Marah anak bila buat salah, masa anak buat baik, langsung tak puji. Sebagai ibu bapa, mendidik anak adalah tanggungjawab yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan.
Marah Anak Bila Buat Salah
Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa ialah bagaimana cara mereka menegur dan memberi panduan kepada anak-anak. Malangnya, ada ibu bapa yang cenderung untuk marah atau menghukum anak apabila mereka melakukan kesalahan, tetapi jarang memberi pujian apabila anak berbuat baik.
Sikap ini boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan mental anak. Sebaliknya, pujian memainkan peranan yang sangat penting dalam membina keyakinan dan harga diri anak. Apabila anak mendapat pengiktirafan atas tindakan baik mereka, mereka merasa dihargai dan dihormati.
Saya jadi geram bila tengok di tepi sinki, ada sisa nasi yang berterabur.
“Haih tengok la si Ammar basuh pinggan. Bersepah!” Kata saya pada suami.
Suami saya balas,
“Tak apa. Sekarang ni kita appreciate je usaha dia. Kita bina rutin je dulu. Bila dah jadi rutin, baru kita tegur mana yang tak perfect. Takut tegur awal-awal, dia jadi malas buat next time sebab rasa susah.”
Ads
Kata-kata suami saya tu buat saya terfikir. Betul juga, kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak betulkan apa yang tak kena.
Sebenarnya, bila anak-anak cuba buat sesuatu, USAHA mereka tu yang paling penting.
Kalau kita tegur awal sangat, kita mungkin buat anak jadi kecewa dan tak cukup bagus.
Anak akan fikir ‘Lebih baik tak payah buat’, sebab rasa macam tak cukup bagus. Lagi-lagi anak type rigid dan logik macam Ammar.
Masa Anak Buat Baik, Langsung Tak Puji
Sebagai mak ayah, kita kena belajar raikan ketidaksempurnaan. Anak-anak tengah belajar, dan mereka perlukan ruang untuk buat silap supaya mereka boleh belajar jadi lebih baik.
Macam Ammar, walaupun nasi bersepah, saya patut fokus pada usaha dia untuk tolong basuh pinggan.
Ads
Lama-kelamaan, bila dia dah biasa dan yakin, dia akan belajar cara yang betul untuk buat dengan lebih kemas. Kami pun boleh guide dia untuk buat dengan lebih baik.
Yang penting, kita kena sabar dan hargai usaha anak-anak. Biar mereka bina rutin dan rasa tanggungjawab dulu. Kesempurnaan itu akan datang kemudian.
Bila kita tunjukkan yang kita hargai usaha mereka, mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba lagi dan belajar lebih banyak perkara baru.
Dalam mendidik anak, adalah penting untuk mengamalkan keseimbangan antara teguran dan pujian. Jangan hanya menumpukan perhatian kepada kesilapan anak dan memarahi mereka, tetapi beri juga pengiktirafan apabila mereka melakukan sesuatu yang baik. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang, pengiktirafan, dan pujian yang seimbang akan membesar menjadi individu yang yakin diri, positif, dan berjaya.
Jadi, sebagai ibu bapa, mari kita ubah cara kita mendidik anak dengan memberi lebih banyak pujian dan mengurangkan kemarahan. Setiap usaha kecil untuk memperbaiki cara kita mendidik anak akan membawa kesan yang besar kepada perkembangan dan masa depan mereka.
Tatkala umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa, keluarga Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli mengalami satu insiden yang mana anak buahnya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan tempurung kepala bagi mengeluarkan darah beku.
Menurut perkongsian di laman Instagram Cat Farish, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak selepas terjatuh ketika bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.
Jelasnya lagi dalam posting tersebut, Benjamin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.
Pembedahan berjalan lancar, Benjamin kini sudah sedarkan diri
Dalam posting yang lain, Cat Farish memuat naik keadaan terkini Benjamin dalam sebuah video. Dalam video tersebut, anak kecil ini dilihat sudah sedarkan diri dan dipindahkan ke wad biasa.
Dalam video tersebut juga, anak kecil ini dilihat sudah boleh bermain dan mampu mengukir senyuman.
Cat Farish menitipkan ucapan terima kasih atas doa yang diberikan kepada anak buahnya itu.
Anak-anak tengah nak besar memang aktif dan lasak. kadang dah memang dipantau pun tapi benda kalau nak jadi tak boleh nak buat apa. moga Benjamin cepat sihat dan aktif macam dulu kembali. Amin!
Sumber: Media Hiburan & Instagram Cat Farish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam Kuning pada bayi pasti akan merisaukan ibu bapa. Bayi yang dilahirkan secara sihat dan normal juga kadang kala boleh terkena demam kuning.
Bagaimana Demam Kuning ini boleh terjadi?
Demam kuning atau Jaundis adalah penyakit yang berlaku akibat penghasilan pigmen kuning ketika proses penguraian normal sel darah merah. Kira-kira 60 ke 70 peratus bayi yang baru lahir boleh terkena demam kuning.
Biarpun penyakit demam kuning ini nampak biasa dan kerap menyerang bayi dalam usia 1 ke 4 hari namun ia tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana mengikut kajian, penghasilan pigmen kuning jika melepasi ke satu tahap boleh menjejaskan pendengaran bayi. Malah perkembangan otak juga boleh terjejas.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi untuk menurunkan bacaan jaundis boleh dicuba oleh ibu-ibu yang mengalami situasi ini.
Dapat TIP ELAK KUNING makin tinggi dari nurse. Mida kongsi kan yea.
Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan. Betul tak?
Adakah sebab lapar, sejuk, bosan, tak selesa atau mahu dipeluk. Mungkin bagi ibu bapa yang tak biasa, tangisan bayi ini boleh membuatkan anda bimbang.
Ok kali ini perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia dan juga penulis buku Mengapa Bayi Anda Menangis, Puan Uswatun Hasanah boleh membantu ibu bapa meredakan tangisan anak dalam tempoh yang singkat.
Bedung
Langkah paling penting. Sebab tu ni langkah pertama. Kenapa? :
Sebab masa bayi mengamuk, reflek moronya sedang ‘on’ (hidup): iaitu kaki tangannya menghentak tanpa kawalan. Masa ni, bayi merasa bagai sedang berada dalam posisi kejatuhan bebas.
Mereka akan terus menangis selama reflek ini tak ditutup.Reflek moro ini perlu dimatikan dengan menghentikan pergerakan luar kawalan bayi: -..dengan membedung.
Membedung memberi sensasi pelukan yang biasa didapatkan bayi semasa dalam kandungan hasil balutan dinding rahim. Jadi bayi akan dapat rasa sensasi yang dia kenal bila dibalut dan boleh bertenang dengan lebih mudah.
Pegang Bayi Pada Sisi Dan Perutnya
Bayi tak pernah berbaring rata di belakangnya semasa dalam kandungan, betul tak?. Mereka terapung dan hanya berpusing-pusing dalam posisi sama ada mereka berbaring secara sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututnya sedia ada menekan perutnya selama 9 bulan.
Jadi, masa nak tenangkan bayi, cara pegang pun kenalah betul: pada sisi atau pada perut bayi sahaja. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian contoh cara pegang.
Nak tengok cara pegang yang lain boleh ‘search’ video koleksi di Baby Language.
Buat Bunyi Shhh
Siapa yang tak tau lagi rahim adalah alam yang sangat bising? Angkat tangan cepat. Ye, sangat bising. Mencecah 70db: sama kuat dengan bunyi vakum pembersih rumah tu. Jadi, bayi resah dengan suasana sunyi sebab dah terbiasa hidup dalam bising.
Jadi, bila bayi mengamuk teruk, berilah bunyi yang lebih atau sekurang-kurangnya sama kuat dengan jeritannya. Ye la, kalau ‘slow’ sangat nanti dia cuma dengar jeritan dia sendiri je.
Mana pulak nak cari bunyi ni? Ha paling mudah kita buat sendiri la. Rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan buat bunyi shhh sekuat mungkin. ‘Shhh’ ini hampir menyamai bunyi rahim.
Hayun/Goyang
Bukan ‘goncang’ ok. Kenapa nak hayun? Sebab bayi manusia dah 9 bulan terbuai-buai dalam perut ibu setiap saat ibu bergerak.
Jadi, setelah membedung-pegang bayi pada posisi betul, sambil shhh tu goyang la sikit bayi. Jangan la statik je. Sokong kepala bayi sepanjang masa. Boleh buat perlahan-lahan hingga bayi dah selesa dan tenang.
Hisapan
Ada tak imej ultrasound bayi anda sedang hisap jari?. Kalau takde, rasanya semua orang pun pernah nampak imej bayi menghisap jarinya semasa dalam kandungan, samada di internet atau dalam buku.
Kenapa nak hisap jari lagi kalau tali pusat tu memang dah 24 jam salurkan makanan tanpa henti?. Mestilah bukan sebab bayi lapar kan?. Sebabnya..alam dah ajar bayi: hisap lah..ia mententeramkan.
Jadi, jika bayi masih tak tenang dengan 4 langkah sebelum ini, berilah elemen ke 5 ini iaitu menghisap. Oleh kerana bayi bawah 4 bulan belum ada koordinasi otot penuh untuk hisap ibu jari sendiri, maka alternatif yang ada terhad kepada: payudara ibu, botol, jari bersih ibu dan puting tiruan (pacifier).
* jari ibu tu mungkin kedengaran tak senonoh buat sebahagian kita, tapi ketahuilah ia diamalkan sebahagian budaya lain jadi ia tetap satu alternatif..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.