Bila dah masuk musim durian ni, memang tak sah tak beli durian walaupun sebiji dua. Tambah pula harga durian semakin jatuh. Alang-alang dah makan durian, simpan bijinya sebab biji durian rupanya boleh dijadikan kerepek. Bagi yang pertama kali dengar tentang kerepek biji durian pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya?
Rasanya memang sedap dan berlemak. Cara nak sediakan pun mudah sangat. Yang pertama kali nak mencuba boleh ikut step by step ini ya.
Makan durian, biji jangan buang! Boleh buat kudap-kudap hilang boring dan stress.. Eloklah buat kerepek ni. Senang dan mudah. Cara-cara nak buat ada di setiap gambar ye. Selamat menjadikan ia realiti..
Ads
📌Bersihkan biji durian.
📌Kalau kau rajin buang kulit koko tu..
📌Kalau tak rajin biarkan je lah.
📌Rendam air garam semalaman ok.
📌Esoknya, kau sagat biji durian nipis-nipis
📌Saya sagat pakai sagat tupperware tu, senang.
📌Ni anak lelaki saya umur 12 tahun yang sagatkan.
📌Mama dia duk basuh pinggan time ni
📌Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
📌Lepas tu, kau boleh goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak.
📌Lama juga nak garing ni, jangan lupa untuk selalu kacau.
Ads
📌Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau.
📌Tu tandanya nak masak.
📌Ni dah masak ni.
📌Boleh angkat.
Rasanya sedap, lemak-lemak gitu. Anak kata, “hebat la mama biji durian boleh jadi kerepek”. Haaa gitewww.😁
Kredit: Rozana Hashim AsSalihin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu berpantang haruslah menjaga pemakanan dengan sangat baik supaya tubuh badan dapat pulih seperti sedia kala. Banyak makanan berkhasiat yang boleh diamalkan semasa penjagaan dalam pantang. Ramai yang tidak tahu mengenai khasiat halia yang memberi kebaikan kepada tubuh badan ibu berpantang.
Ramai beranggapan bahawa halia digunakan dalam masakan hanya untuk menambah rasa sedap sahaja. Tapi sebenarnya, halia mempunyai kebaikan untuk tubuh badan. Halia merupakan ubatan terbaik untuk ibu yang baru melahirkan. Pengambilan halia dapat mengurangkan gejala jangka panjang seperti pening, sakit kepala, sakit pinggang, dan masalah perut.
Pengambilan halia dapat membantu mengurangkan angin dalam badan ibu yang baru melahirkan. Enzim dalam halia dapat memecahkan dan mengeluarkan gas yang terjadi dalam saluran usus semasa penghadaman. Secara tidak langsung ia memberikan kelegaan buat si ibu daripada sebarang ketidakselesaan.
Halia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin tetapi ia juga berfungsi untuk memanaskan badan. Ini kerana kita sedia maklum, ibu berpantang akan kerap mengalami kesejukan badan. Jom lihat resepi serunding halia ikan bilis yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Asmida Nor di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS
Serunding halia ikan bilis by Asmida Nor
Bahan- bahan: – Semangkuk ikan bilis – Halia (ikut suka banyak mana)
Cara- cara: 1. Kikis kulis halia, saya guna sudu je. 2. Parutkan halia. 3. Perah halia sehingga keluar airnya. Ambil hampasnya sahaja. (kalau taknak tangan panas, boleh guna plastik atau sarung tangan sebab lepas perah halia tangan akan rasa panas, hehe) 4. Panaskan minyak. Pastu goreng hampas halia gunakan api sederhana. 5. Toskan halia sampai keluar minyak atau Alaskan pinggan gunakan tisu untuk serap minyak dia. 6. Gorengkan ikan bilis. 7. Lepas siap goreng semua taburkan sedikit garamdan masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk halus. 8. Dah siap. Makan dengan nasi panas. Masuk perut, perut pun panas. *boleh rujuk gambar.
Selain nugget, sosej juga menjadi kegemaran anak-anak. Kalau nak yang versi sihat, buat sahaja di rumah menggunakan bahan semulajadi. Boleh buat banyak-banyak dan simpan, anak pun seronok dapat selalu makan.
Resepi Sosej mudah & sihat untuk anak-anak!
Bahan-bahan:
* 600gm isi ayam
* 2 biji telur
* 1 biji bawang merah besar/holland
* Mushroom seasoning/ Oregano
* 4 sudu besar tepung ubi
Cara-cara:
2. Tambahkan tepung ubi ke dalam bahan kisar dan gaul sebati
3. Masukkan bahan tadi dalam piping beg dan mampatkan dalam acuan. Bubuh biar padat tau, supaya tak lerai. (Yang nak guna cling wrap pun boleh tapi pastikan plastik yang digunakan tu tahan haba lah nanti bahaya pula untuk kesihatan)
Kukus selama beberapa minit – saya kukus 10 minit
Boleh simpan dalam bekas dan bekukan
Selepas digoreng dalam air fryer. Nampak kejung sebab tak spray minyak. Tapi rasanya sangat Sedap!
Tak berapa sesuai deep fry sebab yang ni takdelah mampat macam sosej biasa. Kalau nak pan fry, letak atas kuali dengan sedikit minyak. Balik-balikkan untuk masak sekata. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.