Sekarang ni, memang jadi trend di media sosial untuk Mama Papa berkongsi gambar atau video anak. Kadang-kadang comel sangat tengok anak gelak, menari, atau pakai baju sedondon, sampai rasa rugi kalau tak kongsi dengan kawan-kawan online. Untuk rasa lebih “selamat”, ramai Mama Papa pilih untuk tutup wajah anak dengan emoji. Nampak macam dah cukup melindungi, kan?

Tapi, realitinya cara ini tidak lagi selamat. Teknologi AI kini mampu menanggalkan emoji atau pelekat yang diletakkan di atas wajah anak, malah boleh membina semula wajah mereka. Jadi, emoji bukan lagi perisai yang boleh menjamin privasi anak.

Mama Papa, Hati-Hati… Emoji Tak Mampu Lindungi Privasi Anak

Ikut Trend, Tapi Risau Keselamatan

Mama Papa sebenarnya tidak salah nak ikut trend. Normal untuk kita rasa bangga dengan anak, nak tunjukkan momen manis mereka di timeline. Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang mula risau – betul ke emoji cukup untuk lindungi anak? Atau sebenarnya kita tanpa sedar mendedahkan anak kepada bahaya lebih besar?

Bahaya over-expose anak di media sosial bukan sekadar orang luar kenal wajah mereka. Lebih membimbangkan, butiran kecil seperti pakaian sekolah, logo tadika, atau latar belakang rumah boleh mendedahkan lokasi sebenar anak. Pemangsa boleh meneka di mana anak tinggal, belajar atau bermain hanya melalui satu gambar atau video.

Ads

Mama Papa, Hati-Hati… Emoji Tak Mampu Lindungi Privasi Anak

Risiko Bila Gambar Anak Disalahguna

Apabila wajah anak dapat dibina semula oleh AI, gambar mereka boleh disalahgunakan – dari bahan eksploitasi hingga identiti palsu. Lebih menakutkan, sekali gambar dimuat naik ke internet, ia akan kekal selamanya. Walaupun Mama Papa padam kemudian, salinannya boleh terus beredar dan dimiliki orang lain tanpa kita sedar.

Mama Papa, Hati-Hati… Emoji Tak Mampu Lindungi Privasi Anak

Cara Kongsi Gambar Anak Dengan Lebih Selamat

Mama Papa tak perlu berhenti terus berkongsi gambar atau video anak, tapi kongsilah dengan lebih bijak:

Ads
  • Kaburkan wajah atau gunakan filter yang benar-benar menyamarkan identiti, bukan sekadar emoji.

  • Elakkan kongsi butiran sensitif seperti lokasi, pakaian sekolah atau nombor plat kereta.

  • Hadkan circle audience – kongsi secara peribadi dengan orang yang dipercayai, bukan secara terbuka.

  • Jangan ikut semua trend secara membuta tuli, fikir dulu risiko jangka panjang pada anak.

Kesedaran Ibu Bapa Adalah Perlindungan Sejati

Akhirnya, emoji hanyalah hiasan bukan pelindung sebenar. Perlindungan sejati datang daripada kesedaran ibu bapa untuk mengawal sejauh mana kita mendedahkan anak di media sosial. Privasi yang dijaga hari ini adalah benteng keselamatan dan masa depan mereka.

Ads

Mama Papa, trend sosial media memang menyeronokkan, tapi jangan sampai ia jadi pintu bahaya buat anak. Ingatlah, kadang-kadang tidak berkongsi itu lebih selamat daripada ikut trend semata-mata.

Sumber : @kelab_mama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads