Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan. Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria.
Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung. Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria.
# Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
Ads
# Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
# Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.
# Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Tahniah diucapkan buat pelakon Josiah Hogan dan isteri tercinta, Nurul Hidayu Mohamed Nordin yang baru sahaja menimang cahaya mata mata keempat mereka pada hari Selasa yang lalu.
Nurul Hidayu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Josiah ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran itu dipermudahkan, namun sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.
“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya.
Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.
“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” katanya.
Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4. Ini adalah perkahwinan kedua pelakon terbabit.
Pada perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.
Selamat berpantang diucapkan untuk Nurul Hidayu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang solehah.
Hb masih rendah selepas cuba pelbagai cara? Mungkin mama ada silap pilih makanan & cara makan. Ikuti tip yang diberikan oleh pakar O&G ini.
Penat kan rasanya bila paras Hb masih di tahap yang rendah walau pun sudah mencuba pelbagai cara? Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.
Menurut Dr Jumeah Jumeah Shamsudin, Pakar Obstetrik dan Genikologi Avisena Specialist Hospital, lazimnya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) membawa kepada dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Mama yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.
MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI
Bagi meningkatkan hemoglobin, mereka disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin.
10 MAKANAN PERLU DIKURANGKAN/ DIELAKKAN IBU HB RENDAH
Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang ingin meningkatkan paras Hb iaitu;
TIP MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI
Dr Jumeah menasihatkan anda agar menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan dan minuman yang disenaraikan ini agar supaya penyerapan pil zat besi lebih optimum.
Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman ibu ini melahirkan anak pramatang tentu bukan mudah. Namun anak dilahirkan kuat semangat, terus berjuang hidup hingga ke hari ini.
Puan Nor Amalina berdepan saat genting ketika hamil. Sebelum ini tidak menjangka mengalami darah tinggi hingga menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami masalah pertumbuhan.
Namun keajaiban dan kuasa Allah, si kecil yang lahir seberat 440gram terus bertahan sehingga ke hari ini. Ini perkongsiannya;
Saya share kisah saya ni sebagai nak bagi semangat untuk ibu yang ada anak pra matang macam saya .
Ingat lagi tak sebelum ni lin pernah post pasal Ameena yang lahir pra matang ?
Bila tengok gambar dan video Ameena masa lahir terus mengalirkan air mata betapa peritnya hidup dan ujian Kecil yang Allah bagi .
TIDAK TAHU AIR KETUBAN KURANG & BAYI MENGECIL
Cerita bermula disini ,
Sepanjang proses kehamilan lin tak tahu pun yang baby dalam perut ni kecil , air ketuban kurang . Lin ingatkan baby normal membesar dalam perut .
KANDUNGAN 7 BULAN BARU TAHU DARAH TINGGI
Pada tarikh 21.06.2018 lin ada cek up perut untuk tahu perkembangan baby dan masa tu rasa baby dalam 7bulan macam tu , bila sampai je kat klinik desa lin disuruh cek tekanan darah tinggi dan masa tu keluar result 140 ke atas dan tak turun turun . Lepastu lin direfer ke klinik **** untuk kepastian selanjutnya sama ada turun atau tak darah lin .
DISUNTIK DENGAN UBAT MATANGKAN PARU-PARU BAYI
And then lepas cek punya cek memang tak turun dan doctor refer ****untuk rawatan selanjutnya sebab bahaya untuk lin dan juga kandungan kalau tekanan darah tinggi tak turun . Masa ni doctor arahkan nurse suh injection ubat matang paru paru baby , sakit tak usah cakap dengan masuk air dan ubat ape tah kat tangan . Yang berpengalaman mesti tahu ubat ape , sakit sampai merah muka . Dengannya tak selesa masuk wayar air kencing , kena kencing masuk plastik tuhan je tahu petapa tak selesanya .
Okey lepastu naiklah ambulan lagi untuk ke **** untuk rawatan selanjutnya , lin ingatkan biase jela tak terfikir pun risiko tahap sampai kena bersalin . Pergi **** dengan hati yang tenang tak takut ingatkan perkara biasa dan siap call adik lagi suh beli makanan balik dari hospital nak makan . Memang yakin kejap lagi balik laa ni , tak tahu benda nak serius macam ni sekali .
BAYI 440gram TAPI AKTIF
Doctor pakar bersalin **** pun bagi ubat turunkan darah tinggi pun masih tak turun , hati mula berdebar dah wey duk tertanya tanya betul ke bahay betul ke bahaya . And then dootor scan perut pulak dah dan cakap baby aktif cuma baby kecil sangat yela 440gram.
LURUH JANTUNG BILA DOKTOR KATA JARANG BAYI BOLEH SURVIVE
Doctor cakap mana mungkin anak awak nak survive sedangkan yang 500gram ke atas jarang baby boleh survive . Masa ni luruh jantung tuhan je tahu . Takut tak usah cakap , sakit sana sini pun jadi tak sakit dah sebab terlampau risau . Hanya mampu berdoa je masa ni harap anak aku keluar berat lagi dari result scan .
