Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.
Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat ‘tajam’ bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati Amyra.
“Laa kita masak lemak ketam letak nanas ramai DM tanya mengandung bole makan nanas? Tak tajam ke?
“Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?
“Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.
Ads
“Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.
“Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau,” terang Amyra.
Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.
“Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nanas dalam makanan. Terima kasih kalian.
Ads
“Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay,” tambahnya.
Mitos nanas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nanas dan punca keguguran.
Kelas antenatal bukan sekadar satu trend terkini tetapi ia membekalkan bakal ibu untuk bersedia sepenuhnya untuk menempuh fasa baru. Begitu juga dengan bakal bapa.
Bagi yang tidak tahu, kelas antennal juga akan memberikan maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu.
Kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin:
1. Berjumpa rakan baharu
Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.
Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.
2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin
Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.
Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.
Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.
Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu.
Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.
3. Meningkatkan keyakinan diri
Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.
Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.
4. Mendekatkan diri dengan pasangan
Manfaat kelas antenatal 2024 juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik malah mempelajari proses bersalin bersama-sama.
5. Lebih seimbang & sihat
Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.
Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.
Kelas antenatal online mahupun secara fizikal juga dapat memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri baru-baru ini mengumumkan isterinya iaitu Datin Seri Shahida hamil anak kembar tapi malangnya mengalami pendarahan yang teruk. Dia juga risau kandungan isterinya mungkin tidak dapat diselamatkan.
Justeru itu, dia memohon doa ramai agar kandungan kembar isterinya selamat. Menerusi posting tersebut juga, dia menjelaskan isterinya agak tertekan dan penat sejak akhir-akhir ini.
Terbaru, Datin Shahida memuatnaik gambar ujian imbasan kandungannya di instagram. Yang menyedihkan hanya satu janin sahaja yang dapat diselamat manakala janin yang kedua tidak dapat diselamatkan.
Namun dia tetap bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk hamil dan mempunyai zuriat dan dia bersyukur Allah mengurniakan dia dengan nikmat anak-anak.
Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat Dr kata…. dah ada denyut jantung pun.
Terima kasih sahabat yg mendoakan…. doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti.
Saya redha je sebab saya percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian.
Menerusi posting terdahulu, Datin Shahida ada menjelaskan kenapa dia mengalami pendarahan yang teruk dan akhirnya menyebabkan keguguran pada salah satu kembar yang dikandungnya itu.
Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya…. terlalu byk saya x sempat nak balas….
Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran
mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress… . satu lagi baby masih ada… Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan…
terima kasih pada semua yg mendoakan…
Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kehamilan dan menyatakan masih rezeki Shahida untuk hamil walaupun salah satu janinnya sudah gugur. Menurut netizen, mungkin ada hikmahnya disebalik yang berlaku dan mereka meminta agar Shahida terus kuat dan sabar.
Masih Ada Rezeki
Datin Doakan Saya Dapat Zuriat
Datin Jangalah Layan SocMed Buat Sementara Waktu Ye
Buat pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat, rawatan IUI (Intrauterine Insemination) memang jadi salah satu ikhtiar yang popular. Tapi tahu tak, walaupun prosedur ni nampak simple, cara kita jaga diri selepas rawatan tu sangatlah penting untuk tingkatkan peluang kehamilan.
Kalau nak cepat nampak dua garis merah tu, jom semak 9 pantang larang yang wajib dijauhi lepas buat IUI!
1. Jangan stres
Lepas IUI, emosi kena jaga. Bila stres, hormon jadi kacau-bilau, dan ni boleh ganggu proses persenyawaan. Cuba relaks, buat benda yang menenangkan — tengok Netflix, pergi spa (tapi bukan sauna ya!), atau lepak dengan kucing pun okay.
2. Elak ambil ubat semberono
Perut rasa tak selesa lepas IUI? Jangan terus capai panadol atau ubat herba. Check dulu dengan doktor. Ada ubat atau suplemen boleh ganggu proses implantasi, rugi tau!
3. Makanan proses, tolong jauhkan
Mi segera, nugget, burger, semua tu letak tepi dulu. Lagi-lagi makanan laut yang tinggi merkuri macam ikan kembung. Nak makan ikan? Pilih salmon atau ikan bilis, lebih selamat.
4. Tinggalkan rokok & alkohol
Alkohol dan rokok bukan je menjejaskan kesuburan, tapi juga boleh ganggu tumbesaran janin kalau berjaya hamil nanti.
5. Kurangkan kena sinaran ‘berbahaya’
Kalau kerja awak dekat tempat yang terdedah pada radiasi atau panas terik — take note. Cuba elakkan sementara. Duduk rumah, chill. Bukan takut matahari, tapi nak beri peluang ‘benih’ lekat elok.
6. Jangan angkat barang berat
Nak mop rumah? Angkat kotak besar? Jangan dulu! Tekanan pada bahagian perut boleh ganggu implantasi. Minta tolong pasangan untuk buat semua perkara macam itu.
7. Elak travel jauh-jauh
Melancong tu seronok, tapi lepas IUI, rehat saja dulu. Duduk dalam kereta berjam-jam atau naik kapal terbang lama-lama boleh beri tekanan fizikal. Simpan plan travel tu dulu!
8. No hot shower, no sauna
Mandi air panas memang syok, tapi suhu panas boleh kacau proses penempelan embrio. Ganti dengan air suam je ya buat sementara.
9. Jangan skip temujanji doktor
Rawatan tak habis di klinik je. Follow up sangat penting untuk tahu hormon okay ke tak, dan bila masa sesuai buat UPT. Jangan tangguh temujanji!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!