Tahun ini, sambutan Hari Bapa terasa lebih bermakna bila satu video tular membuka mata ramai tentang erti sebenar pengorbanan seorang suami dan ayah. Dalam video berdurasi kurang 1 minit dari TikTok @shafarin78, kita menyaksikan momen penuh kasih seorang bapa memasak kuih, mendukung bayi, dan mengurus 4 orang anak sambil isteri berpantang. Abah tekun masak sambil menenangkan anak kecil:
“Abah masak sedap atau tidak sedap, makan sahaja ye wahai sayang-sayang abah.”
Dalam dunia serba pantas hari ini, kehadiran bapa yang bukan sekadar pencari nafkah, tapi juga pengurus rumah tangga dan penyokong emosi isteri, amat dihargai. Kisah Shafarin bukan hanya ‘sweet’, tapi juga ‘strong’. Dia jadi simbol bahawa suami yang baik bukan yang hanya pandai bekerja, tapi juga tahu bila perlu jadi bahu untuk isteri berehat dan pulih.
Ads
Reaksi Netizen Yang Penuh Pujian & Tak Kurang Yang Kelakar!
Netizen bukan saja tersentuh, malah kagum dan terhibur dengan dedikasi si suami:
“Masak power. Mandikan baby pon power. Ini dia suami & bapak contoh. Semoga kekal bahagia bang. Saluteee.”
“Kalau lelaki bertanggungjawab macam ni, baru tak kisah nak anak ramai ke apa 😇”
“Pastu tak pelik la tengok anak-anak dia sangat membantu. Sebab dicontohi dengan perkara yang baik.”
Dan tak kurang juga yang perasan satu benda pelik tapi comel:
Ads
“Abg, beg tu letaklah kat bawah. Macam ada intan berlian kat dalam tu 😊”
“.ada apa ekk dalam beg dia tu..msk, mandi baby beg still galas 🤣 heran aku..tido pun dgn beg pa…😅”
“dalam beg tu mesti ada juta-juta tu..letak sat abg arin oii 😆”
Kepentingan Menghargai Peranan Seorang Ayah:
Ayah sebagai sokongan utama keluarga – bukan sekadar pencari nafkah, tetapi juga sumber kekuatan emosi dan moral buat isteri dan anak-anak.
Model terbaik untuk anak-anak – sikap, nilai dan tanggungjawab ayah jadi contoh harian dalam membentuk peribadi anak.
Pengikat kasih dalam rumah tangga – pengorbanan kecil yang dilakukan seorang ayah, seperti bantu jaga anak atau masak untuk isteri, mampu mempereratkan hubungan suami isteri.
Pengiktirafan beri semangat – bila dihargai, ayah rasa dihormati dan lebih bersemangat untuk terus beri yang terbaik buat keluarga.
Ads
Buat Para Isteri: Tak salah ‘expect’ lebih dari pasangan. Bila kita kongsi kisah inspirasi macam ini, bukan untuk banding, tapi untuk buka harapan bahawa kasih sayang juga datang dalam bentuk tindakan.
Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki hebat di luar sana! Mungkin tak tular di TikTok, tapi sentuhan kalian dalam keluarga cukup jadi inspirasi setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila masuk bulan ramadan, pasti ramai yang ingin mendidik anak kecil supaya berpuasa. Bukan hanya ibu bapa, malah anak itu sendiri yang tak sabar ingin mencuba bagaimana berpuasa di bulan yang mulia ini.
Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini berkongsi: “Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.”
Namun lain pula kisah yang dikongsi oleh doktor kesihatan dan perubatan ini apabila salah seorang pesakitnya yang masih kecil datang dalam keadaan lemah kerana dipaksa berpuasa penuh ketika berada di sekolah.
Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik. Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.
Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa. Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.
Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.
Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.
Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.
Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.
Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.
Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan. Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.
Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.
*tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak ‘terpaksa’ hidup jauh dengan ibu, pengorbanan wanita ini berbaloi, dinobat pelatih terbaik Kadet Sarjan PDRM 1/2023. Sarjan Siti Fairuz Abdullah telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan,”kata wanita yang berusia 32 tahun ini.
Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.
“Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Menurut Siti Fairuz, dia berminat menjadi seorang anggota polis kerana dibesarkan dalam keluarga polis dan telah menanam minat untuk menjadi seorang anggota polis sejak kecil.
Siti Fairus juga adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, major dalam Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia dan kini menangguh pengajian kerana mengikuti kursus kepolisan tersebut.
Siti Fairuz yang lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang adalah anak kelima dari sembilan adik beradik dan telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak tahun 2018.
Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.
IBU KEPADA DUA ANAK ITU BERKATA, CABARAN UTAMA SEMASA MENJALANI LATIHAN SELAMA SEMBILAN BULAN DI PULAPOL ADALAH BERJAUHAN DARIPADA ANAK-ANAK TERSAYANG.
Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.
SITI FAIRUZ BERKATA, LATIHAN FIZIKAL YANG BERAT BUKAN SATU HALANGAN BAGI DIRINYA NAMUN TERPAKSA BERJAUHAN DENGAN DUA ANAK KECIL BERUSIA 9 DAN 8 TAHUN MENJADI CABARAN PALING UTAMA.
“Saya sangat berterima kasih kepada suami dan keluarga saya yang telah banyak menyokong dan berkorban dalam pelbagai segi terutama kepada suami saya yang menjadi ibu dan ayah kepada dua cahayamata saya semasa 9 bulan saya berkursus,” kata Siti Fairuz yang mempunyai seorang anak lelaki Adam Hariq, 9 dan seorang anak perempuan Arisa Humaira, 8.
“Ayah saya banyak memberikan bimbingan dan fokus dan ini menjadi dorongan kepada saya untuk cekal dalam mengikuti kursus tersebut dengan penuh keyakinan di samping pengalaman pertama saya semasa berkursus dahulu.
“Sebagai seorang pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh USM dan juga Duta Pelajar PJJ, saya menyeru supaya lebih ramai anggota polis menyambung pengajian di PPPJJ USM di samping memajukan diri dan kerjaya, yuran pengajian di sini adalah murah dengan pengajian yang sangat fleksibel.
Ujarnya lagi, segala titik peluh dan keringat yang dicurahkan menjadi lebih bermakna apabila diumumkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan bagi pengambilan sarjan percubaan Bil.1 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.
Siti Fairuz melapor diri pada 18 Jun lalu sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Shah Alam, Selangor
Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.