Makanan yang diberikan kepada bayi tidak sama dengan makanan orang dewasa. Malah makanan bayi yang berumur kurang daripada setahun juga tidak boleh diletakkan gula ataupun garam.

Bahan kandungan makanan bayi perlulah semulajadi dan bahan perisa untuk makanan mereka juga perlulah daripada bahan-bahan semulajadi. Sebaiknya ibu-ibu membuat stok bahan makanan untuk dijadikan perisa dalam bubur anak.

Seperti yang dikongsikan oleh Eira Munirah di laman Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Mudah untuk ibu-ibu sediakan makanan anak. boleh buat banyak-banyak dan sejuk bekukan. Bila nak masak terus boleh guna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies semua!
Kelmarin Ummi Aaira terlebih rajin nak restock stock aaira. Ummi buat CBS, Tomato Paste and Serbuk Ikan bilis untuk Aaira. Aaira masih allergic dengan carrot, so tak dapatlah nak buatkan mirepox untuk aaira. stock2 ni pun semua ummi tak letak carrot.
Bahan dan cara-2 semua ada dekat gamba ye
#Aaairafoodjourney
#9months28daysold

1. Chicken Bone Stock (CBS)

Bahan-bahan:
Tulang ayam
Sup bunjut
Bawang holland
Bawang putih
Celery

Cara-cara:
1. Rebus kesemua bahan selama 2 jam (saya gunakan pressure cooker)
2. Tapis bahan-bahan rebusan tadi dan ambil airnya sahaja.
3. letakkan dalam tray ais dan sejuk bekukan.

IKLAN

2. Tomato Paste

Bahan-bahan:
Tomato
Celery
Bawang putih
Bawang holland
Capsicum

Cara-cara:
1. potong dadu semua baha, masukkan ke dalam pengisar.
2. kemudian kisar semua bahan dengan sedikit air. (saya gunakan food processor baby)
3. Tumis bahan kisar atas api sehingga air sedikit kering.
4. kemudian masukkan ke dalam bekas untuk disejuk bekukan.

3. Serbuk Ikan bilis

Bahan-bahan
Ikan bilis

Cara-cara:
1. basuh ikan bilis sampai bersih
2. rendam seketika (10 minit)
3. sangai ikan bilis atas kuali tanpa minyak sampai garing.
4. Akhir sekali, kisar halus kesemua ikan bilis yang disangai tadi.
5. Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kering.

Sumber: Eira Munirah