Baru melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai yang lalu, MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz kini mahu berehat dan memfokuskan untuk membesarkan keempat-empat anaknya.
Tidak bercadang untuk menambah jumlah ahli keluarga lagi buat masa ini, kata Mua Bellaz dia sudah pun mendapat persetujuan dengan suaminya.
Menerusi Instagram, Bellaz memuat naik gambar empat kesayangannya, dua perempuan dan dua orang cahaya mata lelaki yang diimpikan mereka.
“Yey cukup dah diapit bunga-bunga. Hat laki dua-dua rambut kening tak berapa ada. Hat bunga-bunga lebat juga rambut kening ada dah.
“Tambah si Eica lebat sungguh. Dengan ni maka tutuplah kilang yee pak @anuarahmad123,” tulisnya berkongsi.
Ads
Menurut kata Bellaz lagi, dia kini mahu memfokuskan untuk membesarkan keempat-empat anaknya yang mempunyai jarak usia beberapa tahun.
“Bela bagi besaq dewasa dulu ye, dah buat surat hitam putih dah kahkahakahkah,” tulis Bellaz lagi berseloroh.
Berkongsi perkembangan terkininya selepas melahirkan anak, Bellaz yang berpantang bersama Natalis turut berkongsi anak keempatnya yang hanya mempunyai berat 2.8kg ketika dilahirkan sekarang ini cukup kuat menyusu.
Ads
“Saya kecik ja tau 2.8kg heheh. Kakak Eica kata, “Mama macam anak patung silicon hat tipu-tipu tu”.
“Adik nak besaq kat luaq ni, menyusu kuat sungguh,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, Bellaz selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai lalu, yang juga turut berkongsi tarikh sama dengan cahaya mata ketiganya, Ean Yusoff.
Baru saja nak rasai gerakan manja dalam perut, Allah lebih sayangkan anak syurga ini. Hati ibu ayah mana yang tak sedih selepas hasrat untuk menimang cahaya mata kembar tak kesampaian.
Sebak sungguh hati ini bila melihat wajah kedua-dua wildan syurga ini. Sepertinya si abang dan si adik sedang nyenyak tidur bersama.
Pasangan kembar wildan syurga
Bayi kembar lelaki yang kami uruskan ini meninggal dunia selepas 30 minit dikeluarkan dari rahim ibunya. Dikeluarkan demi untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Ketika dikeluarkan si abang dan si adik baru berusia 4 bulan dalam kandungan si ibu. Keputusan untuk melahirkan si kembar ini terpaksa dilakukan oleh doktor.
Ini kerana doktor mendapati kembar yang dikandung mempunyai masalah komplikasi. Jika tidak keluar si kembar boleh membahayakan nyawa si ibu.
“Keputusan yang cukup berat. Dua-dua sayang”
Si bapa terpaksa membuat satu keputusan yang sangat berat. Ibarat diluah mati emak. Ditelan mati bapa. Kedua-duanya si bapa sayang. Si kembar akhirnya terpaksa dikeluarkan awal.
Si ibu dan si bapa tiada pilihan lain. Nak atau tidak mereka perlu redha. Si kembar dikeluarkan tidak berapa lama selepas ubat disuntik kepada si ibu. Kedengaran suara tangisan setelah si kembar berjaya dilahirkan.
Bertahan 30 minit selepas dilahirkan
Tangisan yang kuat menjadi semakin sayup. Kemudian terhenti menandakan si kembar sudah tidak lagi bernyawa. Si abang dan si adik hanya mampu bertahan selama 30 minit. Berakhirnya impian si ibu dan si bapa.
Hajat untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian. Si abang dan si adik memilih untuk menunggu ibu bapanya dipintu syurga. Dipinjamkan si kembar selama 4 bulan dirahim ibunya. Dipanggil pulang apabila sifat yang ada telah cukup sempurna.
Telah kami sempurnakan pengurusan untuk kedua-dua kembar syurga ini. Si kembar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja. Si abang diberi nama Muhammad Abu Bakar. Si adik pula diberi nama Muhammad Omar.
Salam takziah buat kedua ibu bapa kembar wildan syurga ini. Moga dapat bersatu kembali di syurga Allah nanti.
**Salurkan sumbangan anda ke dalam tabung pengurusan jenazah UKVJ.
Bantu kami untuk kami membantu ummah :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan sekeping gambar Mira Filzah yang membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan bulanan dengan menolak stroller anak mengundang perhatian ramai.
Tidak dilihat sebagai gaya mak-mak namun ramai yang menyatakan ibu cantik manis ini kelihatan cukup cantik seperti anak dara.
Biarpun tampil ringkas dengan gaya sederhana, namun penampilan Mira Filzah tetap stylo selepas bergelar ibu. Cantik sekali.
“6-week check-up for baby Khair Amir,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Namun begitu, dalam bergaya stylo, membawa anak keluar sendirian buat pertama kalinya tetap bukan satu hal yang mudah kata Mira Filzah.
Masih banyak yang perlu dipelajarinya secara perlahan-lahan dan mula membiasakan diri untuk mempersiapkan segala kelengkapan anak dan sebagainya.
Menerusi Insta Storynya, Mira berkongsi cerita.
“Mencabar juga keluar hari ni. First time keluar dengan baby. Eh second.
“Hari tu masa 10 days check up. Terkial-kial lagi,” kongsi Mira lagi.
Pun begitu kata Mira, tak mengapa. Masih banyak yang perlu dipelajarinya dari hari ke hari.
Tambah membantu kata Mira, Confinement Lady (CL) yang menjaganya turut serta membantu. Jadi sudah tentu memudahkan kerjanya.
“Fuh tak apa tak apa, slowly ‘tepuk bahu’. Nasib baik ada CL ada sekali ikut,” katanya berkongsi.
Semoga urusan Mira untuk menambah ilmu keibubapaan dari hari ke hari dipermudahkan. Bila baby makin membesar, makin banyak ilmu yang kita dapat. Memang best!
Daerah Nueces di Texas, telah melaporkan bahawa 85 bayi di bawah usia 1 tahun disahkan positif coronavirus, kata pegawai kesihatan.
“Ketika ini kami mempunyai 85 bayi di bawah usia satu tahun di Nueces County yang semuanya diuji positif Covid-19,” kata Annette Rodriguez, pengarah kesihatan awam, Corpus Christi Nueces County, menurut CNN.
Dalam tujuh hari terakhir, Nueces County mengalami 2.499 kes baru dan 40 kematian – “pertumbuhan terpantas dalam kes baru rata-rata tujuh hari daripada daerah metropolitan lain di negeri ini,” kata Pengurus Bandar Corpus Christi Peter Zanoni kepada CNN.
“Anda dapat melihat garis tren relatif rata hingga bulan Julai, dan di sinilah kita mengalami lonjakan besar dalam kes-kes, dan inilah sebabnya mengapa ia menjadi masalah besar bagi Nueces County,” kata Zanoni.
Berita dari Rodriguez menunjukkan salah satu pengumuman pertama mengenai sebilangan besar jangkitan bayi di satu kawasan. Pada masa lalu, laporan yang diterbitkan terhad menunjukkan bahawa “sebilangan kecil bayi” diuji positif untuk virus sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak berisiko lebih tinggi daripada orang dewasa dan kebanyakan kes setakat ini adalah orang dewasa, menurut CDC.
Walaupun kes bayi ini melibatkan negara luar, namun ianya satu perkara yang perlu kita ambil serius. Baru-baru ini tular gambar individu-individu yang sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin tetapi mereka ingkar dan tetap berada di tempat awam tanpa rasa bersalah walaupun memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19.
Golongan seperti inilah yang akhirnya akan merebakkan virus dan akhirnya kanak-kanak, golongan berisiko dijangkiti virus Covid-19.
Cara membesarkan anak pasca COVID-19 sudah tentu berbeza dengan dahulu. Banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak. Apakah langkah pencegahan yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak?
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik COVID-19. Kalau dilihat secara positif, banyak juga kebaikan yang diperolehi semasa di awal perlaksanaan PKP, umpamanya ibubapa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Pada masa ini, kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memerlukan kerjasama semua termasuk ibubapa dan juga masyarakat untuk memainkan peranan sebagai frontliner, menjadi benteng untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Oleh itu adalah wajar ibubapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak untuk memberi nasihat, didikan dan tunjuk ajar untuk mengelak jangkitan COVID-19.
Antara langkah–langkah pencegahan secara spesifik yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak adalah:
i. Tidak membawa anak-anak ke tempat awam dan sesak;
ii. Tidak membawa anak-anak ke hospital;
iii. Sekiranya perlu menghantar anak-anak ke Taska/tadika, sila patuhi peraturan
dan arahan daripada pihak yang berkenaan;
iv. Sekiranya ibubapa perlu keluar membeli makanan, selepas balik ke rumah,
perlu terus tukar pakaian dan membersihkan diri sebelum berjumpa anakanak;
v. Amalkan pembayaran secara atas talian;
vi. Sekiranya ibubapa ke tempat awam , perlu memakai pelitup muka;
vii. Selalu amalkan pembersihan dan disinfeksi di kawasan –kawasan yang kerap
disentuh;
viii. Amalan membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi
tangan;
ix. Ajar anak-anak cara cara membasuh tangan dengan teknik yang betul
x. Hadkan pelawat datang ke rumah; dan
xi. Sentiasa pantau status kesihatan anak anak
Sumber: PEOPLE.COM, Temuramah eksklusif Pa&Ma bersama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!