Seri ibu mengandung memang lain macam. Auranya boleh buat ibu nampak ‘glowing’ dan lebih cantik dari kebiasaan. Selepas mengumumkan kehamilan keduanya baru-baru ini, Bella Astillah yang berkongsi gambar di akaun Intagram miliknya mendapat perhatian.
Gambar yang menggayakan baju raya berwarna hitam itu menunjukkan perut Bella yang semakin membesar dan jelas terpancar seri ibu hamil di wajah polosnya.
Posting tersebut mendapat perhatian rata-rata pengikutnya yang mana dilihat begitu teruja memberikan komen positif dan mendoakan agar proses kehamilan serta kelahiran bayi yang dikandung akan dipermudahkan.
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dinafikan memuncak apabila di hujung kehamilan. Naik hingga 88.4kg, Datin Zizie Izette target turunkan berat lepas bersalin.
Datin Zizie Izette beritahu beratnya naik hingga 88.4kg saat menghampiri tarikh bersalin. Impiannya ialah untuk makan apa yang diidamkan sebelum bersalin. Katanya selepas berpantang pemakanan akan dijaga perawat pantang & akan ada target penurunan berat badan.
Ibu kepada empat iaitu si kembar Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette, 1 tahun dan dua anak angkatnya Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.
Para peminat dan rakan artis mendoakan agar proses bersalin Zizie akan berjalan lancar dan target penurunan berat yang diimpikan akan dicapai selepas berpantang nanti.
SURE YOU WILL REACH YOUR TARGET
TAK SABAR NAK TENGOK BABY GIRL
CANTIKNYA MAK BUYUNG
88.4KG STILL BEAUTIFUL
ALWAYS CANTIK
Sumber: Instagram @zizieizette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.
Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.
Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.
1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.
2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.
3. TEMPOH KONTRAKSI?
Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.
Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.
Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.
Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.
Dalam zaman sekarang, perkataan jaundis adalah sesuatu yang biasa. Kebanyakan bayi baru lahir sering terdedah kepada kemungkinan mengalami jaundis. Jaundis terjadi pada bayi kerana darahnya mengandungi bilirubin berlebihan. Bilirubin merupakan bahan yang terhasil semasa penguraian sel darah merah.
Bayi baru lahir memang cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana dia memiliki sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen. Buah pinggang bayi yang belum matang sepenuhnya itu pula tidak mampu memetabolismekan bilirubin yang berlebihan.
Ada bayi yang mengalami jaundis dalam tempoh beberapa hari. Malah tidak kurang juga, segelintir daripada bayi kecil ini perlu melalui pengalaman berulang-alik ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tambah simpati apabila mengenangkan si ibu yang belum sihat sepenuhnya selepas menjalani proses bersalin. Lebih teruk jika bayi terpaksa di tahan di wad hospital kerana perlu menjalani rawatan fototerapi.
Sebagai bakal ibu kepada bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi, anda perlu tahu bahawa jaundis tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. Ia hanya mengundang bahaya jika tidak dikawal daripada peringkat awal kerana bayi berisiko mengelami kerosakan otak apabila tahap bilirubin terlalu tinggi dan tidak mendapat pemantauan sewajarnya.
Sekiranya mahu mengurangkan risiko diri dan bayi daripada berdepan dengan masalah jaundis, ada beberapa petua alami yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Antara amalan ibu hamil yang boleh dilakukan ialah seperti berikut.
1. Makan madu
Masa kini memang mudah untuk mendapatkan bekalan madu di pasaran. Namun, ada baiknya jika anda pastikan bahawa ia adalah benar-benarmadu lebas asli. Barulah ia dapat memberi anda kesan khasiat pemakanan madu seperti yang diharapkan.
Untuk mengelakkan jaundis daripada dialami bayi selepas kelahirannya kelak, anda dinasihatkan untuk mengambil tiga sudu madu tanpa air atau meminum air bancuhan madu menggunakan lima sudu madu setiap hari.
2. Minum susu kambing
Sememangnya susu kambing terkenal sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ia memang mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk sesiapa sahaja yang mengamalkannya.
Anda boleh minum susu kambing yang kini sangat mudah didapati dalam bentuk susu formula. Maklum sahajalah, jika mahu meminum susu segar, dikhuatiri boleh membuat anda menjadi mual dan loya.
Semasa hamil, seelok-eloknya anda minum dua gelas susu kambing sehari. Segelas diambil semasa bersarapan dan segelas lagi sebelum tidur.
3. Minum pati delima
Buah delima dan wanita hamil memang sinonim. Buah ini pun mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan baik untuk anda dan bayi di dalam kandungan.
Untuk mendapatkan manfaat buah delima, anda digalakkan untuk mengamalkan patinya. Paling kurang 500ml sehari. Selain daripada mengambil pati, anda juga boleh makan butiran buah delima itu sendiri ataupun meminum jus delima segar yang sudah diproses.
4. Makan kurma
Setiap pagi, ada baiknya anda menjadi buah kurma kering sebagai salah satu menu semasa bersarapan. Selain daripada berupaya membekalkan anda dengan bekalan tenaga segara, buah ini juga bermanfaat untuk membantu anda mengelakkan masalah jaundis yang kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir.
5. Minum air kelapa muda
Memasuki trimester akhir kehamilan, anda disarankan untuk meminum air kelapa muda setiap hari. Di samping baik untuk bayi kerana dikatakan dapat membantunya kulitnya menjadi bersih, air ini juga dapat mengelakkan jaundis.
Walau bagaimanapun, perlu anda ambil peduli bahawa air kelapa lebih mujarab jika anda mengambilnya tanpa menambah gula. Bermakna, anda perlu minum air kelapa muda segar tanpa gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.