Kadang-kadang bila di rumah ada masanya kita rimas bila anak nak berkepit 24 jam. Sudahlah penat bekerja di siang hari, malam pulak anak minta perhatian. Nak mengendeng saja, tak kurang juga bertanya itu ini.

Jangan jadikan penat dan kesibukan kerja sebagai alahan pada anak. Sebenarnya nak bonding dengan anak taklah sesusah mana, aktiviti biasa yang nampak remeh pada mama dan papa sebenarnya bukan biasa-biasa pada anak kita.

Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun), aktiviti yang kita rasa sebagai biasa ini sebenarnya membantu dalam perkembangan diri, personaliti dan pemikiran si kecil.

Mama Selalu Ingat Aktiviti Macam Ni Remeh Tapi Rupanya Bukan ‘Biasa-Biasa’ Pada Anak Kita, Take Note Mama!


Aktiviti 1: Baca Sama-Sama
Tak ada aktiviti ‘biasa’ yang lebih bermanfaat melainkan membaca bersama-sama keluarga. Variasi aktiviti membaca boleh dilakukan, misalnya dengan membaca kitab agama atau bersama-sama membaca sambil melakukan kerja rumah si kecil atau menghabiskan serba-sedikit kerja pejabat papa atau mama.
Membaca bahan bacaan santai seperti suratkhabar, majalah atau buku cerita juga patut dilakukan ‘berjemaah’ agar tabiat ‘super-positif’ ini dapat disematkan dalam diri si kecil kesayangan kita.

Aktiviti 2: Makan Sambil Bermesra
Masa yang paling berkualiti dalam institusi keluarga adalah masa yang dikongsi bersama-sama ketika waktu makan, waktu malam sebenarnya menjadi waktu paling berkualiti untuk keluarga. Rugi jika aktiviti ‘makan-minum’ dilakukan secara berasingan. Dengan makan bersama-sama buat masa rasa lebih istimewa dan mampu mencipta bonding keluarga.

Mama Selalu Ingat Aktiviti Macam Ni Remeh Tapi Rupanya Bukan ‘Biasa-Biasa’ Pada Anak Kita, Take Note Mama!

Sambil makan-makan, minta si kecil bercerita tentang aktiviti dia di tadika pada hari itu. Kemesraan yang terjalin masa makan boleh jana nilai positif dalam diri anak kita. Dia akan tahu dan sedar bahawa dirinya, pendapatnya dan pengalamannya penting bukan kepada dirinya sahaja tetapi juga pada ahli familinya. Rasa dihargai bila dapat luahkan semua perkara dengan bercerita.

IKLAN

Aktiviti 3: Kemas Rumah Sama-Sama
Belajar untuk bertanggungjawab adalah salah satu tahap perkembangan (developmental milestone) utama untuk kanak-kanak dalam peringkat usia pendidikan praformal sekitar 0-6 tahun. Salah satu aktiviti biasa ‘yang bukan biasa-biasa’ yang membantu pemahaman tentang pertanggungjawaban dalam hidup adalah aktiviti mengemas rumah!

Berapa ramai anak muda kita sekarang yang mengemas katil dan biliknya sendiri? Maka, mulakanlah kemahiran hidup ini sedari usia kanak-kanak lagi. Bila bangun pagi, didik anak untuk mengemas katilnya; pakaian yang kotor harus diletak di tempat yang sepatutnya. Selepas makan-minum, letakkan perkakasan di dalam singki; bersihkan semua ruang yang ada agar tanggungjawab dapat dikongsi bersama.

Mama Selalu Ingat Aktiviti Macam Ni Remeh Tapi Rupanya Bukan ‘Biasa-Biasa’ Pada Anak Kita, Take Note Mama!

Aktiviti 4: Tolong Mama Di Dapur
Ruang dapur boleh diklasifikasi sebagai ruang yang berbahaya kerana ada peralatan elektrik, pisau yang tajam dan sebagainya. Akan tetapi, dalam keadaan yang terkawal, tidak ada salahnya jika anak anda dibawa ke dapur untuk sama-sama ‘membantu’ mama menyediakan makan-minum.

IKLAN

Siapa tahu kalau pengalaman awal ini akan menjadi pemangkin kepada pembentukan diri ‘Master Chef’ yang tersohor pada masa hadapan kelak. Pendedahan awal berserta dengan pengalaman awal yang bermakna (meaningful early experiences) amat mempengaruhi identiti dan pembentukan personaliti positif kanak-kanak.

Aktiviti 5: Tolong Papa Di Luar Rumah
Kalau mama tidak tidak berapa suka kalau si kecil masuk ke dapur, papa pula mungkin agak risau apabila si kecil ingin menyibuk di luar rumah. Namun, aktiviti ‘membuat sibuk’ ini membawa kesan positif dari sudut fizikal antara seorang anak kecil dan juga ayahnya.

Berilah peluang kepada anak untuk bantu siram pokok bunga, bakar daun kering, cuci kereta dan apa-apa sahaja aktiviti fizikal lain yang selalu dilakukan oleh papa. Bagi yang tinggal di pangsapuri, rajinkan diri ajak anak ke tempat buang sampah, turun ke bawah untuk periksa peti surat dan sebagainya. Paling utama, jangan dipersiakan peluang positif untuk jaga dan didik anak seperti ini.

Mama Selalu Ingat Aktiviti Macam Ni Remeh Tapi Rupanya Bukan ‘Biasa-Biasa’ Pada Anak Kita, Take Note Mama!

IKLAN

Aktiviti 6: Jalan-Jalan Ambil Angin
Kalau aktiviti kelima tadi memfokus kepada aktiviti berbentuk fizikal seperti menyiram pokok bunga atau membuang sampah, aktiviti keenam ini lebih bersifat santai dan untuk menghiburkan anak sambil memberi rangsangan positif kepadanya dari alam sekeliling.

Memang betul, dewasa ini pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh anak sebagai hiburan, terutamanya dengan bermain dengan peranti/gajet atau permainan komputer. Namun, semua itu tidak ada tolok bandingnya dengan aktiviti fizikal di luar rumah!

Kalau tak dapat dilakukan setiap hari, lakukan selang sehari atau selang beberapa hari, atau mungkin juga setiap hujung minggu. Kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal amat memerlukan rangsangan di sekelilingnya. Antara aktiviti yang paling memberi rangsangan dan adalah berjalan-jalan di luar rumah atau beriadah di taman permainan. Jangan sia-siakan peluang ini.

Mama Selalu Ingat Aktiviti Macam Ni Remeh Tapi Rupanya Bukan ‘Biasa-Biasa’ Pada Anak Kita, Take Note Mama!

Aktiviti 7: Bercerita Sambil Berimaginasi
Sambil membaca cerita untuk menidurkan anak, apa kata aktiviti ‘biasa’ ini diberi nafas baru dengan meminta anak anda pula yang bercerita kepada anda sebelum dia tidur? Nah, pasti waktu sebelum tidur tidak lagi seperti ‘biasa-biasa’!

Usia kanak-kanak adalah usia yang penuh dengan nilai imaginasi. Kanak-kanak yang ada daya imaginasi tinggi selalunya akan memiliki intelek tinggi pada masa depan. Jangan kita lepaskan peluang yang ada untuk membina daya imaginasi ini. Sambil bercerita dan berimaginasi hingga anak tertidur.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI