Tempoh cuti yang panjang ini ada baiknya kita sebagai mak ayah dorong anak untuk lakukan sesuatu yang berfaedah untuk mereka. Jika anak suka aktiviti bercucuk tanam, ajaklah anak-anak sama menanam pokok kegemaran mereka. Begitu jugalah dengan anak yang berbakat melukis.

Melukis sebenarnya boleh diransang dengan sebaiknya jika anak punya minat dan bakat dalam lukisan. Paling penting, melukis dapat membuatkan otak anak berfikir ketika melorek dan melukis karaktor yang disukainya. Begitu juga dengan mewarna.

Apa kata kita tambahkan kemahiran anak ini dengan merangsang bakat yang ada untuk jadi lebih pandai melukis. Ini langkah yang boleh mak ayah praktikkan pada anak untuk membantu mereka melukis.

Makin Kreatif & Buat Otak Anak Berfikir, Latihlah Anak Pandai Melukis!

Cari benda depan mata

Mulakan meminta anak-anak mencari benda atau subjek yang ada di depan mata mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya antara pilihan menarik. Bukan itu sahaja buah juga punya warna yang menarik seperti oren, merah, hijau dan sebagainya untuk menarik perhatian anak. Anak-anak juga perlu melihat di depan mata bagi melihat warna dan bentuk, jadi buah adalah pilihan tepat sebagai subjek.

Melukis dapat mencungkil bakat-bakat kreatif dalam diri mereka. Mendorong anak melukis juga menggalakkan minda anak-anak berfikir ketika mereka mencantumkan warna, kaedah yang diguna pakai dan merangsang daya kreativiti mereka.

Jangan buang lukisan anak-anak kita, simpan dan jadikan hadiah hari jadi sebagai hadiah di waktu mereka membesar kelak. Mereka pastinya menghargai momen ini. Teruskan untuk menggalakkan anak melukis.

IKLAN

Biasakan buat garisan
Mulakan buat garisan lurus memanjang supaya tangan kekal dan menegak. Inilah konsep atau basic lukisan.

Mulakan dengan bulatan
Mulakan dengan bulatan kecil dan bulatan besar di atas kerja. Ia adalah basic kepada lukisan.

Garisan menegak dan garisan lurus serta bulatan adalah asas lukisan. Apa-apa lukisan yang kita ingin lakarkan, pasti ada asas garisan dan bulatan. Jadi perlu konsisten. Biasakan dengan garisan dan bulatan ini.

Makin Kreatif & Buat Otak Anak Berfikir, Latihlah Anak Pandai Melukis!

Mulakan melakar
Minta anak melakar mengikut visual atau buah yang ada di depan mata. Ikut bentuk daripada asas bulatan.

IKLAN

Asas gula cakul
Mulakan kemahiran asas anak dengan menggunakan cakul. Mulakan dengan lakaran menggunakan pensil terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dilakar semula menggunakan cakul. Penggunaan cakul lebih senang dibentuk dan mendapatkan tona cahaya, walaupun ia sedikit kotor ketika menghasilkan lukisan.

1. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu gelap dan cerah

2. Gunakan jari untuk lukiskan kesan cahaya gelap dan cerah.

Konsep mewarna

Pensil warna
Pensil warna adalah bahan asas untuk mewarna dan sesuai dengan kanak-kanak di peringkat usia awal selain krayon. Ketika mewarna dengan pensil warna, gunakan gabungan beberapa warna seperti warna oren, kuning, putih dan sedikit hitam untuk memberikan tona kepada buah oren. Sebatikan gabungan warna ini supaya nampak serasi ketika mewarna.

IKLAN

Ketika mewarna juga, gunakan pelbagai arah mengikut bentuk buah atau subjek yang di warna.

Makin Kreatif & Buat Otak Anak Berfikir, Latihlah Anak Pandai Melukis!

Water colour
Ketika mewarna menggunakan water colour, mulakan dengan mewarna menggunakan warna asas di dasarnya. Kemudian ditambah dengan warna-warna lain, gabungan daripada warna yang sama. Contohnya warna hijau, hijau gelap, hijau pekat, hitam dan warna hijau cerah. Cari pencahayaan untuk menentukan warna cerah dan gelap.

Artikel berkaitan: Biar Je Anak Pegang Pensil, Conteng Sana Sini, Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI