Ada ibu-ibu yang tidak setuju membiarkan anak makan sendiri, menyuap sendiri kerana dilihat suatu pembaziran dan akan mengotorkan tempat. Ada ibu-ibu yang merasakan itu salah satu bentuk pelajaran buat anak mereka.
Apapun pendapat ibu-ibu, ianya tetap ada “Pros and Cons” dalam kedua-dua kaedah. Ikuti perkongsian Dietitian Fizah Sobri mengenai kedua-dua kaedah ini.
“Anak saya tak minat pegang pensil, macam mana nak ajar dia tulis? Apa-apa yang melibatkan pensil dan kertas, dia jadi cepat bosan.”
Ni antara keluhan mak ayah terutamanya yang ada anak bakal masuk tadika. Dalam umur ini, kebanyakan anak-anak masih dalam proses nak mempelajari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi penting untuk rangsangan awal agar dapat memudahkan anak itu sendiri bila masuk alam persekolahan.
Tahu tak mak ayah semua. Nak ajar anak tulis tak semestinya kena guna pensil dan kertas semata-mata.
RANGSANG SEMUA DERIA UNTUK AJAR ANAK TULIS DAN BACA 0-6 TAHUN
Bagaimanapun, ada caranya untuk pastikan semua lancar. Macam mana? Tengok tips ni:
* Sebelum ajar anak tulis dan baca. Boleh buat aktiviti sensori dulu seperti aktiviti vestibular, proprioceptif dan tactile. Saya ada share di posting sebelum ni. Penting aktiviti sensori ni sebagai WARM-UP upaya anak lebih ALERT dan FOKUS sebelum belajar.
* Guna pasir, boleh minta anak lukis garis lurus, bulat, segitiga, segiempat, lukis orang guna jari, guna kayu. Ikut umur anak masing-masing. Saya ada share perkembangan pra-tulisan ikut umur anak sebelum ni juga. Hati-hati untuk anak yang masih mouthing especially umur 2 tahun ke bawah, nanti takut masuk pasir dalam mulut pulak ye. Mak ayah kene pantau.
* Guna playdough. Minta anak roll, tekan, picit dan ikut bentuk asas tulisan. Anak dapat rangsangan tactile yang boleh kuatkan lagi memori diaorang untuk baca dan tulis.
* Guna sticker. Ni aktiviti feveret saya. Minta anak kopek sticker dan letak di atas bentuk lazy 8. Lazy 8 ni boleh stimulate otak kanan dan kiri anak. Juga dipanggil midline crossing. Sangat bagus untuk learning proses.
3 aktiviti kat atas nampak simple kan? Tapi banyak benefits bila anak dapat buat. Antaranya:
– Kuatkan visual persepsi anak. Visual persepsi sangat penting untuk anak menulis dan membaca dengan efisyen
– Eye – Hand coordination. Salah satu komponen fine motor. Eye-hand coordination yang baik membolehkan anak menulis dengan lebih lancar.
– Stimulate pinching skill. Pinching skil penting untuk anak pegang pensil dengan pegangan yang matang. Bila anak ada masalah untuk pegang pensil dengan matang. Anak akan ada isu untuk menulis dengan efisyen
– Stimulasi isolasi jari. Juga salah satu skil fine motor. Anak yang ada problem untuk isolasi jari menyebabkan kelewatan dalam perkembangan motor halus. Menyebabkan anak sukar menulis, menggunting, mewarna dan skil pre-akademik yang lain.
Semoga posting ini bermanfaat buat semua
Follow Khairunnisa Nawi untuk tips rangsang perkembangan anak dari perspektif Terapis Carakerja dan Special Need Educator
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tak sedar. Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari.
Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1.Membanding-bandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
2.Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. Kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
3.Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kena caranya, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
4.Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabkan sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
5.Tidak Mewujudkan Kemesraan
Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar. :Penting sebenarnya kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
6.Terlalu Memanjakan Anak
Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
7.Suka Membebel Dan Mengkritik
Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
Masuk kedai mainan jadi rambang mata nak beli semua. Sebelum beli mainan anak, ibu ayah kena baca dulu tips penting ini. Barulah beli mainan sesuai dengan usia anak.
Bila alat mainan sesuai dengan usia anak, barulah ia boleh bantu merangsang perkembangan minda dan kemahiran motor kasar dan halus si kecil. Itu pesan Terapis Carakerja, Puan Mahfuzah Zainol.
Alatan permainan yang membantu meningkatkan kemahiran dalam perkembangan kanak-kanak.
Saya nak kongsikan tips memilih permainan untuk kanak-kanak mengikut umur sebagai rangsangan.
Sebagai terapis carakerja dan juga seorang ibu, semestinya saya ada banyak permainan untuk bermain dengan klien dan juga anak-anak.
Pemilihan alatan dan jenis mainan seharusnya selari dengan perkembangan kanak-kanak (milestone).
Kebiasaannya, saya akan tinggikan sedikit level mainan jika peringkat semasa telah dicapai. Itu untuk rangsangan.
0 hingga 18 bulan
Untuk bawah 1 tahun, permainan yang sesuai ialah berbentuk rangsangan sensori.
Contohnya yang berwarna terang dan berbunyi.
Saiz haruslah besar kerana bayi pada peringkat ini mempunyai ‘sensory seeking’ di bahagian oral motor (sekitar mulut).
Sebab itulah selalu nak masukkan segalanya dalam mulut.
Saiz yang dicadangkan ialah palmar size, sebesar tapak tangan bayi untuk digenggam. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Peringkat ini, kita nak ajar dia lihat, dengar, capai, sentuh, genggam dan seterusnya tekan.
Kemahiran lihat, dengar dan sentuh adalah sensori.
Kemahiran mencapai dan menggenggam adalah untuk ‘motor coordination’.
Kemahiran menekan ialah ‘precision skills’ dan merangsang ‘hand/finger strength’.
Alatan mainan :
– Teether (boleh digigit untuk ‘sensory seeking’ sekitar oral motor) – Cermin – Rattle – Mainan tekan-tekan (cause and effect toys) – piano atau lampu – Mainan berlampu untuk rangsangan visual – Mainan berbunyi untuk rangsangan auditori – Bola – Soft toys – Permainan beroda untuk rangsangan kemahiran berjalan – Buih dan belon untuk rangsangan fokus dan ‘social appreciation’ – Stacking game.
18 bulan hingga 3 tahun
Peringat ini kanak-kanak sudah mula boleh berjalan dan bergerak sendiri.
Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor.
Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori.
Kemahiran motor kasar :
– Bola (baling, sambut, sepak) – Bean bag (baling dan sambut) – Mainan panjang memanjat – Trampoline untuk Melompat – Basikal – Balance board
Kemahiran motor halus :
– Blok. Susun menegak dan meniru bentuk. – Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation) – Manik dan tali – Pensel atau crayon! Main lukis bentuk. – Gunting. Ajar pegang gunting dengan betul. – Buku sticker – Fishing game – Pegboard / Geoboard – Lacing
Kognitif :
– Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. Start small. Exposure is very important. – Lego atau apa sahaja constructive toys. – Matching Puzzle – Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.
Sensori :
– Play dough atau theraputty – Pasir – Tepung – Air atau buih sabun – Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek natural dari persekitaran.
Sosial / Pretend play :
– Set teapot (Hehe) – Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi – Finger Puppet – Set karaoke seperti microphone dan piano. – Teddy bear / doll – Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.
Mainan yang saya nyatakan tidak semestinya wajib benda itu, ibu bapa boleh guna kemahiran berfikir untuk membeli mainan yang mempunyai konsep yang sama seperti yang dinyatakan.
Saya sekadar memberi tips ringkas sahaja.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.