Mama papa pastinya makin berdebar menunggu hari untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika. Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan-rakan yang tak dikenali, menangis, nak buang air dan sebagainya. Semua ini makin membuatkan mama tak tidur malam.
Jika ini jadi kebimbangan siang malam anda, cikgu Mohd Fadli Salleh, yang cukup dikenali dan suka melakukan kerja-kerja amal untuk anak muridnya ini kongsikan pesanan. Bukan pesanan baru, tapi boleh juga dijadikan ingatan kembali untuk mama papa yang baru pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Serap!
Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.
1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
Ads
3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
Ads
6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam! ?
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.
7. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak biadab dan berlagak.
Ads
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
8. Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Okey, cukup dulu 8 point malam ini. Lain kali aku share lagi. Babai.
Kredit: Mohd Fadli Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sedang membesar antara momen yang paling berharga buat seorang ibu. Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans mengakui hidupnya kini cukup gembira melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu.
Lagi-lagi bila anaknya, Tengku Kamiliah Shariffudin yang kini sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan semakin aktif setiap hari.
Kata ibu cantik ini lagi menerusi Astro Gempak, setiap hari adalah hari yang menggembirakan baginya dan karaktor Kamiliah sentiasa membuatkan ibu muda ini kagum.
“Kamiliah sangat aktif, hari-hari dia tak henti membuat saya kagum dengan apa yang dipelajarinya.
“Lagi-lagi sekarang dia sudah mula bercakap dan lari sana sini. Saya sangat sukakan fasa kehidupan sebagai seorang ibu sekarang ini,” katanya lagi.
Ibu berdarah campuran ini juga mengakui dia kini cukup bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Pada masa yang sama juga katanya, kerjayanya berjalan lancar.
“Saya sudah bergelar ibu dan bahagia dengan perkahwinan dan anak saya, pada masa yang sama kerjaya saya juga berjalan dengan lancar.
” Alhamdulillah semuanya teratur dengan baik dan saya tidak terkejar-kejar berbanding zaman bujang saya dulu,” katanya lagi.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tengku Shariffudin pada April 2017, Pasangan ini kini dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Penampilan dan sharing nya sentiasa jadi inspirasi dan beri semangat kepada semua ibu yang melalui fasa mencabar membesarkan anak.
Siapa tak kenal Hanis Zalikha, satu ketika dulu terkenal sebagai blogger sebelum menceburi bidang lakonan dan kini bergelar menjadi usahawan tudung berjaya.
Kelahiran cahayamata sulung, Yusuf Iskandar selepas mendirikan rumah tangga dengan Hairul Azreen membuatkan ramai yang semakin gemar mengikut segala aktiviti instafamous ini.
Sharing ibu muda yang lebih dikenali sebagai Keknis hari ini di laman instagramnya benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai pengikutnya yang juga bergelar ibu.
Semalam merupakan hari yang menyeronokkan dan memenatkan bagi Yusuf. Dan hari ini saya akan bawa dia keluar lagi tetapi dia bangun seawal 7.30 pagi jadi saya kena pastikan dia mesti tidur siang pukul 1 tengahari.
Saya sangat risau kalau nak keluar tapi dia belum tidur siang. Jadi pada pukul 12.40 tengahari tadi saya baringkan dia atas katil dan bagi susu dan dia terus tidur, macam yang dirancang. Macam dirancang.
Kenapa saya tulis semua ni? Sebab ini adalah pencapaian saya sebagai seorang ibu. I rasa kita berhak mengakui fakta yang kita telah mencapai sesuatu fasa.
Fasa di mana saya boleh faham keinginan dan isyaratnya. Saya tahu bagaimana untuk membuatkan dia tidur siang, makan, mandi. Saya tak perlu paksa dia lakukan apa-apa kerana saya tahu cara untuk bercakap dengannya, untuk mengendalikannya.
Dan saya selalu memberitahu ini kepada kawan-kawan saya yang juga bergelar ibu yang melalui masa sukar (lagi-lagi masa dalam pantang), anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa.
Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.
Malam semalam, bila Kak Nina hantar kami pulang, Yusuf dah meragam sangat dan saya meribanya. Selepas seketika, anak remajanya (Kakak J) berpusing pada saya dan cakap “Kak Hanis, saya sangat hormat akak” dan saya tanya “kenapa?” kemudian dia menjawab “sebab cara akak jaga Yusuf”.
