Tentu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan. Seronok! Tapi pertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana 5 sebab ini kalau benar sayangkan anak. Jangan sengaja awalkan atau lewatkannya!

Menyuap bayi makan memang meyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila dia berselera ketika disuap, mama papa yang melihat pun rasa puas bila apa yang dimasak licin dimakan. Tapi sebelum menyuapkan bayi makan, tolong ambil kira 5 faktor ini dahulu untuk mengelakkan pelbagai masalah.

Ingatkah mama dan papa kepada kes bayi kecil yang baru berusia beberapa hari diberi makan bubur pisang dan meninggal dunia akibat pendarahan? Kita pasti tidak mahu kes yang sama berulang kepada generasi kita. Justeru, mama dan papa perlu sentiasa mengingatkan pengasuh dan penjaga agar tidak memberikan makanan dan air kosong kepada bayi sehingga usia bayi enam bulan ke atas.

Makanan Pelengkap  & Air Kosong Kepada Bayi, Jangan Beri Terlalu Awal Atau Sengaja Melewatkannya Kalau Nak Anak Sihat

KENAPA PERLU TUNGGU BAYI BERUSIA ENAM BULAN?

  1. KESIHATAN JANGKA PANJANG

Memberikan makanan pelengkap semasa bayi berusia 6 bulan boleh meningkatkan kesihatan jangka panjang anak anda. Ini kerana bayi yang mula makan hanya memerlukan kurang kalori dari susu ibu yang seterusnya menyebabkan bayi tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada penyusuan susu ibu.

IKLAN

Ini termasuk risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti, kencing manis, jangkitan pernafasan dan telinga, kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

  1. ANTIBODI YANG KUAT

Salah satu keistimewaan susu ibu ialah setiap ibu menyediakan susu yang direka khas untuk melindungi bayi mereka. Apabila bayi terdedah kepada kuman baru, tubuh ibu mengeluarkan antibodi untuk kuman itu.

  1. CEGAH ALERGI

Menyusu secara eksklusif sehingga usia bayi enam bulan pertama telah menunjukkan kesan ketara dalam mengurangkan risiko dan keterukan alergi makanan yang ada dalam keluarga dengan sejarah. Ia juga mengurangkan risiko sensitiviti kulit seperti ekzema.

  1. IQ TINGGI

Satu kajian mendapati penyusuan eksklusif selama 6 bulan dikaitkan dengan IQ yang lebih tinggi. Pada tempoh tujuh tahun, IQ bayi yang secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupannya secara purata 3.8 mata lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendapat susu ibu secara eksklusif dalam tempoh itu. Penyelidik berpendapat ini adalah kerana susu ibu kaya dengan asid lemak dan komponen bioaktif lain yang penting untuk perkembangan otak.

IKLAN
  1. BEKALAN SUSU MAMA

Cara terbaik untuk mengekalkan bekalan susu anda ialah memastikan permintaan bekalan susu sentiasa ada. Ini kerana apabila mama papa mula memperkenalkan makanan, bayi hanya perlukan susu ibu kurang daripada kebiasaannya kerana dia mendapat kalori dari sumber yang lain iaitu makanan. Pemberian makanan pelengkap terlalu awal hanya mengganggu permintaan dan penghasilan susu ibu yang boleh menjadikannya berkurangan.

DAPATKAN PENDAPAT PAKAR PEDIATRIK JIKA RAGU-RAGU
Makanan Pelengkap  & Air Kosong Kepada Bayi, Jangan Beri Terlalu Awal Atau Sengaja Melewatkannya Kalau Nak Anak Sihat

Jika anda ragu-ragu dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kesediaan bayi kepada makanan pelengkap, anda bolehlah mendapatkan saranan dan pendapat daripada pakar pediatrik.

Pakar pediatrik boleh mencadangkan permulaan makanan pelengkap jika bayi memerlukan kalori tambahan atau pemakanan. Bayi apabila bersedia untuk mengambil makanan pelengkap sepatutnya mereka sudah mampu menyokong kepalanya dengan baik dan duduk sendiri. Bayi mungkin mula menunjukkan minat, dengan menjangkau makanan mama dan papa.

IKLAN

WHO mengesyorkan bahawa, sebagai tambahan kepada susu ibu iaitu makanan pelengkap diberikan kepada bayi 2-3 kali sehari antara 6-8 bulan, 3-4 kali sehari antara 9-11 bulan, 3-4 kali hari dengan snek tambahan 1-2 kali sehari antara 12-24 bulan.

BAYI PERLUKAN MAKANAN PELENGKAP SEMASA USIA ENAM BULAN

Makanan Pelengkap  & Air Kosong Kepada Bayi, Jangan Beri Terlalu Awal Atau Sengaja Melewatkannya Kalau Nak Anak Sihat

Malah jika bayi sudah mencapai 6 bulan dan masih kelihatan tidak bersedia untuk makanan pelengkap, berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang bagaimana untuk meneruskannya. Bagi kebanyakan bayi, keperluan zat besi meningkat masa ini dan tidak boleh diperolehi daripada susu ibu semata-mata. Ia perlu ditampung dengan makanan pelengkap.

Menunggu terlalu lama untuk memperkenalkan makanan pelengkap boleh menyebabkan perkembangan lambat, sensitiviti kepada tekstur makanan dan alergi. Apabila bayi sudah bersedia untuk memulakan pepejal, mama dan papa mulakan dengan beransur sedikit demi sedikit.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI