‘Mana papa?’, rintihan Aleesya Zailiza yang berusia 6 tahun setiap kali menangis teringatkan arwah ayahnya, Mohamed Zaili Mohamed,44, yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar beberapa hari lalu.
Setiap kali waktu malam panggil papa
Menceritakan mengenai tingkah laku anak kecil itu, ibunya, Zahlawati Dahlan,47, berkata, anaknya itu sentiasa memanggil ayahnya setiap kali waktu malam.
“Semalam beberapa kali dia terjaga, dia tengok saya, tanyakan mana papa (Mohamed Zaili), saya sebak bila dia tanya macam tu, dia masih kecil tak tahu apa yang berlaku.
“Sehingga kini, gurau manja suami saya dengan anak-anak masih lagi terngiang-ngiang, rasa sedih sangat,” katanya.
‘Papa di kubur, dah meninggal’
Menurut Zahlawati lagi, setiap kali orang tanya Aleesya mana papa, pasti dia akan jawab ‘Papa di kubur dah meninggal (dunia)’.
Aleesya luarannya nampak tenang, tetapi hakikatnya masih belum mengerti kejadian yang berlaku dan tercari-cari kelibat ayahnya.
“Apabila malam dia menangis mencari ayahnya, dia tak boleh tidur di bilik jadi saya suruh dia tidur bersama neneknya di luar (ruang tamu).
Ads
“Mungkin masih terkejut kerana kali terakhir jumpa papanya pada malam kejadian (Isnin) tapi sampai sekarang tidak pulang-pulang,” katanya.
Arwah sangat baik, hampir 11 tahun kahwin tak pernah gaduh
Katanya, dirinya kini kehilangan bukan sekadar suami malahan teman rapat dan juga tempat meluahkan isi hati.
“Arwah seorang suami yang sangat baik, antara kami memang tak pernah nak gaduh, arwah pun tak pernah tinggikan suara kepada saya dan anak-anak.
“Selalu kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi cerita dengan dia, kini dia tiada lagi, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham.
Ads
Kehilangan suami ibarat patah sebelah kaki
Kehilangan suami yang menjadi tempat berteduh membuatkan Zahlawati kini perlu mengharungi hari demi hari mengusahakan perniagaan menjual makanan yang diusahakannya seorang diri.
“Arwah sebelum ini bekerja dengan Proton, kemudian dia berhenti dan bersama saya mengusahakan perniagaan menjual baju sebelum kami mengusahakan perniagaan menjual makanan ini bersama.
“Saya menjual makanan dan dia akan hantarkan kepada pelanggan, arwah memang sangat banyak membantu, selain itu sering memberi semangat kepada saya,” katanya.
Ads
Tambahnya, dirinya sememangnya bergantung pendapatan dengan mengusahakan perniagaan makanan sepenuh masa.
“Saya memang tak ada sumber pendapatan yang lain selain daripada menjual makanan ini, Insya-ALLAH lepas ini saya akan terus meniaga, kalau tidak macam mana nak sara keluarga,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Zaili yang merupakan penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed,44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.
Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma.
Berkhatan adalah kemestian yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak. Tapi benarkah berkhatan awal boleh menyebabkan anak cepat baligh? Adakah khatan boleh dilakukan selepas kelahiran? Ini pandangan Imam Muda Jabbar
Bagi anak perempuan, khatan sinonim dilakukan dalam tempoh berpantang. Soalnya kini, bagaimana dengan anak lelaki. Hal ini kerana ramai yang keliru masa yang sepatutnya dan tepat untuk mengkhatankan anak lelaki.
Menurut Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar, pendakwah dan Pengarah Urusan AJAQ Consultancy & Management, berkhatan adalah sunah Rasulullah. Seperti mana sabda baginda yang bermaksud;
“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai”. (Hadis Riwayat Muslim).
Pandangan para ulama dalam memahami hadis di atas terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita sebagai pandangan Imam Malik.
Manakala bagi mazhab Shafie, khatan diwajibkan bagi lelaki dan wanita. Bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan khatan hanya wajib ke atas lelaki sahaja sunat ke atas perempuan.
USIA UNTUK BERKHATAN
Bagi ibu bapa, tentunya ingin mengetahui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Bagi anak perempuan, khatan akan dilakukan selepas kelahiran atau dalam tempoh berpantang. Manakala bagi anak lelaki, ia perlu dilaksanakan sebelum mencapai usia baligh. Dalam masyarakat kita, waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Kebanyakannya berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran.
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husein pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Maka tidak salah untuk melakukan khatan awal bagi anak lelaki kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada si anak. Kulitnya juga masih lembut dan ia juga memberikan banyak manfaat dari segi kebersihan jika dilakukan pada peringkat awal usia.
KHATAN AWAL CEPAT BALIGH?
Tiada fakta yang menyokong kenyataan kanak-kanak yang berkhatan awal dikatakan mengalami akil baligh. Malah orang-orang Arab mengamalkan khatan anak lelaki selepas kelahiran dan anak-anak lelaki mereka tidak mengalami akil baligh awal seperti mana didakwa. Jika benar anak-anak akan menjadi cepat matang, maka ia lebih baik kerana dengan berkhatan anak akan dapat mengawal syahwatnya, berfikir dengan waras dan ia merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya.
