Lagi lama ibu menyusukan bayi, lagi rendah risiko kencing manis. Anda pasti terkejut dengan fakta ini kan? Betul ke ibu yang menyusukan bayi mampu menurunkan risiko menghidap diabetes?
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, data yang diperoleh ke atas 1238 wanita berumur 18 hingga 30 tahun dalam suatu kajian selama 30 tahun semenjak pertengahan tahun 1980an. Hasil daripada kajian tersebut mendapati tidak ada seorang pun daripada mereka mempunyai masalah diabetes. Semua mereka telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, menyusukan bayi dan mereka telah menjalani follow up sekurang-kurangnya tujuh kali selama tiga dekad!
Kajian yang disiarkan di Journal JAMA Internal Medicine ini merumuskan bahawa ‘protection against diabetes’ meningkat dengan jangka masa seorang wanita itu menyusukan anaknya.
Ibu yang menyusukan anaknya untuk sekurang-kurangnya tempoh enam bulan didapati menurunkan risiko mendapat kencing manis sebanyak 47% berbanding dengan dengan wanita yang tidak menyusukan anak!
Risiko juga berkurang 25% bagi mereka yang menyusukan kurang daripada enam bulan!
Puan-puan, kakak dan adik-adik semua…
Disamping faedah baik yang dibuktikan ini, anda secara tidak langsung sedang mencipta ‘bonding’ bersama anak. Lagi lama tempoh penyusuan, lebih dekat anak-anak dengan si ibu. Ini dah tentu lebih elok kan?
Bagi yang memang susu tak banyak macam mana? Mudah dapat kencing manis ke?
Bukan ini persoalannya. Ada susu ke, tak ada ke bukanlah suatu isu yang ingin saya ‘highlight’kan di sini. Yang penting, para ibu harus sedar dan tahu akan maklumat ini. Supaya daya tolakan, agar keperluan serta kepentingan untuk menyusukan anak diberi perhatian. Itu saja.
“Alaah, tak apa lah. Susu saya memang selalu tak banyak, lagi pun nanti dah kerja susahlah nak pam-pam. Susu botol je senang,”
Ads
Eh, jangan ingat tak ada ibu-ibu yang seperti ini? Bukan bermakna tidak sayang anak. Bukan bererti kasih kepada anak dikurang-kurangkan. Tapi lebih kepada kurangnya pendedahan dan kesedaran akan pentingnya susu ibu. Itu yang dirisau.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah Ayat 233:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”
Merujuk kepada ayat al-Quran di atas, secara asasnya dapat kita fahami bahawa Allah menggalakkan para ibu untuk menyusukan anak-anak mereka sejak mereka lahir hinggalah mereka berusia 2 tahun.
Beberapa tip mudah yang boleh saya kongsi di sini untuk para ibu, kakak, adik-adik dan kawan-kawan di luar sana yang baru nak belajar-belajar teknik breastfeeding yang sesuai.
1. ‘Observe’ dan ‘set up support’.
Ads
Ini penting. Sebab ramai di kalangan ibu muda khususnya gagal untuk melalui proses ini. Pastikan anda mendapat sokongan yang kuat daripada suami dan keluarga. Lihat bagaimana mereka yang lain menyusukan anak. Belajar bagaimana teknik, cara dan gaya kehidupan mereka. Kehidupan anda akan bertukar 360 darjah sebaik sahaja bayi yang anda kandungkan lahir nanti. Ibu muda kena sedar ini!
Susui bayi seawal mungkin
Cuba sedaya mungkin mulai susukan bayi dalam sejam atau dua jam pertama kelahiran. Ini dapat membantu pengecutan rahim anda disamping memberi susu colostrum yang mengandungi banyak khasiat kepada bayi. Penting ini.
‘Skin to skin contact’
Ini penting terutama beberapa hari selepas kelahiran. Enam minggu pertama lazimnya waktu yang mencabar bagi ibu. Ada yang berputus asa. Tenang. Kerapkan hubungan sentuhan dengan anak. Ini semua membantu.
Sentiasa sedia dan ubah ‘mindset’
Ibu-ibu perlu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak terutama dalam tempoh awal selepas kelahiran. Susu akan bertambah masuk hari ketiga dan keempat dan seterusnya. Jangan takut-takut. Jangan teragak-agak.
Ads
Susukan bayi sekerap mungkin
Sekurang-kurangnya lapan ke dua belas kali sehari untuk yang baru lahir. Anda boleh perhatikan tanda-tanda bayi anda inginkan susu seperti kerap memegang mulut, mencari-cari puting, menangis, tidak selesa, dan sebagainya.
Fully breastfeeding
Cuba elakkan guna apa-apa puting selain natural breastfeeding. Ini akan mengganggu proses normal penyusuan ibu. Take note!
