“Tengok abang tu, perangai dia baik je. Mama cakap sekali dah dengar, sebab tu Mama sayang dia lebih dari adik!,”bentak Pn Marina ketika memarahi anak keduanya.
Sudah acap kali Pn Marina membandingkan kedua-dua anaknya itu. Lebih teruk lagi, sikap pilih kasihnya antara keduanya sungguh ketara. Di sinilah silapnya Pn Marina ketika mendidik anak-anaknya itu.
Isu anak kesayangan ini boleh dikatakan wujud dalam setiap keluarga. Mereka dikatakan menjadi kegemaran kepada ibu dan ayah berbanding dengan adik-beradik yang lain. Apabila hal ini ditanyakan kepada ibu ayah, sudah tentu mereka akan menafikan hal ini. Jarang sekali ibu ayah akan mengakui yang mereka ada anak favourite antara kesemuanya.
LAYANAN LEBIH KEPADA SALAH SEORANG ANAK
Sebuah kajian yang dikendalikan oleh seorang pakar psikologi, Katherine Conger dari University of California menemukan lebih 70% bapa dan 74% ibu yang didapati melebihkan layanan kepada seorang anak.
Sumber foto: www.freepik.com
Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menyatakan setiap anak merasakan mereka menerima layanan yang lain dan tidak adil. Di dalam penyelidikan ini didapati anak-anak merasakan abang, kakak atau adik bongsu sering diutamakan dan diberi perhatian lebih oleh ibu ayah mereka.
Biasanya kalau di dalam adik beradik, anak sulung atau yang bongsu akan terasa seperti mereka diketepikan. Malahan mereka merasakan, merekalah yang paling tidak digemari oleh ibu ayah. Adik-beradik lain mendapat layanan yang istimewa sedangkan mereka tidak. Sebenarnya itu adalah perkara normal.
Itulah punca mengapa mereka sering ‘buat hal’ untuk menarik perhatian ibu ayah. Malangnya, cara itu biasanya akan membuatkan mereka dimarahi lagi oleh ibu ayah.
Sumber foto: www.freepik.com
Isu anak kesayangan ini boleh menjadi faktor perbalahan antara adik-beradik. Kalau anak-anak yang masih kecil bergaduh, memang sukar untuk ibu ayah redakan. Pun begitu, peranan ibu ayah sangat penting bagi memastikan kasih sayang dan perhatian diberikan sama rata kepada setiap seorang anak anda. Untuk mengendalikan dan menguruskan anak-anak ni, kenalah banyak bersabar.
BIAR SAMA RATA
Sebagai ibu ayah, berilah layanan yang adil kepada setiap anak anda dari segi emosi, fizikal dan mental mereka. Selalulah beritahu betapa anda sayangkan mereka dan semuanya sama sahaja.
Ads
Tiada yang lebih (inilah yang anak-anak mahu dengar dari ibu ayah sebenarnya). Sentiasa tunjukkan yang anda sayangkan anak-anak dari segi perbuatan mahupun lisan.
Seandainya ada anak yang memerlukan perhatian lebih dari anda, jelaskan dengan baik kepada anak-anak yang lain. Biarkan mereka faham akan situasi tersebut dan sama-sama membantu serta mengambil bahagian. Paling penting, terimalah anak-anak seadanya kerana setiap satu daripada mereka adalah rahmat dan ada keistimewaan tersendiri.
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Ibu mana yang tidak berbangga dengan anaknya. Lagi-lagi bila mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya. Terasa semua yang diajar sejak kecil menjadi. Satu kebanggaan buat semua ibu.
Pelakon Sari Yanti turut meluahkan rasa syukur dan teramat berbangga bila mana anak sulungnya, Barr Al Aliy menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajarannya malah turut menerima anugerah hari ini.
Betapa cepatnya masa berlalu, rupanya anak sulung Sari Yanti yang kini berusia 12 tahun itu juga bakal melangkah ke alam sekolah menengah pula tahun ini.
“Kejap je dah nak tingkatan 1.
“Dia dapat anugerah hari ni. Anugerah kecemerlangan akademik,” luahnya terharu.
Sari Yanti yang mempunyai lima orang cahaya mata ini juga turut mengucapkan tahniah buat anaknya di atas pencapaian cemerlang itu. Satu kebanggaan buat mereka sekeluarga.
Luah ibu cantik manis ini lagi, dia juga teramat bersyukur dengan pencapaian anaknya itu.
“Tahniah anak mama. Syukur Alhamdulillah 🤲 Rabbi Habli minassholihin,” kongsinya.
Terdahulu, Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulunya.
Sementara Sari Yanti dan Jep yang mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 turut mempunyai tiga orang cahaya mata, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Bayangkan pagi biasa yang penuh tawa jadi panik bila bayi tiba-tiba muntah, cirit-birit tak henti, dan lemah tak bermaya. Ramai mak ayah akan fikir, “Ala, mungkin salah makan.” Tapi tahukah anda, ini mungkin bukan kes biasa. Ini mungkin ROTAVIRUS — sejenis jangkitan virus yang sangat common tapi boleh jadi sangat merbahaya terutama kepada bayi bawah 5 tahun.
Rotavirus ni bukan bakteria, tapi virus yang menyerang sistem pencernaan. Ia tersebar sangat mudah melalui tangan, barang mainan, makanan, malah permukaan yang tercemar dengan najis. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti biasanya akan alami cirit-birit teruk, muntah, demam dan sakit perut. Nampak macam sakit perut biasa, tapi sebenarnya boleh jadi serius.
Kenapa Bahaya Untuk Bayi?
Masalah utama bila dijangkiti rotavirus ialah dehidrasi. Bila badan kecil kehilangan terlalu banyak air sebab muntah dan cirit, mereka boleh jadi lemah, lesu, dan lebih teruk — boleh bawa maut kalau tak dirawat cepat. Bayi belum pandai nak cakap mereka haus atau penat, jadi tanda-tanda dehidrasi tu kadang susah mak ayah nak cam.
Antara tanda bahaya dehidrasi:
Bibir kering dan pecah
Mata cengkung
Kurang air mata bila menangis
Kurang kencing atau lampin kering
Terlalu lemah atau mengantuk luar biasa
Tanda-Tanda Rotavirus
Gejala biasanya muncul 1–3 hari selepas terdedah kepada virus. Perhatikan jika bayi anda mengalami:
Cirit-birit cair yang banyak & kerap
Muntah lebih dari 2 kali sehari
Kurang menyusu atau menolak makanan
Demam
Kurang aktif atau kelihatan sangat letih
Menangis tanpa air mata
Kurang buang air kecil (lampin kering lebih dari 6 jam)
Jika 2 atau lebih gejala ini berlaku, segera bawa ke klinik atau hospital.
Boleh Elak Tak Rotavirus Ni?
YES! Dan langkah paling powerful ialah vaksin rotavirus. Di Malaysia, vaksin ni tak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan, jadi mak ayah kena ambil inisiatif sendiri. Vaksin ni selamat dan berkesan, diberikan secara oral (titisan ke mulut), biasanya sebelum bayi berusia 6 bulan.
Selain vaksin, kena amalkan kebersihan yang ketat:
Basuh tangan dengan sabun (bukan air je!)
Bersihkan mainan anak dengan kerap
Hati-hati bila tukar lampin – basuh tangan selepas tu
Jangan kongsi botol, sudu, puting dengan anak lain
Antibiotik tidak berkesan, kerana ini adalah jangkitan virus, bukan bakteria.
Rotavirus bukanlah sekadar “masalah perut” biasa. Ia boleh menyebabkan bayi kehilangan cecair dengan cepat, dan jika tidak dirawat, membawa kepada komplikasi yang serius. Ramai yang ingat rotavirus ni ‘biasa je’ sebab semua orang pernah cirit-birit masa kecil. Tapi bila melibatkan bayi, especially bawah 1 tahun, sistem badan mereka belum cukup kuat. Jangan tunggu sampai terlambat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook...