Memulakan hari pertama puasa tahun ini, pengambilan buah kurma bersama mentega kembali tular bertebaran di media sosial. Walaupun ia merupakan makanan sunnah, namun anda tetap perlu berjaga-jaga supaya tidak berlebihan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pengambilan kedua bahan ini secara berlebihan kurang baik untuk kesihatan. Ikuti perkongsiannya.
Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter = sesenduk nasi.
Ads
Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.
Lemak haiwan yang ada dalam mentega mempunyai tahap lemak tepu dan trans yang lebih tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan paras kolesterol jahat dalam diri.
Ads
Selain itu, ia juga tinggi kalori dan boleh mengakibatkan kegemukan. Jadi, anda perlu makan dalam pengambilan yang disarankan.
Selain itu, campuran bahan lain seperti madu dan krim keju perlu dikawal supaya tidak berlebihan. Walaupun sedap namun tidak disarankan untuk makan secara berlebihan.
Seronok bila tengok anak makan berselera. Barulah mak-mak rasa lega bila anak kekenyangan dan paling penting boleh tambahkan berat badan anak.
Pun begitu, nak bantu anak naikkan berat badannya biarpun dengan nutrisi yang betul. Jangan asyik minum air dan makanan bergula tinggi untuk anak.
Jom ikuti panduan dari Dr Mazliana Mazlan untuk tip naikkan berat badan anak dengan makanan sumber yang tepat.
Naikkan berat badan anak dengan makanan berkualiti.
Cara macam ni, mungkin lambat sikit dan ibu kena lebih kreatif. Tapi, berbaloi dan beri kesan baik untuk jangka masa panjang, insyaAllah.
Antaranya;
– Anak makin suka explore makanan baru
– Anak kurang memilih dan picky eater
– Anak kurang nak makan minum manis
– Anak tak ketagih makanan tinggi proses
Milo, susu kotak, susu formula, susu full cream, kuih manis, biskut, roti. Ini pun boleh naikkan berat badan anak, tapi ibu ayah perlu lebih teliti belek bahagian bahan ramuan dan juga fakta nutrisi.
Kemudian buat conscious decision, makanan minuman tersebut elok tak untuk anak dalam jangka masa panjang, jika diambil secara berterusan atau secara harian.
Kita taknak berat anak naik sebab sugar overload. Kita nak berat dari nutrisi yang betul-betul anak perlukan. Berat naik sebab khasiat makanan sebenar, bukan berat gula.
Usaha kenalkan, semua kumpulan makanan ni untuk anak.
1. Protein
– Daging lembu, ayam, kambing
– Ikan sardin segar, ikan kembung
– Telur
– Homemade nugget, meatball, burger, pastikan dari isi ayam dan daging sebenar
– Kekacang almond, cashew, walnut
– Tofu, tempe
2. Lemak baik
– Minyak kelapa
– Minyak zaitun
– Pure butter
– Ghee minyak sapi
– Tallow lemak sapi
– Santan
3. Karbohidrat
– Nasi
– Bihun
– Laksa
4. Tenusu
– Susu kambing segar
– Susu lembu segar
– Susu tepung lembu atau kambing tanpa campuran
– Yogurt asli tanpa campuran
– Cheese asli tanpa campuran
5. Buah dan sayur
– Ubi keledek
– Ubi kentang
– Isi kelapa
– Avokado
– Kurma
– Pisang
– Buah tin
Ada banyak lagi contoh yang korang boleh pilih. Berbanding hanya terus terima cadangan untuk berikan anak susu kotak atau milo. Ianya ultra processed food.
Sesekali ambil, mungkin tak ada masalah. Tapi bila anak ambil secara harian, risiko ketagihan sangat tinggi. Ketagih dengan gula yang ada dalam tu.
Kita usaha sama-sama ya, belajar kenalkan anak dengan real food, berbanding makanan tinggi proses.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ketika tempoh berpantang penghujung tahun lalu, rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad diuji gara-gara kehadiran orang ketiga sehingga memberi sedikit tekanan emosi padanya.
Terbaru, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu dengan suaminya Datuk Haniff Borhan kelihatan kembali tenang dan semakin bahagia antara satu sama lain.
Mencecah usia dua bulan anak lelakinya yang diberi nama Karl Mateen, pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah yang cukup meriah di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Tidak ubah seperti sebuah majlis pernikahan, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad dan suami juga mengenakan busana serba putih bagi meraikan majlis kesyukuran anak lelaki mereka. Majlis itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan artis.
Kebiasaannya apabila bayi atau kanak-kanak kerap sangat menangis, ibu bapa akan bawa pergi untuk berubat dengan niat untuk pastikan tiada lagi tangisan yang terlalu kerap hingga menyebabkan si kecil rasa tak selesa.
Bagaimanapun ada sesetengah perawat akan memberikan benang hitam atau benang berwarna lain lalu diikat pada tangan atau kaki dengan niat sebagai ikhtiar untuk melindungi diri daripada pelbagai gangguan. Selain itu ada berpendapat pakai benang hitam ini juga mampu rawat masalah cacing anak. Apakah anda sebagai ibu bapa percaya amalan ini diharuskan oleh syarak?
Perkongsian dari Ustaz Mujahidin Al-Banjari mengenai pemakaian benang hitam ini menjawab segala persoalan ibu bapa dan jika boleh elakkan dari pemakaiannya. Ada banyak lagi cara boleh membantu atas izin Allah SWT.
Ada pesakit saya bertanya..Ustaz salah ke jika anak saya dipakaikan benang hitam di ikat pada tangan@kaki?? Benang itu sudah di ruqyahkan dengan ayat suci al-Quran salah ke? Masalah sebelum di tangkalkan anak saya kerap menangis malam. Harap ustaz dapat membantu masalah saya ini..
Jawapan Saya:
Benang hitam antara amalan yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam kita, ialah suka melilit benang, atau tangkal, biasanya berwarna hitam pada tangan anak-anak. Amalan ini biasanya diberikan oleh bomoh dan dilakukan jika anak tersebut menangis tak henti-henti. Kononnya nak bagi berhenti menangis. Ini biasa sangat saya lihat di pusat rawatan.
Bila ditanya kenapa pakaikan benang itu, kata mereka saja-saja pakaikan. Kononya sebagai pendinding anak itu dari gangguan.Dari segi akal pun tak boleh terima alasan yang diberikan. Biasanya, sebelum saya mulakan rawatan, saya akan minta ibubapa supaya buka benang tersebut.
Persoalannya, adakah amalan seperti ini diharuskan atau dibolehkan oleh syarak?
Sebenarnya amalan yang saya sebutkan di atas sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang perbuatan memakai benang atau tangkal ini. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani:
Maksudnya: ” Barangsiapa yang menggantung tangkal (tamimah), maka Allah s.w.t tidak akan menyempurnakan hajatnya dan barangsiapa yang menggantung objek seperti kulit siput (wad’ah), maka Allah s.w.t tidak akan menenteramkannya”
Jelaslah dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w melarang perbuatan memakai tangkal. Tangkal merujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakaikan pada badan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu manfaat kepada sipemakainya.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada ‘Imran bin Hussaian:
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w telah melihat satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai pada tangan seorang lelaki. lalu Baginda bertanya kepada lelaki tersebut, “Apakah yang kamu pakai itu?”. Lelaki itu menjawab,”Aku menjadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.” Lalu Baginda bersabda kepadanya, “Buangkanlah ia kerana sesungguhnya, benda-benda seperti ini tidak akan menambahkan kepadamu melainkan kelemahan jua, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu tidak akan memperoleh kejayaan selamanya”.
Di dalam hadis yang lain, iaitu daripada Abu Bashir al-Ansari r.a yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: “Daripada ‘Abbad ibn Tamim bahawa sesungguhnya Abu Bashir al-Ansari r.a memberitahunya bahawa sesungguhnya pada suatu ketika beliau (Abu Bashir) sedang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan (dengan menunggang unta), berkata Abdullah: Aku menyangka baginda bersabda “sedangkan manusia sedang tidur maka Baginda menghantar utusan untuk tidak membiarkan mana-mana unta yang ada tangkal di lehernya, agar semua tangkal-tangkal itu diputuskan dan dibuang”
Nabi s.a.w melarang perbuatan tersebut (memakaikan tangkal pada leher unta) kerana orang-orang Arab mempercayai dengan memakaikan tangkal pada unta, akan selamat dari gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t.
Dilarang sama sekali oleh syarak
Maka, perbuatan melilit atau membuat simpulan benang berwarna hitam, ataupun pelbagai warna, kemudian digantung pada leher atau diikat pada tangan atau pinggang kanak-kanak atau orang tua, dengan kepercayaan boleh memberikan manfaat adalah dilarang sama sekali oleh syarak, kerana ianya perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. Dan perbuatan syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah.
Terdapat juga di dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a:
Maksudnya: “Sesiapa yang menyimpulkan ikatan (benang), dan meniupnya (menjampi atau mantera untuk tujuan jahat), maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah s.w.t”
Kesimpulannya, saya menasihatkan agar buanglah jauh-jauh amalan memakaikan lilitan benang atau tangkal pada kanak-kanak atau pun sesiapa sahaja kerana perbuatan tersebut hanyalah perbuatan syirik yang menyebabkan kemurkaan Allah. Dan satu lagi perbuatan yang dilarang ialah elakkan berjumpa dengan bomoh.
Mcm mana nak sembuh jika kita dalam tak sedar perbuatan kita syirik kepada Allah.. Moga di Jauhkan perkara di atas berlaku pada kita dan family kita.
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.