Air yang cukup
Ibu perlu minum banyak air. Ini penting. Tapi ramai yang tak sedar. Pastikan anda mendapat air secukupnya setiap hari bagi memastikan susu sentiasa sihat dan sedia untuk anak.
Cari ‘comfort zone’
Cuba menyusu di kawasan yang tenang dan tidak terlalu ramai orang. Ini akan membantu proses penyusuan anda khususnya ketika baru-baru proses kelahiran.
Positif
Perkara ini nampak biasa. Macam remeh kan? Siket-siket positif. Ya, tapi jika kita dikelilingi oleh orang yang negatif, yang selalu memomokkan cerita yang tidak elok even sebelum kita melahirkan anak, sudah tentu akan mendatangkan idea tidak elok kepada kita. Justeru, sentiasa kekal positif, jauhi mereka yang negatif! Pergi jauh-jauh!
Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga, suami dan anak-anak tentunya. Silakan #SHARE untuk kebahagiaan dan manfaat kita bersama.
Rujukan : Lactation Duration and Progression to Diabetes in Women Across the Childbearing Years: The 30-Year CARDIA Study, Gunderson E et al, JAMA Internal Medicine Kaiser Permanente Diabetes UK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Vokalis Kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia pernah berdepan dengan peristiwa mistik dan ilmu hitam malah dalam kalangan ahli keluarganya turutmenjadi mangsa.
“Saya pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam. Malah ada dalam kalangan ahli keluarga juga turut menjadi mangsa.
Ayie turut memberitahu pengalaman mistik itu juga membuatkan dia mengambil masa untk berkongsi wajah anak di laman sosial.
“Apa yang pernah saya alami itu, dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan”
“Itu juga antara salah satu sebab kenapa saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial.
Untuk info, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober tahu lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Nayla Amanda pada 22 Julai lepas.
“Mama rindu senyuman anak mama. Rindunya mama nak tengok awak senyum dik. Setiap hari mama menunggu . Mama tak putus berdoa dan berharap adik kembali sihat pulih.
Jika ini rezeki yang Allah berikan untuk mama jaga adik sehingga nafas terakhir mama, mama redha lepaskan segala-galanya. Walaupun jiwa mama bagai dihempap batu yang berat dan besar mama berserah semuanya pada Allah. Tiada siapa yang inginkan ia terjadi. Adik insan yang terpilih.”
Moga Allah makbulkan doa mama untuk lihat kembali senyuman mu sayang. Daffrel anak yang kuat!
Walaupun kita tiada dalam situasi mama adik Daffrel tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan kisah anak ini pasti akan merasai kesedihan yang ditanggung kedua ibu bapa Daffrel dan keluarganya.
Bacaan graf yang bawah sama macam Daffrel
Dilahirkan sihat dan normal seperti bayi lain, namun tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata selepas beberapa bulan kelahirannya. Penyakit yang dialami oleh Daffrel bukan biasa-biasa. Daffrel disahkan sawan Infantile Spasms di mana otak adik Daffrel telah rosak dan menyebabkan sawan ini menyerang bila-bila masa sahaja.
Rawatan susulan di HUKM/HKL
Menerusi coretan bapa Daffrel, Firdaus Ismail, selepas Daffrel dimasukkan ke wad, tindak balas ubat untuk simptom Daffrel kuat sangat sampai kekerapan berlaku spasms lebih kurang 1 jam sekali.
Doktor bagi estimate lebih kurang 1 minggu lagi rawatan di sini. Harap semua perancangan doktor berjalan lancar, kemungkinan selepas habis rawatan di sini, kami akan bawa Daffrel ke HUKM/HKL untuk menjalani rawatan susulan berkenaan simptom ni.
Proses ini mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan. Moga diberikan kemudahan dan kekuatan pada kami sekeluarga untuk memberikan yang terbaik untuk Daffrel. Terima kasih juga kepada anda semua yang selalu mendoakan kesihatan Daffrel, mendoakan kekuatan untuk kami, yang memberi sumbangan, kami amat terharu dan menghargainya.
Semoga Allah perkenankan doa-doa kalian dan kembalikan doa yang baik untuk kamu semua, Amin Ya Mujib.
Sawan masih ada, cuma badan tak kejang, hanya mata ke atas
Sementara itu, menurut mama Daffrel, Norazimah Bunihan, keadaan sawan Daffrel dalam keadaan tetapi masih lagi menyerang. Cuma dah tak keras dan kejang macam sebelum ini. Kadang-kadang hanya mata je ke atas.
Daffrel masih lagi on steroid untuk kawal keadaannya. Tolonglah doakan Daffrel sembuh sepenuhnya. Sihat, bijak, ceria macam kawan-kawan adik ya. Semoga spasms adik terus hilang dan boleh fokus melihat dan mendengar pula selepas ini. Aamin Ya Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.