Lama tak dengar khabar adik Ainul Mardhiah. Selepas melalui fasa kritikal Ogos lalu, Ainul yang kini berusia 4 tahun dah mula kembali aktif menjalani kehidupan seperti biasa. Seolah-olah ada satu kekuatan buat Ainul melawan sakitnya sebelum ini.

Terbaru melalui perkongsian mama Ainul di instagramnya, Nurul Erwani berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan anak sulungnya itu kepada orang ramai.

“My princess (Puteriku). Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadang-kadang tu kalau bad mood (emosi tidak baik), mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 Alhamdulilah, makin sihat dah adik Ainul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan adik Ainul yang terkini dan mendoakan agar kanak-kanak tersebut sentiasa di bawah lindungan Allah.

“Alhamdulillah.. moga Ainul terus kuat, terus sihat. Alhamdulillah syukur dan semoga Allah permudahkan segala urusan Ainul sekeluarga..amin

“Gembira tengok Ainul. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ye Ainul.”

IKLAN

“Terus sihat anak solehah Mama dan Walid”

“Alhamdulillah… happy tengok senyuman Ainul”

Sementara itu, di Facebook walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memaklumkan yang Ainul padat dengan jadual temujanji doktor untuk melihat perkembangan kesihatannya selepas kesihatannya merosot baru-baru ini.

“Minggu ni, minggu depan, minggu satu lagi pack jadual Ainul. Kena lapor diri jumpa doktor-doktor. Hari ni ambil darah dan jumpa pakar kanak kanak.

“Next nak jumpa surgical, ENT, speech, dietition, dan banyak lagi. Padat betul bulan ni.

IKLAN

“Makin Sihat, Cuma Padat Dengan Temu Janji Pakar.” Bapa Kongsi Perkembangan Ainul

“Alhamdulillah Allah SWT dah susun dah jalan hidup kita. Allah SWT atur saya bekerja sendiri (Asarmart). Jadi alhamdulillah saya ada masa yang flexible utk uruskan rawatan dan terapi Ainul,” katanya.

Tambah Safiuddin lagi, ibu bapa di luar sana yang ada anak berharga seperti ini, saya doakan urusan seharian anda dipermudahkan, Allah SWT limpahkan rezeki, cukupkan rezeki, beri anda kesabaran dan ketabahan dan paling utama kesihatan yang baik untuk anda. Kalau kita sakit, sapa nak jaga anak kita kan. Jadi, tolong jangan sakit tau. InshaAllah.

“Makin Sihat, Cuma Padat Dengan Temu Janji Pakar.” Bapa Kongsi Perkembangan Ainul

Terdahulu, Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.

IKLAN

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Sumber: Instagram nrlerwani & FB Ahmad Safiuddin

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

“Makin Sihat, Cuma Padat Dengan Temu Janji Pakar.” Bapa Kongsi Perkembangan Ainul

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI