Figura seorang papa sangat memberi makna dalam kehidupan anak-anak. Memang anak pandang tinggi pada papa mereka dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dan anak akan ikut.
Betul, kalau papa layan mama umpama queen, anak-anak akan ikut sekali. Kalau papa jenis bertimbang rasa dan ringan tulang bantu mama, anak-anak pun akan teruja nak ikut tolong juga!
Biarpun anak selalu manja dengan ibu tetapi sebenarnya mereka seronok bila ayah ada. Banyak benda boleh dibuat bersama dan ayah biasanya lebih santai dan suka bergembira dengan anak-anak. Ibu mungkin sedikit tegas tetapi tetap menyayangi anak. Ada bezanya cara didikan ayah dan ibu.
Besar sebenarnya peranan seorang papa dalam mendidik anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (Penulis Tip Keibubapaan), penting sangat untuk papa sentiasa menegur anak-anak kalau ada buat salah. Banyak impak positif bila papa rajin tegur anak ni, antaranya;
– Anak lebih baik tingkahlakunya (PQ) – Anak lebih stabil emosinya (EQ) – Anak lebih cerdik kognitif judgement (IQ) – Anak lebih tinggi harga dirinya (SQ)
Tambahnya lagi, pasangan suami isteri saling melengkapi. Mama tugasnya sebagai guru kasih sayang dan apa pula guru tabiah anak-anak. usah alpa dalam mendidik anak, teguran adalah untuk melentur mereka!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada papa-papa di luar sana untuk terus menunjukkan contoh terbaik pada anak anda. Memang anak-anak look up pada papa, jadi ajarlah mereka dengan sebaiknya supaya menjadi individu terbaik pada masa akan datang.
Bagi yang belum tahu, Ball Palyground ni salah satu permainan Indoor Playground khas buat kanak-kanak. Biasanya Ball Playground ni ada di Mall yang besar-besar. Namun, timbul persoalan kat sini selamatkah Ball Palyground tersebut?.
Dari sudut teknikalnya macam material dan rekabentuk, Ball Palyground ni memang selamat. Tapi dari segi kebersihannya?
Ada Ball Palyground di Mall besar-besar tidak pernah pun dibersihkan bola-bolanya.
Hingus kering, kahak budak, habuk, kuman pun ada yang melekat lagi kalau anda bertuah jumpa dengan bola macam tu.
Kemudian berpuluh-puluh kanak-kanak bermain dan berenang gembira di dalam Ball Palyground tu, tanpa kita ketahui tahap kesihatan mereka?. Ada yang demam, selsema, berpenyakit kurap, berpenyakit kuku dan mulut dan sebagainya. Maka bercampur gaullah kanak-kanak sakit dan sihat.
Lepas tu jangan pelik atau terkejut pulak kalau selepas anak-anak pulang bermain Ball Palyground tiba-tiba demam, kena penyakit selesema, penyakit kuku dan mulut atau apa sahaja.
Tahap imunisasi anak-anak kecil tidak seperti orang dewasa. Mereka lebih mudah melekat dengan penyakit. Ibu bapa kena peka tu.
Risiko membenarkan anak-anak bermain di Ball Palyground ini ialah mendedahkan mereka dengan penyakit daripada kanak-kanak lain.
Ball Palyground ini contoh sahaja. Sebenarnya mana-mana permainan terdedah dengan bahaya ini, namun kami cuma dedahkan Ball Palyground atau permainan indoor lain kerana Indoor Playground sebegini lebih berisiko berbanding Outdoor Playground.
Dan memang ada serta wujud kes-kes kanak-kanak mendapat penyakit lepas main Ball Playground ini.
Oh ya lagi satu, ada sesetengah Ball Playground ni penuh dengan bola-bola sampai tak nampak dasarnya. Cubalah kalau rajin selak-selak dasar kolam bola tu agak-agak jumpa apa ye?
Sama-samalah kita beringat dan berwaspada.
Nasihat dari kami, bawa sanitizer sekali kalau nak bawa anak-anak keluar bermain lebih-lebih lagi waktu sekarang ni musim HFMD dan chicken pox. Sanitize anak-anak sebelum dan selepas bermain. Kalau anak tak sihat, tolonglah kuarantin di rumah. Jadilah ibu bapa yang bijak.
Sumber: Mama Dan Anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah berkongsi video bersama satu-satunya anak, Seth Uwais, 3 tahun yang sedang belajar Bahasa Mandarin.
” I was home yesterday and suddenly seth came to me with this book..”
Menurut Shila atau mesra di panggil Sha, dia membeli buku Bahasa Mandarin sekadar suka-suka dan berharap si kecil terbuka untuk mempelajari bahasa itu.
Rupanya ada enam aktiviti bermain yang boleh bantu rangsang penguasaan kemahiran membaca awal untuk anak yang ibu ayah kena tahu. Pastikan ibu ayah alert bab ini terutama aktiviti yang telah disenaraikan. Buat list pendek aktiviti-aktiviti ini pada kertas memo atau telefon bimbit, supaya dalam seminggu ada aktiviti bermain cara ini.
Memang risau bila anak usia lima atau enam tahun masih belum boleh membaca sehinggakan ada ibu bapa memaksa anak-anak untuk membaca. Memang tidak dinafikan anak kemahiran membaca perlu ada kepada anak-anak supaya dapat menyesuaikan diri semasa memasuki darjah satu nanti. Namun jangan lupa juga bahawa bermain adalah alat bantu yang dapat merangsang anak-anak untuk mahir membaca. Ini kerana semasa kanak-kanak ini bermain akan terbentuk nilai-nilai dalam dirinya seperti kreativiti, fokus, berani, yakin dan perkembangan bahasa.
Contohnya bermain pasir di luar rumah akan dapat meningkatkan kesihatan fizikal kanak-kanak, mengatasi konflik, koordinasi motor, lebih fokus. Malah jika anak-anak suka main peranan seperti berlakon jadi doktor, guru , berlakon atau terlibat dalam penceritaan boneka, ia sebenarnya membantu penguasaan membaca dengan baik.
Dalam kajian Pellegrini, 1980 dalam Spodek, 1993, terdapat hubungan antara awal membaca dengan permainan lakonan . Perkara ini menjelaskan bahawa melalui berlakon atau bermain peranan, kanak-kanak akan lebih mudah menguasai kemahiran membaca awal.
Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti tersebut seperti membina blok, bermain air dan pasir, menyelesaikan teka kata atau membina kawasan bermain secara imajinatif memaksa kanak-kanak menggunakan kemahiran berfikir kritis.
Juga anak-anak bermain di tadika atau di taman bersama rakan sebaya atau anak jiran tertangga, ia melatih kanak-kanak belajar bekerjasama dan mengatasi konflik. Bila seseorang kanak-kanak melalui pengalaman sosial dan emosi yang sihat, mereka akan dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran di sekolah.
Secara kesimpulannya, bermain adalah aktiviti kritikal untuk perkembangan anak. Ibu bapa dan pihak tadika atau taska perlu menyedari bahawa bermain bukanlah aktiviti untuk memenuhi masa kanak-kanak tetapi faedahnya lebih daripada itu.
6 JENIS PERMAINAN BANTU PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA AWAL
Permainan 1
Bermain dengan pasir. Kanak-kanak belajar mengenai sifat semula jadi elemen-elemen seperti pasir, air dan udara. Jom ke pantai hujung minggu! Jika tidak ada masa terluang, boleh je beli pasir buatan tu. Yang penting ada aktiviti bermain pasir. Jangan lupa jaga kebersihan anak-anak yang lepas main pasir.
Permainan 2
Bermain air dalam kolam plastik. Biasanya kanak-kanak meletak itik, bungkah kayu atau kapal layar dalam air. Selain daripada berasa seronok, kanak-kanak juga mempelajari itik boleh berenang, kapal boleh belayar dan bungkah kayu boleh tenggelam dalam air. Sesuai sangat untuk anakk-anak usia tiga atau empat tahun terutama aktiviti di taska.
Permainan 3
Permainan mengail ikan. Ia permainan kanak-kanak belajar kemahiran psikomotor, kognitif dan
afektif terutamanya jika bermain sambil menyanyi. Sesuai sangat untuk anak usia lima dan enam tahun. Rupanya permainan mengail ikan ini berguna untuk perkembanan anak kan. Tetapi jika nak natural, boleh ke Farm In The City, Sri Kembangan sebab ada ruang untuk anak-anak menangkap ikan menggunakan pencedok. Bila ke sana jangan lupa lakukan aktiviti ini!
Permainan 4
Berlakon atau main peranan mememegang watak ibu, bapa, kakak dan abang yang dapat mendidik anak-anak menghayati watak dan peranan ahli keluarga seperti dalam permainan “masak-
masak” atau “pondok”. Lepas ini bila anak nak pinjam senduk atau periuk kat dapur jangan marah-marah. Biarkan je. Jika nak beli set permainan masak-masak pun ok jika ada bajet.
Permainan 5
Terdapat pelbagai lagi bentuk permainan yang berfaedah untuk perkembangan anak-anak . Ia termasuk bermain doh mainan daripada plastersin, bermain guli, boneka (puppets), batu, bungkah kayu, lego dan lain-lain.
Secara keseluruhannya, pastikan ibu ayah dan pihak taska dan tadika mengenalpasti apa aktiviti permainan anak. Pastikan permainan yang anak-anak lakukan itu ada faedah untuknya. Memang ada pakar yang mengatakan permainan gajet ini dibolehkan untuk pembelajaran anak-anak. Tetapi jika tidak dikawal, ia akan jadi permainan yang sebaliknya. Bagi admin, ibu bapa yang tidak dapat mengawal dan mengelak anak rasa ‘ketagih’ dengan gajet adalah lebih baik jangan bagi terus gajet kepada anak-anak. Biarkan mereka lupa dunia gajet, dan suka kepada permainan-permainan yang menggunakan alat bantu ini. Jom kita lakukan perubahan sekarang untuk kecemerlangan anak. Ingat enam tahun pertama ada perkembangan kritikal anak. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!