Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka, bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika makan. Cara ini sebenarnya tak salah tapi kurang tepat jika dilakukan selalu.
Menurut Dr Taufiq Razif, ibu bapa perlu berhati-hati jika anak dah mula minta barangan atau hal-hal semacam ini. Sindrom yang satu ini ibu bapa kena ambil tahu.
Hati-hati bila anak kita terlalu sukakan barang barang branded, selalu mendesak nak makan tempat mewah dan mahal, jijik dengan tempat tempat yang murah dan jadikan mak ayahnya ATM berjalan.
Jangan jangan anak kita dah kena Rich Kid Syndrome ( RKS )!
IKLAN
Sindrom ni bukan kena pada anak anak orang kaya je tetapi anak anak orang biasa biasa pun boleh kena. Kadang-kadang kita dulu pernah jatuh miskin, jadi bila dah berduit sikit kita pun hamburkanlah pada anak anak kita.
Ye, kita taknak anak kita susah macam kita dulu dulu. Kita anggap inilah ‘ act of love’ kita pada mereka tapi limpahan kemewahan tanpa kawalan ni hanya akan merosakkan identiti dan ‘self-control’ anak kita.
IKLAN
Akhirnya mereka akan jijik dengan kesusahan dan memandang hina semua yang berkaitan dengan kesusahan dan kemiskinan. Jinakkan kembali RKS ini dengan selalu menceritakan pengalaman-pengalaman kemiskinan dan kesusahan diri kita suatu ketika dulu.
” Nak, hidup kamu dah senang sangat sekarang. Sini ayah nak ceritakan pengalaman ayah tinggal di rumah buruk nenek dulu”.
IKLAN
” Nak, kamu sekarang ni dah mewah sangat. Sini mak cerita betapa peritnya hidup mak dulu”.
Turunkanlah ego anak RKS ini dengan menceritakan kedaifan dan kemiskinan anak anak pelarian dan fakir miskin di sekelilingnya. Bagitahu anak mereka bahawa anak anak yang susah itu WUJUD di dunia ini.
Bagitahu anak RKS ini bahawa ada anak di luar sana yang tiap hari hanya makan roti dan sayur! Bagitahu juga anak RKS ini bahawa ada anak di luar yang seumur hidupnya tak mampu pun nak menjamah KFC mahupun McD!
Bagitahu juga anak RKS ini bahawa di luar sana ada berjuta kanak kanak yang tak ada makanan pun untuk dimakan hari ini!
p/s : Anak yang mengalami Rich Kid Syndrome ni akan sangat susah berpuas hati dengan kebaikan & budi daripada mak ayahnya sendiri! Jadi, ubahlah cara didikan kita sebelum terlambat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita ini menceritakan bagaimana dia menyaksikan dan membantu proses bersalin seorang ibu ketika ke ekspo barangan bayi semalam. Ia tentunya sesuatu yang sukar dilupakan!
Puan Tinie Badri telah berkongsi detik cemas yang dilalui ketika membantu seorang ibu yang melahirkan bayi lelakinya ketika berkunjung ke TCE Baby Expo di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) petang semalam.
Dia sendiri yang sedang sarat hamil sedang menunggu suami bersama dua anaknya telah melihat peristiwa tersebut di depan mata dan turut menghulurkan bantuan menyuruh orang mendapatkan bantuan perubatan di talian dan menelefon ambulans, memegang bayi dan mengikat bahagian tali pusat bayi.
Ada juga ibu-ibu lain dan orang ramai yang turut membantu dengan menutupi ruang bagi mengelakkan ia terdedah kepada pandangan awam dan menghulurkan bantuan kain bagi menyelimuti bayi berkenaan dan sebagainya.
Berikut ialah perkongsian Puan Tinie;
Hari ni dalam sejarah yang tak mungkin mami lupakan. Hajat di hati ke TCE Baby Expo nak beli barang baby je, direzkikan Allah menyaksikan baby lahir depan mata. Allahuakbar.
Kisahnya lepas selesai membeli beberapa barang baby yg dihajati, kami pun turun ke surau. Selesai solat Maghrib, mami dan anak2 tunggu Dedi di luar surau. Takde kerusi di luar tu. Mami taklarat dah berdiri, jadi duduk bersila di lantai dengan Kaklong Dan Aira.
Tiba-tiba pintu di tepi mami terbukak, dan seorang ibu hamil bersama seorang kawannya masuk. Dan kawannya beritahu “Nak bersalin dah ni”. “Ha??? Ke contraction je?” Mami menyedapkan hati “Tak, dah nak keluar” kata ibu tadi sambil menurunkan seluarnya. Oh my.. paniknya ?
“Ya Allah Ya Allah tolong tolong panggil ambulan, nak bersalin dah” mami menjerit bagitau orang sekeliling. Hp mami out??♀️ Kawannya kata tak sempat dah tolong cover dia dengan kain. Ya Allah serious mengeletar mami masa ni. Mami dan sorang lagi di situ tolong tutup ibu yang dah terduduk di hujung sudut. Baby dah selamat dilahirkan. “Allahuakbar, Allahuakbar”. Mami masih panik, kawan ibu tu tadi dah menangis sambil pegang baby ?syabas buat kawannya yang berani!
Dedi tolong bagi kain pelekat dari dalam surau untuk cover ibu tadi, ada seorang makcik sedekahkan kain batiknya untuk selimutkan baby.
Ada seorang perempuan cakap dia nak call ambulan tapi basement tu takde line, dia akan naik call di atas. Mami mintak dia bagitau pak guard sama. Seorang perempuan pulak bgtau dia akan call organizer. Rupanya sis ni exhibitor di situ, tokey butik Mumdreams dengarnya tadi mujur dia ada no organizer. Dan seorang lagi lelaki yang ada di situ bantu call kecemasan. Alhamdulillah dapat.
Mami sempat bercakap kejap dengan operator kecemasan yang bertanyakan keadaan baby dan ibu. Mami bagitau baby ada menangis, mata berkedip dan ada pergerakan. Ibu pun sedar. Kami disuruh selimutkan baby. Masa ni kawan yang pegang baby pun dah lenguh bertinggung. Mami tolong pegang baby tu sementara dia betulkan duduk. Allahuakbar nak nangis rasa dapat pegang baby yang masih basah. Lembut, bersih, Comel sangat. Baby boy.
Kemudian pasukan Medic organizer sampai dan sambung bercakap dengan pihak hospital, suruh cari tali diorang nak guide untuk ikat tali pusat.
Jenuh kami cari tali ? last kami jumpa tali yang kat face mask dalam beg Medic tu. Mami tarik je tali tu? pihak medic tu pun ikat tali pusat baby. Masa ni uri tak keluar lagi. Ibu ni dah rasa rengat sakit perut.
Mak ibu yang melahirkan dah sampai di situ. Dia memang datang bersama ke expo tu tapi berpisah sebab anaknya nak ke hospital dengan kawannya. Katanya takpe selawat usap je perut nanti keluar la. Kagum betul makcik ni tenang cool je. Orang Brunei makcik ni. Elok makcik ni cakap memang keluar urinya. Allahuakbar sebelum ni mami tak pernah tengok real uri tu macam mana. ?
Organizer pun ada datang membantu. Katanya ni first time baby TCE lahir kat event, diorang akan contact untuk bagi hadiah special untuk ibu ni. ?
Ada yang menghulurkan air mineral. Ada yang tolong pegang kain cover dari jadi tontonan. Ada yang tolong pegang fon untuk team medic tu bercakap dengan hospital. Ada yang tolong suluh dengan lampu fon masa team Medic nak ikat tali pusat. Ramai yang membantu. Tak lama kemudian ambulan datang. Alhamdulillah kejap je tali pusat dipotong. Baby dan ibu dibawa ke HKL ? Alhamdulillah
Dah setel baru mami sedar kain mami ni basah kena air ketuban n sedikit darah ? rezki mami yang tak pernah bersalin normal dan tak berpeluang pun nak normal yg ketiga bulan depan ni, untuk tengok macam mana orang bersalin normal depan mata.. baru tau air ketuban tu mcm mana ?Allahuakbar. Doakan mami selamat bersalin czer bulan depan ye. (Memang tak diizinkan bersalin normal, baby songsang dari awal sampai akhir due to Bicornuate Uterus-kelainan bentuk rahim)
Terima kasih pada semua yang membantu. Baik2 semuanya. Rezeki ibu tu mudah je melahirkan. Pukul 7 katanya start sakit, dia bersalin tu dalam 7.30-7.40 mcm tu. Sempat ibu ni bersembang agaknya sebab dia banyak jalan tu mudah bersalin? tengok mukanya pun tenang ceria je. Tahniah puan! Selamat Berpantang. Terima kasih Allah atas pengalaman hari ini.
Jika ada diantara kita yang memilih untuk berkhemah dan bercuti bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah ini, lain pula kisahnya dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memilih percutian lebih extreme namun bermanfaat.
Bukan biasa-biasa, idola keibubapaan dan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos memilih untuk mendapatkan lesen scuba diving buat dua anak perempuan mereka, Bella dan Tasha yang turut memasang hasrat itu sekian lama.
Paling membanggakan kedua mereka menunjukkan kegigihan yang tinggi untuk mendapatkan lesen itu. Walaupun masih muda namun ia bukan halangan.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang itu turut berkongsi kegigihan Bella dan Tasha ketika latihan selam scuba mereka malah turut berbangga dengan pencapaian keduanya.
“Saya sangat bangga dengan Bella dan Tasha. Mereka menunjukkan ketabahan & keazaman. Bertekad.
“Tangki itu sendiri punyai berat 15 kg. Separuh daripada berat mereka.Haha…tapi apa yang penting adalah untuk mereka menikmati selaman mereka.
“Keindahan dunia bawah tanah. Rahsia Lautan. Ciptaan yang indah. Itu yang penting,” luahnya berkongsi rasa bangga.
Bapa kepada enam cahaya mata ini sebelum itu turut berkongsi video percutian mereka ke Pulau Redang dengan penerbangan persendirian yang lebih memudahkan.
Semuanya kerana mahu keenam-enam anak mereka selesa disamping memberi persediaan buat Bella dan Tasha untuk menempuh ujian sukar itu.
Dalam pada itu, wargamaya turut memuji keberanian Bella dan Tasha yang menyahut cabaran itu diusia cukup muda. Memang hebat!
Masih ingat kisah adik Ainul Mardhiah bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan menjalani rawatan pembedahan di London pada tahun 2019? Kini alhamdulillah Ainul dah semakin sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Disebabkan keprihatinan rakyat Malaysia pada masa itu, membawa kejayaan kepada buah hati rakyat Malaysia ini pada masa tersebut selain dibantu oleh Dr Amalina yang menjadi pengantara sehingga pembedahan berisiko tinggi itu berjaya tanpa apa-apa komplikasi.
Hargai kebaikan rakyat Malaysia
Berkat usaha banyak pihak serta doa yang tak pernah putus dari rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh berjalan dan kembali sihat.
Terkenangkan kebaikan dan bantuan yang cukup besar terhadap anaknya, Ahmad Safiuddin bertekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor ketika ini.
Ini masanya sama-sama hulur bantuan
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang dia sangat berterima kasih dengan bantuan yang pernah jutaan rakyat Malaysia berikan kepada mereka dan ini masanya untuk dia membalas budi walaupun tidak seberapa.
Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.
Akan hantar dari Melaka ke Selangor
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui tidak dapat memberikan banyak namun sumbangan yang diberikan diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Ramai yang sama-sama infaq sumbangan
Dia juga turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya sama ke Selangor dari Melaka.
Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin mengakui sama sekali tidak akan melupakan segala jasa baik rakyat Malaysia dan syukur Alhamdulillah anaknya kini membesar dengan baik serta ceria.
Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!