Dalam mendidik anak, bermacam cara dan ilmu keibubapaan yang kita terapkan pada anak-anak. Ada yang memilih untuk berlembut dengan anak, namun ada pula yang gunakan ketegasan. Namun ‘silent treatment’ dalam mendidik anak bukanlah satu langkah yang bijak.

Elakkan bertindak begini kerana anak-anak juga punya perasaan. Beritahu mereka dengan baik apa salah mereka. Jangan berdiam diri dan mengabaikan mereka.

Perkongsian Fatihahsidek ini benar-benar belaka. Belajar untuk memahami anak dan jaga emosi mereka sebaiknya.


Salah satu cara parent menghukum anak adalah dengan silent treatment. Betul? Saya paling tak setuju silent treatment.

Ramai parents, suka silent treatment. Lepas tu berharap anak anak tu paham sendiri lah salah diorang. Ataupun bila diam, anak akan sedih.

Marahkan Anak, Mak Ayah Terus Buat Diam & Tak Layan, Elakkan ‘Silent Treatment’ Macam Ni!

IKLAN

Ada parents rasa puas bila anak terpinga pinga bercakap sendirian tanpa respond daripada mak ayah.
Putih mata budak tu.

Tanya itu tak jawab.
Tanya ini tak jawab.
Gelak gelak tak layan.

Dear parents, anak anak ni, kita bincang yang dah besarlah ya. Sebab yang kecik confirm confirm lah tak tau apa yang diorang buat salah.

Kalau bagi silent treatment pada yang kecik memang kesian. Tersiksanya emosi anak anak. So, untuk yang dah remaja. Atau yang dah besar sekalipun. Bagitaulah tiap kali diorang ada buat silap— dengan cara yang betul.

Saya dulu, paling sedih bila ma tak bercakap. Apa ni salah saya? Silap saya kat mana ni? And percayalah, mana mana parents yang buat silent treatment ni. Lama lama anak anak akan tak heran jugak.

IKLAN

Marahkan Anak, Mak Ayah Terus Buat Diam & Tak Layan, Elakkan ‘Silent Treatment’ Macam Ni!

Sama macam kita pukul anak, kita selalu tengking anak. Lama kelamaan nanti diorang dah tak heran.
Silap silap nanti, bila anak anak tu pulak yang treat kita semula macam tu.

Cakap kasar.
Pukul balik.
Takpun tak bercakap juga dengan kita bila ada benda kita buat yang dia tak berkenan.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

IKLAN

Marahkan Anak, Mak Ayah Terus Buat Diam & Tak Layan, Elakkan ‘Silent Treatment’ Macam Ni!

 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI