Seorang budak perempuan mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh dibeli oleh saudaranya di sebuah kedai runcit di Patila, India.
Sumber foto: www.freepik.com
Bagaimanapun, keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di Punjab baru-baru ini.
Semasa kejadian, kanak-kanak itu pergi ke Patiala bersama ibu-bapa untuk mengunjungi rumah saudara-mara mereka di sana.
Semasa di sana, salah seorang saudaranya membeli sebungkus coklat dari sebuah kedai runcit dan memberikan sebagai hadiah kepadanya.
Bagaimanapun, selepas memakan coklat itu, dia tiba-tiba muntah darah dan terus dibawa ke Kolej Perubatan Kristian untuk menerima rawatan lanjut.
Hasil ujian awal mendapati dia memakan coklat yang tercemar atau telah tamat tempoh sehingga menyebabkan keracunan makanan atau muntah darah.
Susulan kejadian itu, anggota dari jabatan kesihatan negeri pergi menyerbu sebuah kedai runcit terbabit dan merampas makan ringan lain yang didapati telah tamat tempoh.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Hasil soal siasat pemilik kedai itu mendapati dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai produk makanan yang tamat tempoh.
Masih kelirukah ibu bapa dengan jadual untuk bayi dan anak anda menerima imunisasi? Kami kongsikan Jadual Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma kepada warga Malaysia di klinik kesihatan kerajaan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai bayi, adalah WAJIB untuk mengambil tahu mengenai jadual vaksin terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suntikan vaksin di Malaysia adalah WAJIB untuk bayi dan kanak-kanak. Ianya adalah PERCUMA di semua hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Sebagai Warganegara Malaysia, anda tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk suntikan vaksin untuk anak di klinik dan hospital kerajaan.
Ibu bapa mana yang tidak mahukan perlindungan maksima untuk anak-anak kan? Apatah lagi di zaman sekarang yang mana ancaman pelbagai virus dan bakteria itu kekal. Gunakan perkhidmatan suntikan vaksin percuma diberikan kerajaan ini agar memastikan anak dilindungi dan terhindar dari bahaya penyakit, terutama penyakit berjangkit.
Untuk itu, pastikan bahawa anak mendapat suntikan vaksin mengikut jadual vaksinasi yang telah disediakan oleh KKM. Berikan semua vaksin, tak boleh ada yang terkecuali.
JENIS-JENIS VAKSIN DAN KEGUNAANNYA
Untuk pemahaman anda mengenai dos vaksin atau imunisasi diberikan, berikut adalah maksud singkatan dalam jadual vaksin:
BCG – Basile Calmette-Guerin.
– Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
DTap – adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
DT – adalah Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
Hib – adalah Haemophilus Influenzae type B.
MMR – adalah Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella.
MR adalah Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
JE – adalah Japanese Encephalitis.
(Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.)
HPV – adalah Human Papillomavirus.
Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
Untuk pengetahuan semua juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (Measles, Mumps, Rubella) untuk bayi 9 bulan. Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan.
Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak.
VAKSIN TAMBAHAN
Bagi ibu bapa yang inginkan imunisasi tambahan, anda boleh dapatkan dimana-mana klinik yang menyediakan imunisasi ini. Imunisasi tambahan perlu dibayar sendiri dan harganya sedikit mahal. Namun apalah sangat kos imunisasi tambahan jika nak dibandingkan dengan kos dan masa anda yang terpaksa ulang alik ke wad hospital jika anak anda jatuh sakit.
JADUAL IMUNISASI TAMBAHAN
Pneumokokal (‘Conjugated Vaccine’)
Adalah disyorkan untuk melengkapi 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak anda.
Meningokokal
Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun.
Rotavirus
Adalah disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.
Varicella / Cacar Air
Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun : 1 dos diperlukan
Untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas : 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan.
Hepatitis A
Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas : 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.
VAKSIN SEBAGAI IKHTIAR
Kita boleh lihat betapa seriusnya penyakit-penyakit di atas ini dan akibatnya kepada orang yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut.
Oleh itu,semua ibubapa di luar sana ikutlah Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak ragu-ragu lagi dengan usaha pihak kerajaan bagi membanteras penyakit merbahaya.
Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap.
Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Ianya merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister).
VAKSIN CACAR AIR (CHICKEN POX)- PENTING KE?
Soalan ini biasa diajukan apabila saya mula menceritakan kepada ibubapa mengenai imunisasi yang disyorkan untuk anak kecil mereka.
Jawapan mudah saya adalah ▶️▶️ YA
Vaksin cacar air adalah salah satu vaksin yang tidak termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan, tetapi ia tetap PENTING.
Ini antara sebab-sebabnya:
✅Cacar air sering dianggap sebagai satu penyakit ringan, tetapi ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius, lebih-lebih lagi pada bayi, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Komplikasinya adalah seperti jangkitan kuman ataupun keradangan PARU-PARU, keradangan OTAK dan juga jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut kanak-kanak.
✅Ia penyakit yang SANGAT mudah berjangkit. Cacar air boleh merebak melalui UDARA apabila batuk atau bersin dan menyentuh atau BERNAFAS partikel virus yang datang dari lepuhan cacar air.
✅Pengambilan vaksin dapat mengelakkan dari tidak hadir ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak kerana ia dapat memberi perlindungan terhadap penyakit berjangkit, Ibubapa juga tidak perlu mengambil cuti kerja untuk menjaga anak yang sakit. Penyakit cacar air kebiasaanya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh sepenuhnya.
✅Ia bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada anak kecil yang mengambil vaksin itu, malah juga memberi perlindungan kepada orang yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, sekiranya anak kecil itu sudah diberi imunisasi, sekaligus ia juga dapat melindungi ibu yang sedang mengandung ataupun atuk/nenek yang tinggal serumah, sekiranya mereka belum ada imuniti terhadap chicken pox.
✅Ia dapat mencegah anak daripada kegatalan dan ketidakselesaan akibat cacar air. Sekaligus ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat parut daripada ruam cacar air.
‼️Ingatlah bahawa hanya 2 dos diperlukan bagi memberi perlindungan sehingga 98% bagi kanak-kanak.
✏️Pernahkah anda mempunyai pengalaman mendapat cacar air ataupun menjaga anak yang dijangkiti cacar air? Share with me ☺️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli, 42, selamat melahirkan anak keempatnya pada Khamis, 22 Februari lalu.
Walaupun mengikut nasihat doktor, wanita hamil lewat usia akan mempunyai risiko namun ia bukanlah bermaksud langsung tidak dibenarkan.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki yang Allah kurniakan. Dikurniakan peluang mengandung pada usia 40-an dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh kebanyakan wanita apatah lagi jika anak-anak sebelum ini semuanya sudah besar belaka.
Pelakon dan pengacara yang popular dalam rancangan ‘Di Mana Joe Jambul’ sekitar tahun 90-an ini juga adalah anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar telah berkongsi di Instagram peribadinya sebaik selamat melahirkan bayi perempuannya.
Hasil perkahwinan dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak sebelum ini, Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9, dan Indah Hening Kasih, 8.
Nampaknya Zizi dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan selamat melalui proses melahirkan bayinya tanpa sebarang masalah.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, tubuh seorang wanita akan semakin tidak berdaya untuk kehamilan berbanding semasa umur mereka 20an atau 30an.
Dalam banyak kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang hamil pada usia 40 an mengalami risiko dua kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia 20an untuk mendapat
Wanita 40an mungkin lebih mudah mengalami masalah ketika proses melahirkan anak seperti
Masalah yang menjadi kebimbangan setiap doktor dan ibu bapa ialah risiko mendapat anak yang mempunyai masalah kromosom lebih besar berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Kira-kira satu dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita berumur 40an atau lebih mempunyai masalah down syndrome.
Namun sebagai umat Islam kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. Walaupun ada risiko namun tidak semestinya seratus peratus tepat.
Kini dengan teknologi perubatan moden dan terkini, ramai wanita yang telah berjaya melalui fasa kehamilan pada lewat usia serta selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Apa yang penting, ibu mestilah menjalani pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap di bawah pantauan doktor supaya sebarang masalah dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi kelak.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.