Terperanjat dibuatnya! Biarpun mengenakan IUCD, tiba-tiba ujian air kencing mendapati diri hamil. Tidak mungkin keputusan hasil dari ujian air kencing akan tersilap. Pemasangan alat pencegahan kehamilan ini mungkin mudah dipasang, tetapi tetap berisiko untuk membuatkan seorang wanita untuk hamil.
Melalui penulisannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan kebarangkalian seseorang itu untuk hamil selepas memaki IUCD disebabkan beberapa faktor.
“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?”
“Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!”
Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap?
Ads
“Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” Saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir.
Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor.
“Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” Tanya wanita sebaik saja saya meletakkan probe ke atas abdomennya.
NAMPAK KANTUNG, ADA DEGUPAN JANTUNG
Saya menarik nafas panjang. Di dalam abdomen tidak nampak pun sarung janin, hanya imej IUCD masih berada di dalam rahim. Sementara di skrin ultrasound, saya melihat imej fallopian tiub sebelah kanan bersama sarung dan janin di dalamnya. Degupan jantung juga kelihatan jelas.
Ads
“Ya, puan hamil tapi malangnya janin berada di luar rahim. Alat IUCD itu masih berada dalam rahim”.
Itulah nasib malang yang menimpa wanita itu. Beliau berusaha untuk mencegah kehamilannya namun takdir Allah dia hamil juga. Saya tidak dapat melakukan apa-apa rawatan terhadap kes seperti ini. Saya merujukkan semula kepada hospital swasta yang memasukkan alat ini agar tindakan susulan dapat diambil.
Intrauterine device atau disebut dengan ringkas IUCD adalah alat pencegah kehamilan yang digunakan oleh wanita untuk jangka masa yang agak lama sekitar 3 hingga 5 tahun. Ia mungkin hanya alat yang diperbuat dari plastik, atau yang dilingkari oleh dawai tembaga.
Walaupun ia dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, namun kebarangkalian untuk hamil ialah 1 dalam 200 wanita setiap tahun. Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan berlaku di luar rahim (ectopic pregnancy) dan terpaksa digugurkan secara pembedahan. Kehamilan dalam rahim juga boleh berlaku bersama alat IUCD di dalamnya.
Risiko untuk hamil adalah tinggi dalam tahun pertama menggunakan IUCD. Namun begitu kebanyakan mereka yang hamil akan mengalami keguguran dengan sendirinya (spontaneous abortion). Jika ia tidak mengalami keguguran, kehamilan ini boleh diteruskan, tetapi risiko bagi ibu dan bayi amat tinggi ketika memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.
KALAU HAMIL KENA KELUARKAN IUCD SEGERA
Oleh itu jika seseorang wanita itu hamil, IUCD tersebut harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim. IUCD akan dikeluarkan dari rahim dengan menarik benang yang diikat pada IUCD.
KENA RAJIN BUAT CHECK UP
Ada juga doktor yang tidak bercadang mengeluarkan IUCD ini jika mendapati alat ini telah ‘terbenam’ pada uri (placenta). Jika ini berlaku, kehamilan terpaksa diteruskan tetapi risiko kelahiran pramatang mungkin berlaku. Jadi bagi wanita yang hamil bersama IUCD di dalam rahim, saya nasihatkan agar mengikuti nasihat doktor sebaiknya. Pemeriksaan berkala harus dijalani.
Bagi wanita yang memakai IUCD pula, walaupun kebarangkalian untuk hamil adalah rendah, namun haruslah segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kehamilan seperti tidak kedatangan darah haid 6 minggu setelah tarikh hari pertama kedatangan haid bulan sebelumnya. Jangan menunggu lebih lama kerana mungkin akan hamil walaupun menggunakan IUCD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak berkongsi berita kehamilan anak kedua baru-baru ini, pelakon Elfira Loy mengakui perasaan risau mengandung dalam musim pandemik Covid-19 ini agak kurang sikit berbanding di awal-awal wabak ini melanda negara. Ini berikutan ramai rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin Covid.
Menurut Elfira atau nama sebenar Nurul ELfira Loy Ahmad Sabri, 27, sebolehnya dia mahu berfikiran positif sepanjang proses kehamilan dan memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik untukya.
“Sebenarnya saya dan suami dah rancang (kehamilan) awal lagi tapi tiba-tiba pandemik. Sekarang alhamdulillah ada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.
“El tahu El pregnant lepas semua orang dah vaksin jadi lega la sebenarnya. Mula-mula tu terfikir juga ada orang cakap bahaya mengandung waktu pandemik dan sebagainya tapi kehamilan ni bukan semua orang senang nak dapat jadi bila dah ada ni, kita positif dan fikir yang baik-baik sahaja.
Tambah Elfira lagi, ikutkan hatinya kalau boleh anak kedua ini dia teringin nak anak perempuan tetapi tidak mahu terlalu berharap asalkan anak dalam kandungan sihat.
Masa awal haritu memang excited nak tahu jantina tapi sebabkan ini anak kedua, tak kisah dah. Tapi kali ikutkan hati nak perempuanlah bagi sepasang kan tapi tak kisahlah mana-mana asalkan sihat je.
Setakat ini El tak ada alahan apa-apa lagi jadi alhamdulillah tak rasa letih, rasa biasa je. So far belum lagi muntah-muntah, morning sickness,” ujar Elfira lagi.
Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
**Ibu yang ingin dapatkan baju materniti yang sesuai, boleh terus beli di sini
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi, isteri kepada Remy Ishak, Ezza Yusuf memuat naik video perjalanan cinta mereka sejak tujuh tahun bersama.
Dulu berdua, dan kini bakal bertiga tidak lama lagi, Ezza membingkiskan sebuah video untuk disimpan sebagai kenangan.
“7 tahun kenal block unblock. Next month 21 August 2023, 2 years as husband and wife.
“In shaa Allah tak lama lagi baby junior. Allah sebaik baik Perancang ❤️
“Kucing hitam tu nama jojo, saksi perjalanan kami. Alhamdulillah panjang umur dia masih bersama kami. Nak dapat adik dah dia,” tulis Ezza di ruangan kapsyennya.
Apa yang menarik perhatian pastinya keterujaan Remy untuk menanti cahaya mata sulunng mereka. Hal itu dapat disaksikan menerusi video yang dikongsikan isterinya.
Remy dan isteri dilihat cukup teruja ketika melakukan imbasan kehamilan di awal kehamilan, begitu juga ketika sama-sama membuat persiapan untuk menyambut kehadiran si comel mereka.
Malah Ezza turut berkongsi ketika kejutan kehamilannya kepada Remy di awal kehamilan.
Semoga dipermudahkan urusan buat keduanya untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka kelak.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini kini sedang menanti cahaya mata sulung mereka yang dijangka pada Ogos depan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.