Semalam kita baru sahaja dikejutkan dengan berita Rubiah, 41, maut dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi kira-kira 8 pagi semalam, selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Hari ini, bekas ibu mentua kepada Allahyarham menyatakan akan menunaikan amanat arwah untuk menjaga cucu-cucunya.

“Mak Cik Akan Bawa Anak Arwah Tinggal Dengan Mak Cik” Mulianya Hati Bekas Ibu Mentua Arwah Rubiah

Wan Zaini Wan Abdullah, 60, berkata, walaupun arwah dan anak lelakinya, Mohd Radzi Aziz, 38, sudah berpisah empat tahun lalu, hubungan antara mereka sangat baik dan selalu berhubung untuk bertanya khabar.

Malah katanya, setiap kali menelefon, arwah selalu berpesan supaya dia mengambil dan menjaga anak-anaknya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadap dirinya.

“Arwah mempunyai enam anak hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan anak lelaki saya dan seorang bayi perempuan dengan suami baharu.

“Anak sulung arwah berusia 18 tahun dan yang paling kecil baru berusia tiga bulan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi dekat sini, hari ini

IKLAN

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

Wan Zaini berkata, dua anak arwah sudah berada dalam jagaannya sebelum ini manakala empat lagi tinggal bersama arwah ibunya.

IKLAN

“Selepas ini mak cik akan bawa dua lagi anak arwah tinggal bersama kami di Tangga Batu, Melaka. Dua lagi buat sementara ini akan tinggal dengan bapa mereka sehingga keadaan kembali reda,” katanya.

Sementara itu, anak kedua arwah, Muhammad Danish Hakim Mohd Radzi, 15, berkata, dia reda dengan pemergian ibunya walaupun kematiannya secara tiba-tiba.

Katanya, kejadian itu memang tidak dijangka kerana hubungan antara arwah ibu dengan bapa tirinya sebelum ini baik-baik sahaja.

IKLAN

“Kali terakhir saya jumpa ibu pagi semalam sebelum pergi sekolah dan saya bersalam seperti biasa. Tetapi tengah hari semalam ayah datang ke sekolah dengan tergesa-gesa dan beritahu ibu sudah tiada,” katanya.

Kredit: Hmetro

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI