Siapapun akan terkesan dengan kehilangan, apa lagi kehilangan anak sulung yang sememangnya dinantikan sejak sekian lama. Hati ibu perlu jadi lebih kuat dan kental untuk teruskan hidup. Pun begitu kekuatan tak datang sendiri, suami harus menyokong kuat emosi ibu.
Perkongsian seorang suami, Muhammad Hassan atau bergelar Cik Matt di facebooknya ini buat kita rasa sebak dan menitiskan air mata. Bila kehilangan macam ni, suami kena mainkan peranan lebih. Jaga hati isteri kita.
Petang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan, mesti dia akan menangis.
Ini anak sulung kami. Komplikasi jantung, paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk, tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan, puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24 jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat, macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit, demam, lapar, tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat, anak dapat susu, anak kenyang, anak tak nangis, anak tidur dengan selesa.
Ads
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak, sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah, dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Sentiasa Jaga Hati Isteri
Ads
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih, sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu, saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa, masa untuk kita.
Ads
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita, mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Gambar hiasan
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
-EncikMatt-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stokin untuk elak semua naik ke meja makan? Kedengarannya agak pelik namun inilah tip yang berjaya dilakukan untuk menghalau dan mengelakkan untuk semut naik ke meja makan di rumah kita.
Mudah! Hanya gunakan stokin lama sahaja dan ikut panduan yang dikongsikan oleh Petua Orang Lama ini. Jom cuba!
Ramai orang ingat, nak anak pandai kena banyak-banyak buat latihan. Anak lambat pandai membaca, latih membaca sahaja. Anak lambat pandai mengira, latih mengira sahaja.
Tak ramai yang tahu, skill membaca, menulis atau mengira memerlukan skil kognitif (berfikir) yang mantap.
Apabila skil berfikir anak bagus, ajarlah apa-apa pun anak akan mudah tangkap. Sebab itu sangat penting untuk kita mak ayah rangsang perkembangan berfikir anak seawal anak umur 3 tahun.
Jenis buku ini sangat bagus untuk merangsang perkembangan berfikir anak seawal umur 3 tahun.
Brain Activities For Children
Untuk anak umur 3-4 tahun, aktiviti memang sesuai sangat untuk tahap umur tersebut. Aktiviti lebih kepada ikut garisan lurus, cari gambar yang sama dan sequencing.
memang sesuai sangat untuk anak umur 2 tahun ke atas dah boleh mula ajar skil melukis garisan lurus.
Ajar anak melukis garisan dahulu, bukan tulis ABC terus ya. Kalau anak dah master skil ini, bila kita dah mula ajar menulis. Pasti tak ada masalah. 👍
Buku 3 dan 4 untuk anak umur 5-7 tahun. Bagus untuk rangsang otak kanan dan kiri, pemikiran logik dan fokus.
Aktiviti sebegini untuk rangsang persepsi visual, kebanyakan anak yang ada masalah membaca atau menulis ada isu skil ini.
Jadi, eloklah rangsang awal sebelum ada masalah di kemudian hari.
Jika kalian perasan anak susah fokus, lambat membaca, atau asyik lupa sahaja belajar apa di sekolah. Wajib dapatkan!
2. ULTIMATE GRID
Tahukah kalian yang otak kanan dan kiri kita berkomunikasi melalui “corpus collasum”.
Jika otak kanan dan kiri tidak berhubung dengan baik ataupun tidak cukup rangsangan, anak akan mengalami risiko masalah pembelajaran seperti masalah bercakap, emosi, fokus, membaca dan menulis.
Kanak-kanak yang ada masalah disleksia kebanyakannya ada masalah bahagian corpus collasum menyebabkan mereka memgalami masalah membaca.
Buku Ultimate Grid ini sangat bagus untuk rangsang skil fokus, eye tracking, logik, skil menyelesaikan masalah dan hubungkan otak kanan kiri.
Sesuai sangat untuk anak umur 5 tahun ke atas. 😍
Kalau perasan anak kurang fokus, asyik lupa-lupa atau kadang-kadang masih ada tulisan terbaik, boleh dapatkan buku ini ya. 👍
3. TRACING
Sesuai untuk anak umur 3-5 tahun.
Aktiviti membuat garisan untuk persediaan sebelum belajar menulis.
Banyak konsep buku di pasaran yang terus fokus mengikut garisan ABC atau 123, tapi buku ini fokus untuk mantapkan skil membuat garisan lurus atau melengkung.
Sebelum dedahkan anak dengan skil menulis ABC atau 123, lebih baik latih anak membuat garisan dahulu.
4. HOMESCHOOL PLANNER
Mak ayah adalah guru yang pertama anak-anak.
Planner yang lengkap dengan semua komponen penting dalam perkembangan anak.
Menu harian, carta perkembangan, buku yang dibaca dan lain-lain, lengkap untuk 12 bulan. 😍
Bagi saya, hadiah terbaik daripada mak ayah untuk anak adalah rangsangan otak semasa anak 5 tahun ke bawah.
Kerana 80% perkembangan otak adalah sewaktu anak umur 5 tahun.
KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL? Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.
Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa. SUKA KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat. Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol. Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.
Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.
SAINTIS CILIK
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri. Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang. Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.
SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi. Ini juga normal.
Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.
Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi. Ini adalah sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal ialah ibu bapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’.
Tetapkan jangkaan yang realistik. Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.