Ketika itu saya rasa terharu dan tenang walaupun Yusuf yang serba tak kena. Padahal satu ayat tu je dia cakap. Tapi ia sangat bermakna buat seorang ibu muda.
Dan saya rasa sangat emosional kerana is benar, ia satu perjuangan dan saya telah sampai ke sini. Jadi ibu-ibu muda jika anda sedang berjuang dengan bayi, cuba katakan ini kepada diri sendiri ok “ni semua fasa ni, fasa!”. Dan banyak lagi fasa seronok (dan mencabar) nak tempuhi. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.
“You Just Make My Day Hanis Zalikha!”
Mereka bersetuju dengan perkongsian Hanis yang dianggap mewakili suara hati mereka sebagai ibu yang melalui fasa mencabar ketika membesarkan anak.
Kesukaran dan cabaran memahami tingkah laku anak daripada fasa bayi kepada fasa kanak-kanak bukan satu tugas yang mudah.
Kadangkala orang lain tidak faham apa yang dirasakan dan dilalui oleh seorang ibu yang cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik pada anak tapi dalam masa yang sama menghadapi tekanan dengan kerenah anak yang sukar difahami.
Jadi, bila ibu berjaya memahami kemahuan dan kehendak si kecil ia bagaikan satu ‘kejayaan’ peribadi yang harus diraikan diri sendiri.
Ramai pengikut Hanis berharap agar dia boleh terus berkongsi pelbagai tip dan sharing yang boleh menjadi sumber kekuatan, semangat dan inspirasi kepada mereka untuk menjadi ibu terbaik kepada anak masing-masing.
Pa&Ma mengucapkan tahniah kepada Keknis kerana menjadi ibu yang hebat kepada Yusuf Iskandar!
“Sebaik sahaja sampai, dia terus mendapatkan Ainul”. Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menceritakan kunjungan pakar bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong ke rumahnya di Melaka, baru-baru ini.
Dr Ong anak kelahiran Pulau Pinang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar bedah yang terlibat dalam menjayakan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut Ainul Mardhiah bayi yang pernah mendapat perhatian seluruh negara kerana menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Ini adalah kunjungan pertamanya selepas Ainul selamat menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu.
“Masa di United Kingdom (UK) sebelum kami pulang ke Malaysia, dia beritahu mahu menziarahi Ainul sekiranya pulang ke Malaysia. Dia beritahu nak tengok keadaan Ainul.
“Ketika dia sampai, dia terus pergi dekat Ainul. Kemudian dia check mulut Ainul secara mata kasar. Selepas pembedahan dulu, dia ada menyatakan keadaan lidah Ainul sedikit senget kerana dihimpit tumor. Dia bimbang keadaan lidah Ainul akan kekal begitu sampai bila-bila.
“Selepas diperiksa dia beritahu keadaan lidah Ainul tegak, maknanya apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku. Dia juga periksa pipi Ainul dari dalam dan menurutnya bengkak semakin surut.
“Kami nampak dia sangat terharu dan gembira melihat keadaan Ainul sekarang yang semakin pulih dan aktif, ujarnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, Dr Ong yang datang bersama isteri dan dua anaknya gembira tengok Ainul membesar dengan sihat sebab masa tiba di UK dulu, dia sedih lihat keadaan Ainul yang ada ketumbuhan, saiz badan pun kecil dan paling sedih apabila teringatkan anak bongsunya yang sebaya dengan Ainul.
“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Ong kerana sudi datang ke Melaka. Jauh dia memandu dari Kuala Lumpur ke sini. Kami terharu dia sudi melawat Ainul walaupun tugasnya terhadap Ainul sudah selesai.
“Bila dia datang, tak rasa seperti seorang doktor yang melawat pun..tapi macam saudara mara saja,” katanya.
Berkongsi perkembangan terkini Ainul, sekarang dah pandai nak ajak main dan bijak membaca isyarat tertentu.
“Malah Dr Ong juga meminta kami teruskan rawatan di sini seperti temu janji dan buat pemeriksaan berkala. Ainul perlu lakukan pemeriksaan ujian darah yang dinamakan Alpha Fetoprotein (AFP) setiap bulan.
“Sehingga kini, alhamdulillah keputusan normal. Kali terakhir melakukan MRI pula keputusannya memang clear dan tidak ada apa yang meragukan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Safiuddin tak putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan Ainul sehinga dia sihat dan pulih. Terima kasih juga kepada Dr Ong, Dr Amalina Che Bakri dan semua doktor termasuk doktor yang mengiringi Ainul ke UK.