Kanak-kanak perempuan dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, beberapa hari lalu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kanak-kanak berkenaan yang berusia empat tahun yang hanya menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.
“Usaha mengesan waris Yaya juga giat dijalankan namun tidak banyak maklumat yang diperoleh memandangkan kanak-kanak itu ditemui sehelai sepinggang.
Ads
“Hasil semakan juga mendapati tiada sebarang laporan dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak perempuan sebaya Yaya sehingga hari ini,” katanya.
Ads
Katanya, pihak polis kemudiannya menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak JKM Selangor bagi tindakan lanjut.
“Yaya menangis apabila kita menghantarnya ke JKM kerana dia mahu terus dijaga pihak polis.
“Bagaimanapun, kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM,” katanya.
Ads
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.
Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online.
Borang pendaftaran murid ke Tahun 1 sesi 2023 dan 2024 boleh diisi melalui Sisten Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) – public.moe.gov.my).
Ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Tarikh permohonan Murid Tahun Satu
– 1 Mac 2022: Tarikh Buka
– Akan Dikemaskini: Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
– 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
– 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara membuat permohonan
i) Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut:
1) Aplikasi permohonan/pendaftaran secara online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:
Berikut dikongsikan cara mendaftar murid Tahun Satu secara online:
1) Layari laman SPATKPM
2) Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3) Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA
4) Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:
1) Maklumat prasekolah/tadika
2) Profil kesihatan
3) Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut:
1) Salinan permohonan online
2) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta satu salinan)
3) Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (Salinan asal beserta satu salinan KP ibu dan bapa
4) Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
5) Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6) Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7) Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8) Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Selamat membuat pendaftaran untuk anak Tahun 1 2023/2024. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia 3 bulan, bayi comel ini telah dijangkiti Covid-19 varian Omicron. lebih menyedihkan apabila doktor mengesahkan baby Mulan berada pada tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen sepanjang berada di Wad Kanak-Kanak Hospital Klang.
Ianya satu tamparan hebat buat ibu bapa Mulan. Bayi berusia 3 bulan masih belum boleh diberi makan ubat. Hati ibu mana yang tak sedih melihat si kecil ini bertarung sendiri melawan kesakitan. Ikuti perkongsian penuh si kecil pejuang Covid-19 ini.
“Sedih sangat bila tengok frontliner cuba sedaya upaya untuk ambil darah baby Mulan, cuba dekat tangan tak dapat, dekat kaki pun susah nak dapat. Jagalah anak anda sebaiknya, bila dah terkena memang menangis jelah berdoa semoga dia cepat sembuh. Baby memang tak boleh makan ubat, dia kena kuat untuk lawan sendiri rasa sakit bila batuk. Sampai lembik tak bermaya!”
Pada mulanya saya yang positif Covid-19, berjangkit dekat kenduri kahwin. Ada yang tak sihat datang ke majlis adik saya. Bila saya dah kuarantin jadi anak sulung dan ayahnya yang jaga baby Mulan. Dari situlah baby Mulan yang baru berusia 3 bulan mula berjangkit dengan kakaknya, Airis 5 tahun.
12 Mac
Mulan mula tunjuk simptom-simptom Covid-19 dengan batuk yang sangat teruk tapi masa tu dia belum demam lagi. Dia sebenarnya berjangkit daripada kakak dia yang start batuk teruk. Tapi bila buat RTK saliva tu result kakaknya negatif.
19 Mac
Pagi tu Mulan start menangis. Dia batuk yang teruk lepastu muntah. Lepas muntah Mulan start demam panas. Suhu dia 38.5 dan dada dia mula melekuk, berombak. saya terus bawa dia ke Hospital Klang.
Keadaan dekat kecemasan memang sangat busy. Doktor dan nurse pun tak menang tangan sebab dekat situ ramai ibu mengandung, orang tua, kanak-kanak dan bayi yang positif Covid. Dari situ kita kena monitor suhu anak, lap untuk turunkan suhu.
Bila ambik x-ray ada nampak tompok Covid. Doc bagitahu anak dah stage 4. Memang menangis lah kita. Malam tu doc decide untuk letak wad kecemasan dulu, 2 hari tidur dekat kecemasan sebab wad kanak-kanak untuk pesakit Covid-19 memang penuh sangat-sangat. Imagine kita tidur dekat kecemasan.
Budak-budak ramai masuk wad sebab Covid Omicron ni memang attack kanak-kanak. Jadi parents tolong jaga anak-anak sebaiknya.
20 Mac
Malam ahad baru dapat masuk wad kanak-kanak. Doktor pun dah monitor. Setiap hari nurse akan check nadi, suhu dalam 3-4 kali sehari. Termasuk dengan ibu pun dia check.
Hari ketiga doktor dah cabut oksigen. setiap pagi, 4 pagi nurse akan bagi antibotik. Alhamdulillah doktor and nurse memang betul-betul pantau. Budak lain ada yang demam sampai sawan. Budak pramatang pun ada yang terkena jangkitan Covid-19 ni.
23 Mac
Mulan boleh discharge. Sepatutnya husband yang uruskan pembayaran, Tapi sebab si kakak datang dengan ayahnya dan kakak Airis baru 5 tahun jadi doktor tak benarkan diaorang naik, bahaya. Lepas balik rumah tetap kena kuarantin 2 hari dekat rumah. Doktor minta untuk kuarantin.
25 Mac
Pergi CAC untuk potong gelang. Lepas potong gelang baru boleh duduk satu family.
Pengalaman urus anak Covid-19
Pukul 4 pagi, nurse akan start check suhu & nadi. Dalam pukul 5 kena timbang pampers dan kena catit dalam kertas. Minum susu berapa oz, berak berapa kg, kencing berapa gram. Yang ini memang kena buat everyday.
Doktor pakar akan datang check setiap 2 kali sehari. Macam Mulan memang saya lap-lap badan jelah masa tengah on oksigen. Lepas habis oksigen baru boleh mandi. Kalau nak makanan luar kena order online. Lima hari duduk sana memang Alhamdulillah semua okay. Kalau ibu yang negatif nak jaga anak yang positif dalam wad memang kena pakai face mask. Tapi kebanyakan parents yang jaga anak, dia pun positif juga.
Nasihat saya jagalah baby sebaik mungkin sebab baby ni kita tak ada ubat nak bagi dekat dia. Cuma boleh bagi susu ibu jelah. Kalau batuk, baby kena lawan sendiri jelah. Macam ubat antibiotik pula, hanya doktor je yang boleh bagi.
Nak dekat raya ni, hati-hati lah semua. Semua dah semangat nak raya. Elak bagi orang pegang anak. Untuk orang yang sakit pulak, tolonglah jangan pergi kenduri, jangan keluar rumah. Tolong jangan membahayakan orang lain. Bila kena dekat baby memang kesian.
Covid Omicron ni memang sangat cepat merebak, jadi jagalah diri sebaiknya. Kalau nak cuba rawat secara alami boleh, tapi kalau dah teruk sangat cepat-cepat bawa pergi hospital. Jangan pandai-pandai buat sendiri kalau dah teruk.
Satu lagi pesanan, kalau anak dah batuk teruk tapi RTK buat dekat rumah semua negatif sebaik-baiknya pergi klinik dan buat test dekat klinik. Itu sebaiknya.
Terima kasih tak terhingga juga buat frontliner Hospital Klang yang banyak membantu merawat baby Mulan. Semuanya Alhamdulillah okay.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!