Lagi kes keracunan dikalangan pelajar. Terbaru, Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
TUTUP DEWAN MAKAN
Ads
Tindakan pantas untuk keadaan lebih mudarat, Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 62 pelajar di institusi pendidikan berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Ads
Menurut laporan media, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima 30 notifikasi kes keracunan makanan pada 30 Ogos.
Ia diikuti 32 kes tambahan pada hari berikutnya dari Klinik Kesihatan Taiping membabitkan pelajar yang tinggal di asrama dalam MRSM Taiping.
Ads
“Hasil siasatan awal di lapangan mendapati kesemua pelajar terbabit yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun mempunyai sejarah makan di dewan makan MRSM Taiping dan mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor pakar keluar minum, tinggalkan pesakit lepas bersalin hingga meninggal dunia. Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin, didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.
Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama jururawat terdiri daripada Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa serta Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi hampir RM6 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan menyebabkan kematian mangsa ketika menerima rawatan.
Punita meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.
Ketika prosiding, mahkamah diberitahu bahawa Punita yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.
Walaupun memberi jaminan pesakit yang berusia 36 tahun itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit, walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.
Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak, manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.
Kedua-dua doktor terbabit tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Doktor HTAR menyifatkan keadaan Punitha sudah kritikal ketika ketibaan, berikutan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).
Walaupun pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, namun Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.
Hakim, Norliza Othman, dalam keputusannya, berkata Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.
Norliza juga menekankan kegagalan doktor bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.
“Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.
“Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya,” katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.
Hakim juga mengecam doktor kerana ‘tidak menghiraukan’ keadaan si mati.
“Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital ‘mengisytiharkan kematian’ ibu malang ini.
“Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat, sementara Dr Ravi keluar minum.
“Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat,” tambahnya.
Susulan itu, mahkamah menganugerahkan keluarga mangsa RM5,993,936 sebagai ganti rugi, merangkumi RM500,000 untuk kesakitan dan penderitaan si mati; RM1 juta untuk setiap seorang bagi dua anak si mati; RM300,000 setiap seorang untuk ibu bapanya; RM1.5 juta sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Ravi; RM700,000 sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Shanmugam dan kliniknya; dan RM100,000 sebagai ganti rugi punitif.
Pelakon dan Datin Elvina Mohamad berkongsi satu pengalaman mencemaskan yang dilaluinya baru-baru ini. Dia secara peribadi menyaksikan seorang kanak-kanak tersepit di eskalator, satu insiden yang tiba-tiba dan mengejutkan.
Menurut Elvina, kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja selesai menghadiri tayangan perdana filem Magik Rompak di MyTown Mall. Dalam perkongsiannya, Elvina menulis, “Semalam habis je Screening Meet & Greet filem Magik Rompak di MyTown Mall, otw nak balik ternampak kejadian ni”.
Elvina mengakui rasa sebak dan seriau apabila melihat sendiri bagaimana kaki seorang kanak-kanak boleh termasuk ke dalam celahan eskalator. Katanya lagi, “Ya Allah, kesian adik ni kaki dia termasuk dalam escalator..” Situasi itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya sebagai seorang ibu.
Walaupun bukan mangsa mahupun keluarga yang terlibat, Elvina mengambil peluang untuk menitipkan pesanan penting buat semua ibu bapa.
“To all parents please be more careful lepas ni kalau bawa anak naik escalator, tolong jangan bagi anak berdiri dekat tepi hujung escalator tu. BAHAYA..”
Elvina turut mengingatkan bahawa pesanan ini bukan hanya untuk orang lain, malah untuk dirinya juga. “Pesanan untuk diri saya sendiri juga. Seriau tengok semalam. Semoga adik tu baik2 saja..” Tulisnya lagi, semoga insiden tersebut menjadi peringatan agar kita semua lebih peka terhadap keselamatan anak-anak.
Menerusi ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak malang itu tampil memberi perkembangan tentang keadaan anaknya. Pemilik akaun nabilahfarhana18 menulis, “Ya anak i yg sangkut tu. Crocs dia tgesel sikit je dkt tepi n sekelip mata tmasuk tepi tu. Mujur abg dkt bawah sempat tekan button stop, kalau x, xtahu apa jadi 😭. Doakan ziqri cepat sembuh dan dipermudahkan operate petang nanti.”
Insiden ini seharusnya menjadi peringatan buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati dan tidak leka ketika membawa anak-anak di tempat awam. Langkah pencegahan kecil seperti tidak membiarkan anak berdiri di tepi eskalator mampu mengelakkan tragedi yang lebih besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendirikan rumah tangga bersama selebriti terkenal Noor Neelofa pada 27 Mac 2021, pendakwah bebas dan figura popular PU Riz kini menikmati fasa kehidupan sebagai seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata lelaki — Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Bagi PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, momen-momen kecil bersama anak-anak menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan yang tidak ternilai. Lebih bermakna, tahun ini ulang tahun kelahirannya yang ke-30 turut disambut bersama ulang tahun kedua anak keduanya, Abdullah Abbas.
PU Riz meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang dikecapi menjelang usia 30 tahun, namun mengakui tiada yang lebih membahagiakan daripada menyambut kelahiran anaknya yang kedua.
“Tahun ini Abah genap 30. Banyak impian Abah sudah tercapai, tapi tak ada yang lebih membahagiakan daripada kelahiranmu.”
Kata PU Riz, meskipun waktu berlalu begitu pantas, sebagai seorang ayah, dia tidak pernah puas menatap wajah anaknya yang disayangi.
“Hari ini kamu 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tapi Abah tak pernah puas pandang wajah kamu. Abah bukan ayah sempurna, tapi Abah sayang kamu sangat.”
Menerusi hantaran yang dikongsi di platform Threads miliknya, PU Riz turut menzahirkan kasih sayangnya dalam bentuk pesanan yang cukup menyentuh hati buat si kecil Abdullah Abbas:
“11 Julai 2025. Abbas, my dear son, one of the lights of my life.”
“Kalau kamu muncul dalam mimpi pun, senyum Abah tetap muncul di alam nyata. Semoga hidupmu penuh ‘afiyah, kejayaan, dan barakah.”
PU Riz turut mengakui bahawa meskipun dia bukanlah bapa yang sempurna, namun cintanya terhadap anak-anak adalah sesuatu yang suci dan tidak akan pernah luntur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.