Genap seminggu kelahiran cucu sulung dalam keluarga Datuk Ziela Jalil, satu majlis tahnik telah diadakan sekali dengan pengumuman nama.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ziela Jalil di instagramnnya, majlis tahnik itu telah dilakukan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.
Dalam pada itu juga, keluarga Ziela Jalil turut mengumumkan nama puteri sulung itu Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran.
Ads
Sebelum ini, Ziela berkongsi rasa keterujaannya apabila telah naik satu pangkat lagi bergelar nenek beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.
Beberapa minggu sebelum kelahiran Alayna, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig Ziela Jalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah dakwaan itu? Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi. Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.
Bagaimana untuk tahu bayi menangis bukan kerana gangguan, sebaliknya disebabkan kolik bayi?
Kolik adalah ketika bayi yang sihat menangis lebih lama daripada biasa.
Ya, sudah tentu semua bayi akan menangis. Itu merupakan cara terbaik, malahan satu-satunya kaedah untuk mereka berkomunikasi menyampaikan ketidakselesaan mereka tentang sesuatu perkara.
Doktor biasanya akan mendiagnosis bayi menangis sebagai kolik berdasarkan 3 tanda, iaitu:
Bayi dengan kolik, akan menangis secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Lebih memilukan, tiada rawatan yang terbukti berkesan untuk mencegahnya.
Masalah kolik yang terjadi tidak bermakna si manja anda mempunyai masalah kesihatan. Biasanya keadaan ini akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia si kecil.
Serangan kolik bermula apabila bayi berusia 2 hingga 3 minggu (lebih lewat untuk bayi pramatang).
Kemuncaknya adalah apabila usia bayi mencapai 6 minggu dan akan berkurangan pada minggu ke-10 hingga 12.
Menjelang usia 3 bulan (biasanya akan sedikit lambat bagi si kecil dengan kelahiran pramatang), masalah kolik bayi akan hilang secara ajaib.
Kolik yang dialami mungkin hilang secara tiba-tiba atau berhenti secara beransur-ansur.
Selain 3 peraturan doktor di atas, berikut adalah beberapa simptom dan tanda kolik bayi yang boleh anda kenal pasti:
Punca sebenar masalah kolik masih lagi misteri. Namun berikut adalah beberapa teori yang mungkin jadi penyebab berlakunya tangisan kolik:
Menjelang akhir bulan pertama selepas kelahiran, bayi akan menjadi lebih peka terhadap rangsangan persekitarannya.
Dengan begitu banyak rangsangan dan sensasi yang muncul, menyebabkan mereka sukar mengendalikan keadaan tersebut.
Mencerna makanan adalah tugas besar bagi sistem gastrousus bayi yang masih baru.
Akibatnya, makanan akan melalui saluran usus dengan cepat dan tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya.
Penyelidikan mendapati gastroesophageal reflux disease (GERD), boleh mencetuskan keadaan kolik bayi.
Keadaan itu mencegah asid perut mengalir ke kerongkong serta mulut dan merengsakan esofagus.
Ada pakar percaya episod kolik terjadi disebabkan oleh alahan kepada protein susu lembu atau intoleransi laktosa pada bayi yang diberikan susu formula.
Untuk kes jarang berlaku, kolik juga boleh terjadi disebabkan reaksi terhadap makanan tertentu dalam diet pemakanan ibu yang menyusukan bayi.
Kajian menunjukkan wanita merokok semasa atau selepas kehamilan cenderung mempunyai bayi dengan kolik.
Walaupun masih tidak jelas kaitan antara asap rokok dan kolik, tetapi bukankah bagus jika ibu mengandung menjaga kesihatan dengan baik?
Tiada rawatan dapat menghilangkan kolik, tetapi ada cara untuk membantu meredakan keadaan bayi menangis.
Untuk kepastian, lakukan pemeriksaan doktor. Ini dapat membantu anda menentukan keadaan sebenar si manja.
Anda perlu sentiasa ingat bahawa keadaan ini akan berakhir, jadi bersabarlah mommies sekalian.
Kredit: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk berpanjangan buat rasa tidak selesa sepanjang masa. Tekak rasa gatal malah rutin harian pun turut terganggu. Masalah anak batuk berpanjangan sebenarnya boleh diredakan dengan petua tradisional.
Ramuan tiga bahan iaitu madu, asam boi dan limau kasturi yang dikongsikan oleh Nor Hasnah Abdul Kadir ini mak-mak wajib cuba.
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini la ubat batuk saya selama ni. Tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
2 sudu makan madu
Air 3/4 balang
Limau n asam boi sama banyak
Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
Belah 2 limau jangan putus.
Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
Isi asam boi dalam limau.
Isikan limau ke dalam air madu tadi.
Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan)