Seronoknya dapat ahli keluarga baharu! Umpama satu hadiah besar tatkala Syawal semakin menjelang tiba. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelahiran cucu perempuan semalam.
Sumber foto: Instagram Nurul Ilham Anwar
Perkhabaran gembira itu telah dikongsikan oleh Datuk Seri Anwar menerusi hantaran Facebook.
“Alhamdulillah! Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.”
Pelakon cantik, Tisha Shamsir berkongsi ceritanya mengalami keguguran kembar tiga beberapa bulan yang lalu. Biarpun berasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan kandungannya itu, Tisha dan suaminya, Ady Hafize Hanaffiah, redha menerima ketentuan Allah SWT ini. Mereka menganggap masih belum ada rezeki buat mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan kemudian disahkan hamil, sudah tentu pasangan ini gembira. Kata Tisha, dia tidak tahu akan kandungannya itu adalah kembar tiga. Selepas diberitahu doktor barulah dia dan suami tahu. Ketika pemeriksaan doktor, mereka mendapati dua dari kandungan kembarnya terletak di luar rahim.
Malangnya kantung tersebut pecah dan Tisha terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. Rancangan asal, Tisha dan suami mahu mengekalkan satu kandungan di dalam rahim, malangnya ia gugur sendiri selepas pembedahan itu.
Positif, Tasha mengatakan yang dia tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan zuriat. Ketika mengalami keguguran, usia kandungannya ketika itu mencecah dua bulan. Turut memberitahu, keluarga suaminya mempunyai sejarah kembar kerana kakak iparya hamil kembar empat.
Pa&Ma mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki untuk hamil semula. All the best, Tisha and Ady!
Di sini Pa&Ma kongsikan serba sedikit info berkaitan kandungan luar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy:
INFO:
*Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui tiub fallopian. di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan akan menempel di luar rahim maka terjadilah kandungan luar rahim.
*Kehamilan luar rahim boleh pecah pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak dalam ruang perut (abdomen) si ibu. Jika tidak dirawat dan dikenalpasti awal, kesannya boleh menyebabkan kematian.
*Doktor akan berbincang dengan si ibu pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawanya. Perbincangan mengambil kira soal usia kandungan, keadaan si ibu, paras ujian darah BetaHcg.
*Biasanya rawatan pembedahan akan ditawarkan dan ada dua jenis iaitu laparoskopi (dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera) atau laparotomi (potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. Perlu tinggal di hospital dalam tempoh dua ke empat hari, tempoh pemulihan lebih lama)
*Paling penting, jika disahkan hamil di luar rahim, jangan memandai-mandai pula pergi berurut kerana ia tidak dapat dirawat dengan urutan.
Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya. Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma. Ia turut diakui oleh perubatan
1. Penuh zat besi
Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam badan.
2. Kaya khasiat
Kurma mengandungi protein (1.8% – 2%) serat (2% – 4%), glukosa (50% – 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.
3. Mudah kenyang
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap badan dan dapat memberikan tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan.
4. Tinggi potassium
Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah kanser payu dara dan rahim.
5. Memudahkan proses bersalin
Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meningkatkan berat badan anak memang perlu namun jangan memberikan lebih gula pada anak. Lebih-lebih lagi gula putih. Selain melemahkan memori anak, lebihan gula dan juga bahan sucralose tidak baik untuk diambil anak-anak dalam diet harian mereka.
Setiap kali membeli makanan pada anak, periksa dahulu kandungan bahannya dan elakkan sucralose ini. Ia mengandungi 600 kali ganda dari gula biasa. Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar.
Ada satu pagi ni saya singgah kat stesen minyak. Saya nak ambil duit. Bila masuk saja dalam convenience store stesen minyak tu terus dengar bunyi suara budak menangis.
Menjerit sakan budak tu. Siap hentak hentak kaki. Dia dok sebut nak chewing gum. “Nak chewing gum nak chewing gummmm haaa” macam broken record kata oramg putih.
Saya tengok kat tangan dia dah ada minuman yogurt berperisa. Staf di kaunter dok tengok tengok. Orang beratur di ATM mesin pun tengok juga. Saya kesian tengok mak dia. Apalah yang dia fikirkan.
Alhirnya si emak tewas. Beli juga chewinggum. Sekelip mata gegak gempita hilang. Tiada lagi bunyi.
Ni bukan kali pertama saya jumpa insidem macam ni. Kerap berlaku. Ramai orang pernah rasa.
Saya yang tengok pun jatuh belas pada ibubapa. Mak ayah terperangkap. Mungkin juga asalnya salah sendiri sebab beri pada anak. Atau benarkan orang beri pada anak.
Ramai tidak perasan “makanan dan minuman” proses begini ada sucralose. Ia adalah pemanis tiruan. Ia 600 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Sucralose ini biasanya ada dalam air berperisa buah, ais krim, frozen yogurt, chewing gum, coklat berperisa, jem, candy, minuman diet, “healthy” bar dan minuman berkarbonat.
Satu kajian dapati pemanis tiruan sucralose membunuh 50% bakteria baik. Tinggikan nisbah bakteria jahat dalam usus. Seolah surat jemputan untuk penyakit mula berdempek.
Dalam kajian di jurnal saintifik Frontiers in Physiology tahun 2017, sucralose sebabkan inflamasi kepada liver dan dikaitkan dengan diabetes dan obesiti.
Lebih malang lagi, Sucralose juga ganggu sistem keseimbangan tubuh atau homeostasis. Laporan dari jurnal Cell 2006 sebut gangguan homeostasis boleh sebabkan penyakit cardiovascular, allergies, dan kanser.
Cuba fikirkan sejenak. Bila kita bagi kat anak atau diri sendiri adakah penyakit jantung, diabetes, allergies atau kanser yang kita sedang jemput masuk ke diri?
Atau obesiti dengan limpahan lemak sana sini yang jadi dambaan? Fikir sekejap. Apakata bila beli sesuatu lepas ini semak di bahagian ingredient, ada sucralose atau tidak?
Kalau ada letak balik. Cari yang lain. Boleh begitu?
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.