Ada waktunya tekak mula terasa ingin menikmati sajian kek yang manis, lembut dan gebu. Menyediakan sendiri kek di rumah, barulah puas hati anak-anak dan suami makan di petang hari. Tercari-cari kek coklat yang enak dan rasanya sedikit berbeza, resipi kek coklat moist versi bakar ini wajib anda cuba.

Resipi asli dari Elly Halim yang cuba dihasilkan oleh Ika Zul ini nampak cukup sedap, moist dan padu. Nak tahu bagaimana rasanya kek moist versi bakar tapi cukup lembut sama macam kukus, jom kita cuba!

Kek Coklat Moist Versi Bakar, Cukup Lembut Macam Kukus, Sedap!


Kek Coklat Moist Versi Bakar. Memang sedap. Walaupun tak dikukus tapi moist dia memang tak boleh bawak bincang. Buat sehari awal lagi moist nanti. Nanti ada masa korang kena cuba buat jugak tau. Confirm tak menyesal.

MOIST CHOCOLATE CAKE

KEK COKLAT
BAHAN A
90 gram serbuk koko
200 gram gula kastor (saya kurangkan 190g)
200 gram minyak masak/minyak jagung
250 gram susu pekat (saya guna 243g)
1 tin susu cair (Susu Cair Dairy Champ)

BAHAN B
4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telur gred B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh chocolate emulco (saya tambah)
Campur semua bahan dan dipukul kembang menggunakan garfu/whisk sahaja

IKLAN

BAHAN C
150 gm tepung gandum/kek/superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Dicampurkan sekali dan diayak. (saya guna tepung gandum)

Kek Coklat Moist Versi Bakar, Cukup Lembut Macam Kukus, Sedap!

1.Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas periuk, kacau rata sampai sebati dan masak atas api kecil sahaja. Masak sebentar sambil adunan dikacau. Kacau perlahan sahaja tak perlu sehingga mendidih. Hanya sehingga adunan suam panas sahaja. Kalau bekas dah panas boleh terus tutup api.

2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A & kacau sebati.

IKLAN

3. Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang 9″ (atau jika mahu tebal loyang 8″) yang dah disapu dengan majerin & dilapik baking paper.

5. Panaskan oven dahulu 170°C selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar 150°C selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun bakar kek tetap lembap. Jika nak kukus pun boleh.

6. Bila dah masak sejukkan kek dulu baru curahkan chocolate topping. Saya sejukkan kek dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek.

IKLAN

Kek Coklat Moist Versi Bakar, Cukup Lembut Macam Kukus, Sedap!

CHOCOLATE TOPPING
200gm choc compound
100gm whipping cream

1. Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel.
2. Guna kaedah double boiled. Bila coklat cair masukkan cream dan kacau sampai sebati.
*Jika nak pekat sikit boleh guna 80 gram whipping cream.

Selamat mencuba!


Menarik: Rahsia Kek Coklat Magik Tanpa Tepung Tekstur Tetap Lembut Sedap Rasa Padu!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI