Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu usaha menyusukan bayi dengan lancar. Tahukah anda apakah ia?
Anda perlu tahu, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menimbulkan gangguan. Makanan dan minuman yang dinyatakan ini mungkin perlu anda elakkan. Dibimbangi ia boleh menjadi punca gangguan sepanjang proses penyusuan berlangsung.
Namun, tidak semua akan mengalami kesan yang sama. Apa-appun anda boleh mencuba terlebih dahulu. Apabila ada gangguan hentikan segera pengambilannya.
Kopi atau teh
Apabila minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan menyerap masuk ke dalam susu Ini. Disebabkan bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada tubuh secara semula jadi, maka ia boleh menyebabkan dia berasa tidak selesa, meragam dan susah tidur.
Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan pengambilan minuman berkafein atau cara yang lebih baik ialah elakkan terus daripada mengambilnya.
Coklat
Sama seperti teh dan kopi, coklat juga mengandungi kafein. Namun begitu, kandungan kafein dalam coklat adalah sedikit berbanding kopi.
Ads
Sekiranya anda mengesyaki coklat menjadi penyebab bayi selepas menyusu, hentikan buat sementara waktu daripada memakannya. Jika langkah menghentikan pengambilan coklat memberi kesan positif kepada bayi, maka adalah lebih baik anda elakkan diri daripada memakannya. Jika masih mahu makan coklat juga, anda mungkin perlu kurangkan kuantitinya.
Buah-buahan sitrus atau berasid
Buah-buahan seperti oren dan lemon, mengandungi asid yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Hal ini boleh menyebabkan dia meragam. Ada juga Kes di mana bayi mengalami ruam lampin kesan daripadanya.
Untuk mendapatkan bekalan vitamin C, anda boleh gantikannya dengan pengambilan sumber makanan lain seperti betik dan mangga.
Makanan pedas dan berempah
Kegemaran anda ini mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada bayi.
Ads
Sekiranya bayi kerap meragam dan mengalami ketidakselesaan di bahagian perutnya, ada baiknya anda elakkan dahulu daripada mengambil makanan pedas dan berempah demi kebaikan anda dan bayi juga.
Kekacang
Pengambilan kekacang boleh menyebabkan sesetengah bayi mengalami kembung perut.
Malah, kekacang juga merupakan salah satu makanan yang boleh menjadi punca alahan. Jika anda makan terlalu banyak kacang, berkemungkinan bayi boleh terkena alahan.
Ads
Jika suka makan kekacang, anda boleh gantikannya dengan makanan lain yang lebih bermanfaat untuk penghasilan susu ibu seperti kismis, kurma, aprikot dan lain-lain.
Makanan laut dan kekerang
Jika dalam keluarga anda, ada yang mengalami alahan terhadap makanan laut atau kekerang, ada baiknya anda elakkan diri daripada mengambil makanan tersebut sepanjang tempoh tempoh penyusuan berlangsung. Dikhuatiri bayi boleh terkena alahan yang sama.
Peppermint
Jika anda sukakan makanan atau minuman yang berperisa peppermint, berhati-hati. Ia diyakini boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu.
Dikatakan, teh peppermint sering digunakan sebagai salah satu cara membantu para ibu menghentikan pengeluaran susu ibu jika anak mahu bercerai susu.
Gula-gula atau ubat yang mempunyai kandungan peppermint pun perlu dikawal pengambilannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal melahirkan anak pertama pastinya membuatkan bakal ibu tertunggu-tunggu bilakah masanya yang paling tepat untuk bersalin. Pelbagai pertanyaan dan rasa keliru bermain di minda.
Sakit yang bagaimana dan apa tanda-tandanya yang ibu perlu segera ke hospital?
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti dari Prince Court Medical Centre, tiga tanda utama ini menjadi penanda terbesar untuk bakal ibu bersalin. Ikuti perkongsian beliau.
Daddy perlu bawa mommy ke hospital jika mommy mengalami tiga tanda utama ini. Jangan tunggu lama lagi. Cepat ke hospital.
* Kontraksi yang berterusan dan semakin kerap. Seiring dengan sakit belakang & rasa berat di bahagian bawah ari-ari / perineum.
* Pecah air ketuban – air yang jernih, mungkin mengalir dengan banyak atau menitis sedikit demi sedikit daripada faraj. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah.
* Lendir coklat atau bercampur tompokan darah (‘show’)- plug mukus atau mukus tebal yang menutup laluan serviks akan mula mengalir keluar apabila serviks mula terbuka.
Tips menghadapi kelahiran:
* Penuhkan ilmu di dada tentang proses kelahiran dari sumber yang sahih
* Fokuskan matlamat ‘Kelahiran Selamat’
* Kekal tenang
* Bina hubungan Doktor-Pesakit & ‘teamwork’ yang baik
* Kekal aktif & amalkan senaman yang bersesuaian
* Tidur & rehat yang cukup
* Diet sihat
* Kekalkan hidrasi
* Urutan perineum selepas 34 minggu (tanya doktor yang merawat)
* Amalan zikit & doa
* Sokongan kuat dari suami
Jika anda mengalami sakit ketika kencing, anda mungkin menghidap kencing kotor. Masalah kencing kotor sering dikaitkan dengan ibu hamil. Namun, sebenarnya wanita juga lebih mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) selepas melahirkan bayi, terutamanya jika anda dikateter dalam pundi kencing ataupun mendapat epidural semasa proses bersalin.
Malah, wanita juga lebih mudah mendapat kencing kotor disebabkan saluran air kencing mereka lebih pendek berbanding lelaki. Apabila jaraknya pendek, kuman dari luar lebih mudah untuk masuk ke dalam pundi kencing sekali gus menyebabkan jangkitan. Kencing kotor terjadi kerana jangkitan kuman pada sistem saluran kencing merebak pada buah pinggang, jangkitan dari luar dan masalah tahan kencing.
Selain itu, antara faktor ibu selepas bersalin mudah mendapat kencing kotor adalah kerana:
Ibu mungkin trauma dan menahan kencing kerana takut luka bersalin mereka pedih atau sakit.
Ibu yang mengambil epidural semasa bersalin juga mungkin akan mengalami gangguan saraf pada pundi kencing sehingga menyebabkannya terdedah kepada masalah kencing kotor.
Simptom kencing kotor selepas bersalin
Sakit semasa terkencing
Kerap rasa hendak terkencing tetapi keluar kencing sedikit atau tidak keluar air kencing
Air kencing keruh atau berdarah
Apa yang saya perlu lakukan jika mengalami kencing kotor?
Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan masalah lain pada badan anda. Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam jangka panjang. Selain itu, ibu baru juga akan mengalami demam jika masalah kencing kotor berterusan.
Bagi mengatasi dan mengurangkan risiko masalah ini, ibu disaran untuk melakukan seperti di bawah:
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air masak setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan saluran kencing.
Kurangkan minuman kopi, sitrus, tomato, minuman ringan dan minuman bergula serta alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan anda sukar untuk mengawal pundi kencing.
Latih pundi kencing anda untuk kencing setiap 30 minit. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk tidak kencing langsung. Kemudian, bolehlah dijarakkan lagi waktu kencing dalam satu jam sekali atau dua jam sekali dan seterusnya.
Kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
Elak melakukan hubungan seks semasa anda dalam rawatan UTI.
Penjagaan kebersihan bahagian intim adalah penting. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan anda dari depan ke belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang merebak ke faraj anda.
Ambil vitamin C (250 hingga 500 mg), beta-karotene (25,000 hingga 50,000 IU setiap hari) dan zink (30-50 mg setiap hari) bagi membantu melawan jangkitan.
Elakkan meneran semasa membuang air kecil ataupun besar kerana usus anda tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada pundi kencing.
Jangan menggunakan tampon, sebaliknya gunakan pad bagi membantu menyerap kebocoran air kencing anda.
Lakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar pelvis dan pundi kencing kembali normal. Senaman kegel juga boleh dilakukan semasa anda hendak batuk, tergelak atau bersin.
Elak menggunakan sabun, krim antiseptik, penyembur dan bedak untuk bahagian intim.
Tukar seluar dalam dan sarung kaki setiap hari.
Elakkan memakai seluar yang ketat.
Pakai seluar dalam atau sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas.
Kencing kotor selepas bersalin mungkin akan berlarutan antara tiga hingga enam bulan atau mungkin lebih lama jika tidak dirawat. Jika masih berlanjutan, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.
Walaupun dah cecah usia 43 tahun, selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim tetap kekal awet muda dan cergas. Ibu kepada Tunku Sofia Najihah yang kini berusia 3 tahun ini nampak seperti ibu berusia awal 30-an.
Rezeki Sarimah memiliki rupa paras yang kekal awet muda. Tambah pula Sarimah juga seorang yang begitu menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerusi perkongsian di instagramnya juga, Sarimah menjadikan senaman sebagai rutin dan melakukan secara konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan.
Apa yang menarik perhatian ramai, dalam satu ciapan di Twitter, beliau telah berkongsi rahsia yang sering diamalkannya untuk kekal kelihatan menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.
Menurutnya, dia telah mengamalkan dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.
“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya.
Tambahnya lagi, elakkan memakai foundation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.
Tweet itu telah mendapat lebih 2,600 Retweets dan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ di media sosial Twitter. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tips yang diamalkan oleh beliau.
Terdahulu, Sarimah mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan istimewa di rancangan Gegar Vaganza Musim Ke-9 pada Ahad lalu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.