PUTRAJAYA: Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian diiktiraf sebagai nama terpanjang yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tahun lalu.
Nama terpanjang itu diumumkan Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara 2018.
Mohammad Razin berkata bagi nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN pula ialah Ismail iaitu sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah (47,989).
“Nama wanita yang popular pula ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).
Ads
“Untuk makluman, di Malaysia hanya terdapat seorang pemilik nama Mohd Azis Jamman iaitu milik Timbalan Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam ucapan.
Pada 2014, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam.
Difahamkan, nama terpanjang pada 2014 adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.
Ads
Gambar hiasan
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohammad Razin berkata, sehingga 30 Jun lalu jumlah pemegang MyKad di seluruh negara adalah seramai 22,664,777 orang.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 19,322,409 pemegang sudah menukar MyKad struktur baharu, manakala 3,247,589 pemegang masih belum menukarnya.
Ads
“Sebanyak 81,250 pemegang masih memegang kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang kad pengenalan pertama (KPP).
“Sehubungan itu, JPN meminta supaya pemegang MyKad yang masih belum menukar MyKad struktur baharu, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad pengenalan mereka di mana urusan ini boleh dilaksanakan di kaunter JPN seluruh negara,” katanya
Siapa kita hendak menolak takdir Allah. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak yang masih belum puas bermanja akibat kemalangan dan menyebabkan pendarahan dalaman di bahagian kepala sebelah kiri akibat hentakan airbag ketika sedang tidur dan dipegang ibunya di kerusi depan penumpang.
Berkongsi perasaan dan detik ketika berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa Naufal Hadi bin Saiful Hadi yang ketika itu berusia 1 tahun 8 bulan cukup buatkan Saiful Hadi Zamari dan Hairun Nisa Khamis rasa trauma hingga hari ini.
Hentakan airbag, pendarahan di kepala
“Sebelum ini arwah Naufal akan sentiasa duduk dalam car seatnya. Tapi pada hari kejadian seolah-olah macam ada yang tak kena dan dia asyik merengek serta nak dipeluk sepanjang masa.
“Disebabkan rasa kasihan, saya pangkunya atas riba dan dia tertidur semasa perjalanan balik ke rumah selepas kenduri. Apa yang membuat saya tertanya sebelum ni arwah tak akan tidur dalam kereta tapi pada hari tersebut sikapnya sangat lain.
“Dalam 200 meter nak sampai di kawasan rumah kami sekeluarga kemalangan kerana kereta terbabas sehingga menyebabkan arwah yang ketika itu sedang tidur terkena hentakan airbag dan tercampak ke kerusi bahagian belakang.
“Dalam keadaan kelam kabut, suami terus melihat keadaan arwah dan arwah buka mata dalam keadaan tak bermaya. Tiada sebarang kecederaan di bahagian badan cuma kesan lebam di dahinya.
Melihatkan keadaannya itu, kami terus di bawa ke hospital dan dalam perjalanan itu masih terdengar suara arwah seperti mengerang sakit dan tiba di hospital keadaannya tenat dan doktor tidak dapat memberi jaminan pada kami,” jelas pasangan ini.
Lepaskan Naufal pergi dengan tenang
Menurut Hairun Nisa, sepanjang dua hari ditempatkan di ICU Naufal memang tak sedar dan beberapa kali jantungnya terhenti.
“Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya minta kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
“Masuk hari kedua di ICU, sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan anak sehinggalah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir saya cakap di telinganya “Mummy lepaskan Naufal, halalkan susu mummy serta makan dan minum Naufal.”
Kehilangan yang cukup dirasai
Tambah Hairun Nisa, pemergian Naufal ini cukup dirasai oleh kami suami isteri hinggalah saya rasa macam tak mahu berjumpa orang dan suami pula trauma hingga tak boleh pandu kereta dalam tempoh beberapa bulan.
“Selepas beberapa bulan, kami berdua dapat semangat baru dan percaya apa yang berlaku dah ditakdirkan.
“Apa yang buat kami tak sangka, kehilangan Naufal telah digantikan pula dengan kehadiran orang baru dan adiknya kini seiras muka arwah. Bila tengok adik, terubat rindu pada arwah,” katanya.
Duit boleh cara, nyawa tiada gantinya
Sementara itu, menurut Saiful Hadi, walaupun kemalangan yang melibatkan arwah ini dah lebih dua tahun (27 Ogos 2017) namun memori itu masih kuat.
“Sebagai bapa yang pernah kehilangan anak, saya rasa penggunaan car seat sangat penting. Mungkin kita rasa anak menangis tak mahu duduk buatkan perjalanan terganggu tetapi demi menyelamatkan nyawa kena tahan telinga. Betul ajal maut di tangan Allah tapi kita boleh ikhtiar untuk menyelamatkan anak.
“Pengajaran bagi saya untuk anak kedua ini pun setiap kali masuk kereta, kami suami isteri akan meletakkannya dalam car seat.
“Saya dah tak mahu kehilangan anak buat kali kedua. Jika orang kata kerusi keselamatan kanak-kanak mahal itu sebenarnya bukan masalah besar sebab duit boleh dicari manakala nyawa tidak boleh diganti.
“Lepas ini buat ibu bapa Beli, Pasang & Gunakan kerusi keselamatan anak sebaik mungkin. Jangan setakat ada dalam kereta tetapi sebagai hiasan kerana anak tak mahu duduk. Biasakan dari awal lagi mudah untuk anak faham,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik wajah serius dan tenang Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, sebenarnya beliau adalah seorang papa dan atok yang sangat penyayang. Malah beliau juga seorang bapa yang bersifat ‘family-oriented.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang yang juga anak bongsu daripada enam adik beradik ini telah menyertai jemaah menteri sejak 2008 serta mengetuai beberapa kementerian sehingga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jom tinjau sisi lain bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya (UM) yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini.
Menantu Ismail Sabri iaitu pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi info menarik mengenai perdana menteri yang baharu seperti dikongsikan Mstar.
Berikut adalah 10 info menarik mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1. Warna kegemarannya adalah biru kerana merasakan rona itu boleh membuatkan beliau kelihatan muda.
2. Dari segi gaya, Ismail Sabri suka mencuba sesuatu yang baharu, very adventurous, suka kelihatan muda dan ceria serta tidak takut bermain dengan warna.
3. Kelihatan serius dan tenang di khalayak, namun beliau lebih relaks apabila berada di rumah dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.
4. Kuat makan! Menyukai masakan patin tempoyak, singgang, nasi kerabu dan nasi dagang.
5. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.
6. Bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.
7. Mempunyai bakat terpendam iaitu menyanyi dan beliau memang suka menyanyi.
8. Penyanyi kesukaannya adalah Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Buble. Pilihan penyanyi tempatan pula Datuk Jamal Abdillah dan Hael Husaini, termasuk anak beliau, Dafi.
9. Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tular video kanak-kanak perempuan menangis baru-baru ini kerana cemburu posmen sering menghantar bungkusan milik mamanya sahaja, akhirnya ada kejutan tak disangka oleh anak ini.
Menerusi video TikTok dikongsi Asyila Alli, anaknya yang mesra dipanggil Insyirah sering kali merungut apabila barang ‘online’ yang sampai bukan atas namanya sehingga perlu dipujuk. Semua gara-gara jealous ya!
Bagaimanapun, dalam perkongsian terbaru mamanya, Insyirah telah mendapat kejutan istimewa selepas video dia menangis itu meraih perhatian pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad. Pos Malaysia berbesar hati untuk memberi hadiah istimewa dengan memberi kepadanya sendiri.
Video itu memaparkan keterujaan dan kegembiraan di raut wajah Insyirah ketika membuka bungkusan kotak tersebut yang turut disertakan dengan kad ucapan daripada pihak Pos Malaysia.
“Hai adik Insyirah, ni ada hadiah istimewa daripada abang posmen. Adik jangan menangis dah ye?
“Tabung comel ni abang bagi khas dekat adik je. Simpan duit dalam tabung ni, nanti boleh join mama shopping!..”
Perkongsian video berdurasi 32 saat itu dihujani komen netizen yang turut gembira melihat reaksi teruja dan senyuman manis kanak-kanak tersebut.
Orang ramai juga turut memuji usaha pihak Pos Malaysia yang memberikan hadiah tabung berkenaan sekaligus mendidik anak kecil mengenai tabiat menabung sejak dari kecil.
“Sukanya dia.. Rezeki adik”
Kadang ragam anak-anak kita ni lucu. Semua ini berlaku secara spontan. Tapi momen inilah yang akan dikenang bila dia besar nanti.
Malah tindakan Pos Malaysia juga harus dipuji kerana berjaya membuatkan anak kecil gembira. Soal hadiah tu nombor dua. Lepas ni adik Insyirah dah tak cemburulah dengan mama ye..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa anak menangis waktu malam sering menjadi amalan ibu ayah muda untuk menenangkan bayi. Ini panduan lengkap Mufti WP beserta doa dan amalan perlindungan yang boleh diamalkan.