BAYI MAKIN MENGECUT, MESTI DIKELUARKAN
23.06.2018
Doctor cakap walau macam mana skali pun awak kena beranak jugak tau , memang bahaya untuk diri awak kalau awak tak keluarkan baby ni . Baby makin mengecut katanya dan tak membesar dah . Tak boleh simpan lama lama . Doctor decide nak bedah and ada doctor kumpulan lain tak setuju nak bedah sebab rahim kecik sangat risiko kalau nak bedah . Masa ni dalam fikiran ya allah besarnya ujian aku denganya lahir tanpa suami disisi
LAHIRNYA AMEENA, TAK BERGERA K& TANPA TANGISAN. TUBUH MEMBIRU
Pada tarikh 23.06.2018 plak ditolak masuk ke labour room , maka lahirlah seketul Nur Ameena Aisya seberat 440gram baby . Doctor kalut dah sebab lin dah lahir dan baby terpaksa tolak masuk nicu . Lin tak sempat tengok pun anak sendiri . Ma lin cakap anak biru tak gerak pun senyap je . Doctor datang dan cakap anak awak berkemungkinan hidup dalam 2-3 jam je mampu bertahan .
Dalam hati lagi ya Allah ujian ape lagi ni , berharap allah anugerah berita gembira .
KULIT MAKIN MERAH, TIDAK LAGI KEBIRUAN
24.06.2018 doctor pakar kanak kanak pra matang ***** datang melawat lin kat labour room dan bagitahu berita gembira dan semangat yang baby aktif kuat dan kulit makin merah bukan biru dan doktor cakap baby ada peluang untuk survive . Masa ni dalam hati tuhan je tahu betapa gembiranya dan bersyukur sangat sangat . Dan doktor cakap boleh pergi melawat baby kat nicu dan pam susu untuk baby.
AKU KUAT DEMI ANAK, ANAK AKU BOLEH!
Masa ni bunyi mesin pun takut dah , takut sangat kehilangan . Ada je baby yang 800gram tak dapat survive . Kadang dengar mulut yang negative cakap mana mungkin ameena 440gram dapat survive sedangkan yang 500gram ke atas ada yang meninggal . Ya allah luluh hati seorang ibu ada yang berkata sedemikian dan lin sentisa positive dan kuat untuk ameena . Sentiasa mindset aku kena kuat untuk anak aku ! Anak aku boleh!
BUAT KANGAROO MEDICAL CARE, IBU BOLEH PELUK & CIUM ANAK
12.08.2018
Hati gembira sebab doctor **** bagi kebenaran untuk buat KMC (kangaroo Medical Care) dapat peluk anak ibu dapat cium , cukup buat ibu gembira . Ameena semakin aktif , ada jugak time Ameena drop oksigen sebab tak pandai telan air liur , air liur jadi banyak then boleh buat dia biru . Masa ni memang mengalir air mata je dan sentiasa berdoa semoga allah hadirkan lagi berita gembira untuk kesihatan ameena .
SETIAP HARI BUAT KANGGAROO CARE
13.08.2018 – 26.09.2018
Hari hari buat KMC dan ulang benda yang sama nak bagi ameena semangat untuk hidup dan alhamdulillah doctor cakap yang Ameena kuat dan semakin kuat . Pergi hospital pukul 8pagi balik pukul 11-12 malam semata nak bagi anak kuat dan semangat .
Dan pada tarikh 27.09.2018 Ameena start buat hal tak nak pakai oksigen dan hari tersebut ameena diberi keizinan untuk belajar bernafas sendiri dan alhamdulillah ameena boleh masa ni tak silap 1.5kg kot , lupa dah . Kesihatan ameena pun semakin baik.
BERKAT DOA IBU BERAT NAIK 1.89KG. SETELAH 4 BULAN BARU BOLEH PULANG
31.10.2018 lin mintak izin dengan doktor untuk bawa ameena balik ke rumah dan doktor minta lin masuk wad bersama anak dulu untuk tengok macam mana perkembangan ameena dan nak ameena keluar dengan seberat 1.8kg . Masa ni ameena baru 1.7kg dan lin tak putus putus berdoa supay berat ameena naik 1.8kg . Alhamdulillah tuhan tak tidur dan sentiasa mendengar rintihan hambanya .
Selama 2hari je ameena dat dapat naik 1.89kg dan doktor izinkan ameena balik ke rumah dan sampai lah sekarang ameena memang sangat2 aktif . Setiap kali tca doc cakap ameena kuat .
IBU BAYI PRAMATANG MESTUI TERUS KUAT
Sekian sampai disini saja ye , maaf kalau terkurang bahasa sebab lin tak pandai sangat nak buat ayat . Pesanan untuk ibu yang ada baby pra matang terus kuat dan jangan putus asa , sebenarnya baby ni insyallah kuat kalau kita sebagai ibu kuat .
Dan sentiasa berdoa agar tuhan anugerahkan berita yang gembira untuk kita dan baby . Dan takziah pada baby yang tak dapat survive , insyallah ada rezeki lain ya ibu2 . Setiap ujian yang tuhan anugerahkan insyallah pasti yang terbaik untuk kita semua . Abaikan mulut makcik puaka yang cakap anak macam muka monyet laa macam ape lah , tunggu kena kat batang hidung sendiri baru tahu.
Terima kasih tak terhingga kepada staff **** kerana banyak membantu dan memberi semangat kepada saya
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.