat tarikan lain seperti Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Lagoon dan pusat beli-belah Sunway Pyramid hanya terletak dalam radius 1.5 kilometer sahaja. Memang mudah!
Bahkan sejak ditubuhkan pada tahun 1999, hospital ini telah berkembang pesat dengan pertambahan beberapa menara baharu bagi memenuhi keperluan kesihatan pesakit bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga dari luar negara.
HOSPITAL MESRA KANAK-KANAK
Cakna mengenai perbezaan pengurusan antara pesakit kanak-kanak dan dewasa, pusat perubatan kuaternari swasta yang telah beroperasi selama 24 tahun ini mempunyai 22 bidang subkepakaran pediatrik yang melibatkan tenaga kerja 40 orang doktor pakar kanak-kanak.
Barisan pakar berkredibiliti serta berpengalaman juga merupakan salah satu kriteria yang utama apabila memilih hospital terbaik! Lebih istimewa, merupakan hospital swasta pertama sedia Jabatan Kecemasan Kanak-kanak untuk rawatan menyeluruh.
PAKAR PERUNDING PEDIATRIK:
1. Dr Ang Hak Lee – Pediatrik & Pediatrik Kardiologi
2. Dr Anis Siham binti Zainal Abidin – Pediatrik & Pediatrik Rawatan Intensif
3. Dr Ch’ng Tong Wooi – Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi
4. Dr Cham Weng Tarng – Pediatrik & Pediatrik Reumatologi
5. Dr Cheong Shu Meng – Pediatrik & Neonatologi
6. Dr Chye Joon Kin – Pediatrik & Neonatologi
7. Dr Cindy Chan Su Huay – Pediatrik & Pembangunan Pediatrik
8. Dr Eni Juraida binti Abdul Rahman – Pediatrik & Pediatrik Hematologi dan Onkologi
9. Dr Heah Sheau Szu – Pediatrik & Pediatrik Dermatologi
10. Dr Khoo Boo Aik – Pediatrik & Neonatologi
11. Dr Lim Wei Leng – Pediatrik & Neonatologi
12. Dr Mohamed Najib bin Mohamed Unni – Pediatrik & Pediatrik Hematologi dan Onkologi
13. Dr Nazrul Neezam Nordin – Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi
14. Dr Norazlin binti Kamal Nor – Pediatrik & Pembangunan Pediatrik
15. Dr Norzila Mohamed Zainudin – Pediatrik & Perubatan Respiratori Pediatrik
16. Dr Ong Sik Yong – Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi
17. Dr Tan Teong Yong – Pediatrik
18. Dr Tay Chee Geap – Pediatrik & Pediatrik Neurologi
19. Dr Yap Tsiao Yi – Pediatrik & Pediatrik Hematologi dan Onkologi
20. Dr Yiaw Kian Mun – Pediatrik & Pediatrik Nefrologi
21. Dr Yip Cheng Wan, Rosalie – Pediatrik & Pediatrik Cardiologi
22. Dr Wong Chee Piau – Pediatrik & Pediatrik Neurologi
23. Dr Jama’iah Mohd Sharif – Pergigian Pediatrik
24. Dr Ahmad Zulkiflee Laidin – Pembedahan Pediatrik
25. Dr Cheah Hui Shan – Pembedahan Pediatrik
26. Dr Goon Hong Kooi – Pembedahan Pediatrik
27. Dr Shona Alison Edmonds – Pembedahan Pediatrik
28. Dr Yik Yee Ian – Pembedahan Pediatrik
29. Dato’ Dr Zakaria Zahari – Pembedahan Pediatrik
30. Dr Lim Wai Jenn – Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
31. Dr Tee Bee Chin – Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
32. Dr Teh Yong Guang – Radiologi Pediatrik
33. Dr Rohazly Ismail – Radiologi Pediatrik
34. Dr Wong Wai Hong – Anestesiologi Pediatrik
35. Dr Sushila Sivasubramaniam – Anestesiologi Pediatrik
36. Dr Lee Weng Seng – Pembedahan Kardiotorasik Pediatrik
37. Dr Priatharisiny Velayutham – Telinga, Hidung & Mulut Pediatrik
38. Dr Chin Pik Kee – Oftalmologi Pediatrik
39. Dr Fazilawati A Qamarruddin – Oftalmologi Pediatrik
40. Dr Ong Shong Meng – Pembedahan Ortopedik Pediatrik
Tahniah! Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Hospital Komprehensif & Kemudahan Bertaraf Dunia Pilihan Pa&Ma.
Pusat Perubatan Sunway merupakan hospital utama di bawah Sunway Healthcare Group (SHG), telah meraih pelbagai pengiktirafan atas pencapaiannya yang membanggakan. Ia mendapat akreditasi Badan Piawaian Kesihatan Australia (Australian Council on Healthcare Standards, ACHS) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health, MSQH) bagi hospital swasta serta telah memenangi anugerah Syarikat Terbaik Tahunan bagi Hospital Pintar Malaysia Frost & Sullivan untuk dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022.
Bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang semakin canggih, SMC telah mengembangkan bidang perkhidmatan perubatan khusus, meliputi bidang ilmu saraf hinggalah rawatan kanser yang maju, serta dari penyelidikan klinikal kepada teknologi bioperubatan. Beberapa bidang khusus termasuk Onkologi, Wanita dan Kanak-kanak, Neurosains, Jantung dan Paru-paru, Tulang dan Sendi, Pembedahan Robotik & MIS, serta Kesihatan Penghadaman. Bidang kepakaran yang ditawarkan juga termasuk pemindahan buah pinggang, pemindahan sumsum tulang, implan koklea dan transplan kornea, serta terapi berasaskan sel dan gen.