“Mana-Mana Yang Boleh Dipakai, Itu Baju Raya Kami”. Siti Sarah Dan Shuib Tak Ajar Anak Bermewah

Share

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan dia dan suaminya, Shuib bersederhana dalam menyediakan kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Ujar Sarah, dia tidak lokek untuk berbelanja namun enggan menjadikan memanjakan ketiga-tiga anaknya hingga menjadi boros.

“Mungkin sesetengah keluarga akan menyediakan beberapa helai pakaian sedondon untuk digayakan sekeluarga pada hari raya tetapi itu bukan tradisi kami.

“Mana-mana pakaian yang masih boleh dipakai, itulah baju raya kami.

“Kami bukannya berkira tetapi mahu sikap bersederhana menjadi pedoman untuk anak-anak kami membesar dan bukannya bermewah-mewah,” kata Sarah.

Sarah dan Shuib yang berkesempatan menunaikan ibadah umrah pada 10 Ramadan pertama lalu mengambil pendekatan untuk bersederhana menyambut raya.

Pada tahun ini, Sarah sekeluarga menyambut lebaran di ibu kota memandangkan kediamannya akan menjadi lokasi keluarganya berkumpul pada pagi raya.

Sumber: astro gempak & ig sitisarahraisuddin

IKLAN