MAJLIS ATAU JAMUAN, WAJIBKAH DIADAKAN SEMASA ANAK BERKHATAN?
Kanak-kanak lelaki yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain dan seolah-olah seperti agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa. Maka tidak salah untuk mengadakan majlis untuk meraikan anak-anak dan menzahirkan rasa syukur. Seperti mana firman Allah dalam surah Dhuha ayat 11 yang bermaksud “………dan adapun dengan nikmat Tuhanmu maka sebut-sebutkanlah (sebagai tanda bersyukur).
Pun begitu, mengadakan jamuan makan apabila melaksanakan kewajipan kepada anak tidaklah wajib hukumnya. Laksanakan dahulu kewajipan berkhatan dan jangan pula kerana tiada kemampuan untuk mengadakan jamuan maka kita akan melengah-lengahkan kewajipan berkhatan kepada anak.
Hikmah berkhatan bagi kanak-kanak lelaki
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Antaranya ialah;
Mengelakkan terbentuknya smegma iaitu kotoran berbau busuk yang menyebabkan wuduk dan solat tidak sah.
Mengelakkan jangkitan pada alat sulit seperti phomosis, paraphimosis atau
Mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing.
Boleh mengelakkan sisa air kencing si anak daripada bertakung pada kulit kemaluan mereka terutama sekali untuk beribadah.
Membantu mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat.
Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser serviks pada wanita.
Mencegah penyebaran kuman HIV.
Keselesaan semasa berhubungan intim.
INFO KHATAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
Anak lelaki
bagi anak lelaki, khatan ialah proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit. Proses dilakukan dengan bius untuk mengelakkan sakit.
Anak perempuan
Bagi anak perempuan, ia dilakukan dengan cara memotong kulit yang berada di bahagian atas alat sulit. Bentuknya seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang keseluruhannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas menimang cahaya mata perempuan awal Januari tahun ini.
Namun mereka tidak pernah mendedahkan gambar anak sulung mereka yang menggunakan kaedah ibu tumpang tersebut sehinggalah semalam apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk berkongsi gambar bayi tersebut di laman Instagram mereka.
Difahamkan bayi perempuan yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas dilahikan secara pramatang dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
“Selepas lebih 100 hari berada di NICU, anak kecil kami akhirnya pulang ke rumah. Perjalanan setiap keluarga itu unik dan memerlukan kepercayaan yang tertentu. Walaupun perjalanan kami beberapa bulan ini penuh mencabar, apabila difikirkan semula, setiap saat ianya sangat berharga dan bermakna.”
“Kami sangat gembira kerna anak perempuan kami akhirnya berada di rumah dan terima kasih kami ucapkan kepada doktor, jururawat serta pakar di Rady Children’s La Jolla & Cedar Sinai, Los Angeles.”
“Our next chapter begins now, and our baby is truly a badass. Let’s get it M! Mommy and Daddy love you.”
Sempena Hari Ibu yang diraikan di seluruh dunia semalam, Nick Jonas sempat mengucapkan kata penghargaan buat isterinya.
“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam banyak hal dan kamu menjalankan tanggungjawab baru dengan sangat baik. Saya sangat bersyukur kerana berada dalam perjalan ini bersama-sama. Kamu sudah menjadi ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya Sayang Awak.”
Pasangan selebriti popular ini mendirikan rumah tangga pada 2018 dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di India, negara kelahiran Priyanka.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, selepas hampir dua tahun berada di rumah, anak kecil kita di bawah usianya 10 tahun semakin kurang fokus pada pembelajarannya setiap hari. Tidak mahu anak makin ketinggalan, mak ayah perlu cepat-cepat bertindak.
Apa nak buat? Ahli Terapi Kerja, Pn Aisyah Rozalli berkongsi sebab mengapa anak-anak kini semakin kurang fokus untuk belajar dan solusi terbaik untuk membuatkan anak kembali fokus. Ini saranan beliau.
Anak bawah 10 tahun, tak boleh fokus dalam kelas. – Tidur dalam kelas. – Seperti tak alert dengan apa yang cikgu beritahu. – Kelihatan tak berminat. – Bangun dari tempat duduk tanpa mengendahkan arahan cikgu.
Semak 3 perkara penting ni:
1. Perkembangan anak kita selari tak dengan usia dia. Mungkin anak kita ada KELEWATAN PERKEMBANGAN yang kita tak perasan.
Solusi: buat penilaian dengan pakar kanak-kanak, berjumpa occupational therapist untuk kenal pasti tahap kefungsian anak ada masalah atau tak.
2. Kekerapan screen time (tengok tv, main handphone) Mungkin anak kita dah KECEDERAAN GADGET… Cahaya biru dari gadget buat anak tak cukup rehat, tiada deep sleep, fokus anak jadi rendah.
Solusi: KURANGKAN skrin sekurang-kurang yang boleh. Stop terus pun takpe.
Gambar hiasan.
3. Aktiviti anak kita di luar waktu sekolah. Anak kita ada AKTIVITI FIZIKAL tak? Ke memang game dan handphone je?
Solusi: ajak anak explore macam-macam jenis aktiviti fizikal. Bukan limited kepada 1 – 2 jenis sahaja.
Take note ya, parents. Jangan lambat settelkan perkara ini. Lagi lambat, lagi banyak anak kita ketinggalan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.