Dalam era media sosial, trend makanan viral seperti tiramisu, boba dan ramen pedas bukan sahaja menarik perhatian orang dewasa, malah turut menjadi kegilaan kanak-kanak. Namun di sebalik rupa yang cantik dan rasa yang ‘trending’, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa makanan sebegini boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan anak, terutama jika diambil secara kerap dan tidak terkawal.

Artikel ini mengupas bahaya makanan viral kepada anak-anak dari aspek kesihatan fizikal, perkembangan psikologi serta tanggungjawab ibu bapa dalam membuat pilihan yang bijak untuk pemakanan anak-anak.

Makanan Viral Seperti Boba, Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak? Ini Penjelasan Pakar

Kesan Jangka Pendek & Panjang Makanan Viral Terhadap Kesihatan Anak

Tiramisu

  • Mengandungi kafein daripada kopi yang boleh menyebabkan anak sukar tidur, hiperaktif, degupan jantung tinggi dan susah fokus.

  • Sesetengah resepi gunakan telur mentah, berisiko terkena jangkitan Salmonella (demam, muntah, cirit-birit).

  • Gula yang tinggi dalam tiramisu pula boleh sebabkan gigi rosak, obesiti dan mengurangkan selera makan.

Boba / Bubble Tea

  • Sangat tinggi kandungan gula dan kadangkala mengandungi kafein.

  • Boleh ganggu tidur, tingkah laku dan menyebabkan anak menjadi ‘picky eater’.

  • ‘Pearl’ yang kenyal dan kecil berisiko tinggi untuk anak bawah 5 tahun tersedak.

  • Kandungan pewarna dan perasa tiruan juga boleh menjejaskan sistem tubuh.

Ramen Pedas

  • Ramen tular kaya dengan capsaicin, MSG dan garam tinggi.

  • Mengganggu sistem penghadaman, menyebabkan sakit perut, mual, cirit-birit.

  • Garam dan MSG berlebihan boleh ganggu fungsi buah pinggang, naikkan tekanan darah dan menyebabkan dehidrasi.

  • Menggalakkan anak suka makanan masin dan pedas – dan membentuk tabiat pemakanan tidak seimbang.

Apa Berlaku Jika Pemakanan Anak Tidak Dijaga?

Jika ibu bapa terus mengabaikan kawalan pemakanan anak-anak, kesan jangka panjang yang timbul bukan kecil. Antara keburukan besar termasuk:

1. Masalah Kesihatan Kronik

  • Obesiti sejak kecil.

  • Risiko diabetes jenis 2 yang meningkat.

  • Masalah jantung awal akibat kolesterol dan tekanan darah tinggi.

2. Tumbesaran Terencat

  • Kekurangan nutrisi penting (zat besi, kalsium, vitamin).

  • Ketinggian, berat badan, sistem imun dan perkembangan otak terjejas.

3. Masalah Tingkah Laku & Fokus

  • Anak lebih mudah meragam, agresif dan tidak boleh fokus.

  • Terdedah kepada gangguan emosi dan kesukaran belajar.

4. Cita Rasa Pemakanan Tidak Seimbang

  • Anak menolak buah & sayur, hanya memilih makanan bergula, masin dan berperisa kuat.

  • Sukar dibentuk semula pada usia remaja.

5. Gangguan Emosi & Keyakinan Diri

  • Anak obes lebih berisiko menjadi mangsa buli, menyebabkan kemurungan dan rendah diri.

Makanan Viral Seperti Boba, Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak? Ini Penjelasan Pakar

Trend Media Sosial & Bahaya ‘Ikut-Ikutan’

Menurut Dr. Putri Zainab, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian, ini dipanggil modeling. Bila ibu bapa sendiri terikut-ikut trend tanpa menilai, anak akan menganggap semua yang tular itu normal walaupun tidak sihat. Lama-kelamaan, anak tidak tahu beza antara makanan sihat dan sekadar ikut trend.

Ads

“Bagi setiap makanan yang viral, ibubapa perlu mengkaji dahulu isi kandungan makanan tersebut, untuk membuat penilaian sama ada makanan tersebut sesuai untuk anak mereka ataupun tidak” Katanya.

Panduan Sebelum Benarkan Anak Cuba Makanan Viral

  1. Periksa bahan kandungan – pastikan tiada bahan allergen, kafein, pengawet atau gula melampau.

  2. Nilai sumber trend – adakah ia dimulakan oleh pakar atau sekadar influencer?

  3. Lihat umur dan keupayaan anak – elak makanan yang mudah menyebabkan tercekik.

  4. Rujuk pakar jika ragu-ragu – berbalik kepada pakar pemakanan atau doktor kanak-kanak.

Makanan Viral Seperti Boba, Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak? Ini Penjelasan Pakar

Adakah Makanan Viral Boleh Diolah Jadi Selamat?

Ya! Contohnya tiramisu boleh diganti kopi dengan serbuk koko, ditambah buah-buahan segar. Bubble tea boleh dibuat sendiri dengan jelly dari jus buah dan kurang gula. Yang penting adalah Fahami ramuan, olah dengan bijak.

Isu Amaran ‘Cancer Harm’ Pada Ramen Tular – Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serius?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen menjumpai tulisan amaran “may cause cancer” di belakang peket ramen tular dari luar negara. Ramai yang terkejut kerana ia tidak pernah diberi perhatian sebelum ini, dan lebih membimbangkan – ramai anak-anak telah pun mencuba makanan tersebut.

Menurut Dr. Putri Zainab, isu ini bukan sekadar “gimik label”, tetapi berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pengawet tertentu yang jika diambil dalam jangka masa panjang, boleh menyumbang kepada risiko kanser, seperti yang dibuktikan melalui kajian ke atas haiwan makmal.

Ads

Walaupun pendedahan sekali atau dua kali tidak terus menyebabkan kanser, amalan membiarkan anak-anak mengambil makanan berisiko secara berulang adalah satu bentuk kelalaian yang boleh membawa kesan besar di masa hadapan.

“Pengambilan bahan-bahan kimia atau pengawet secara berlarutan dan berlebihan boleh menyebabkan kanser berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap haiwan. Oleh sebab berita yang tular tersebut, ibubapa sudah mula cakna bahawa ramen ini sebenarnya tidak sihat untuk semua golongan apatah lagi kanak-kanak. ” – Dr. Putri Zainab

Didik Anak Fikir Secara Kritis

Latih anak bertanya dan menilai makanan:

Ads
  • “Adakah makanan ni sihat?”

  • “Kenapa makanan ni tular?”

  • “Apa kesan kalau saya makan banyak?”

Berikan pilihan makanan alternatif dan puji apabila mereka membuat pilihan bijak.

Makanan Viral Seperti Boba, Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak? Ini Penjelasan Pakar

Tanggungjawab Ibu Bapa Kekal, Walaupun Trend Sentiasa Berubah

Trend makanan akan sentiasa datang dan pergi. Tapi anak-anak kita tetap bergantung kepada kita dalam membuat pilihan yang betul. Jangan biarkan media sosial menentukan apa yang masuk ke dalam perut mereka.

Bermula dengan rumah, bermula dengan ibu ayah. Kawal pemakanan anak hari ini dan demi masa depan mereka esok.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads