Beberapa minggu yang lalu, pasangan selebriti Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin diuji dengan anak yang disahkan mengalami penyakit Kawasaki.
Namun kini kata pelakon yang cukup berbakat ini lagi, keadaan anak keduanya itu, Ayra Arissa semakin bertambah baik.
Malah menurut kata Amyra menerusi Instagramnya, dia kini amat bersyukur bila mana melihat Ayra semakin aktif.
Walaupun terpaksa melakukan pemeriksaan berkala bagi memeriksa keadaan jantungnya, namun kata Amyra dia bersyukur dengan perkembangan anaknya.
Ads
“She’s recovering.
“Cuma jantung je kena monitor for 3 months lagi. But alhamdulillah adik semakin active & showing good progress,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amyra turut memanjatkan doa agar anak keduanya itu terus dilindungi Allah SWT malah turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.
Ads
“Semoga Aryssa sentiasa dibawah lindunganNya. Thank u everyone mendoakan aryssa. Thank u Allah 🤍,” tulisnya lagi.
Terdahulu, anak kedua Amyra dan Amar, iaitu Ayra Aryssa disahkan mengalami masalah penyakit Kawasaki. Selepas mengalami demam panas berpanjangan, akhirnya anak kecil ini sihat dan kini semakin baik perkembangannya.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan atau kerosakan sijil kelahiran anak memang boleh buat ibu ayah panik. Lebih-lebih lagi bila dokumen ini diperlukan untuk urusan penting seperti daftar sekolah, mohon bantuan atau urusan rasmi lain. Tapi sebenarnya, proses untuk buat semula sijil lahir anak tidaklah sesukar yang disangka, asalkan kita tahu caranya.
Kalau sijil kelahiran anak hilang atau rosak, ibu ayah boleh mohon salinan semula melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini langkah yang perlu dilakukan:
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN di seluruh Malaysia. Tak semestinya di tempat anak didaftarkan dahulu. Ini memudahkan ibu ayah untuk buat semula sijil lahir anak tanpa perlu ke lokasi asal pendaftaran.
Pastikan ibu ayah sediakan dokumen berikut:
Di kaunter JPN, anda akan diminta mengisi borang berkaitan permohonan cabutan sijil kelahiran. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat untuk melancarkan proses buat semula sijil lahir anak.
Biasanya, bayaran sekitar:
Kebiasaannya, salinan sijil kelahiran boleh diperoleh pada hari yang sama, bergantung kepada keadaan dan kesesakan di cawangan tersebut. Ini menjadikan proses buat semula sijil lahir anak agak cepat jika semua dokumen lengkap.
Ramai ibu ayah hanya sedar pentingnya sijil kelahiran bila dah nak guna. Waktu itu barulah kelam kabut cari, rupanya dah hilang atau rosak.
Lebih baik ambil tindakan awal. Kalau dah nampak sijil mula koyak, pudar atau rosak, terus buat semula sijil lahir anak. Ini dokumen penting untuk masa depan anak, jangan ambil mudah.
Proses buat semula sijil lahir anak sebenarnya nampak mudah di atas kertas, tapi ada beberapa situasi yang boleh buat ia jadi sukar atau lambat:
Kalau ibu ayah tak bawa MyKad, MyKid atau dokumen berkaitan, permohonan boleh tergendala.
Untuk kes kehilangan, laporan polis biasanya diperlukan. Tanpa laporan ini, permohonan mungkin tak boleh diproses.
Contohnya: Nama anak berbeza ejaan atau nombor sijil tidak diketahui. Ini boleh melambatkan proses semakan.
Kalau kelahiran didaftarkan lewat atau rekod lama (contoh puluhan tahun lepas), data mungkin tidak lengkap dalam sistem digital, jadi proses jadi lebih lama.
Kes melibatkan ibu atau bapa warga asing atau tiada sijil nikah sah memerlukan semakan tambahan oleh pihak JPN.
Kalau sijil terlalu rosak sampai maklumat tak boleh dibaca, JPN mungkin perlu buat semakan rekod penuh sebelum keluarkan salinan.
Kesimpulannya, bukan proses itu susah, tapi keadaan tertentu yang buat ia jadi rumit. Sebab itu penting untuk simpan dokumen anak dengan baik dan lengkap. Bila semuanya teratur, proses buat semula sijil kelahiran anak akan jadi cepat, mudah dan tidak memeningkan kepala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang bila di rumah ada masanya kita rimas bila anak nak berkepit 24 jam. Sudahlah penat bekerja di siang hari, malam pulak anak minta perhatian. Nak mengendeng saja, tak kurang juga bertanya itu ini.
Jangan jadikan penat dan kesibukan kerja sebagai alahan pada anak. Sebenarnya nak bonding dengan anak taklah sesusah mana, aktiviti biasa yang nampak remeh pada mama dan papa sebenarnya bukan biasa-biasa pada anak kita.
Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun), aktiviti yang kita rasa sebagai biasa ini sebenarnya membantu dalam perkembangan diri, personaliti dan pemikiran si kecil.
Aktiviti 1: Baca Sama-Sama
Tak ada aktiviti ‘biasa’ yang lebih bermanfaat melainkan membaca bersama-sama keluarga. Variasi aktiviti membaca boleh dilakukan, misalnya dengan membaca kitab agama atau bersama-sama membaca sambil melakukan kerja rumah si kecil atau menghabiskan serba-sedikit kerja pejabat papa atau mama.
Membaca bahan bacaan santai seperti suratkhabar, majalah atau buku cerita juga patut dilakukan ‘berjemaah’ agar tabiat ‘super-positif’ ini dapat disematkan dalam diri si kecil kesayangan kita.
Aktiviti 2: Makan Sambil Bermesra
Masa yang paling berkualiti dalam institusi keluarga adalah masa yang dikongsi bersama-sama ketika waktu makan, waktu malam sebenarnya menjadi waktu paling berkualiti untuk keluarga. Rugi jika aktiviti ‘makan-minum’ dilakukan secara berasingan. Dengan makan bersama-sama buat masa rasa lebih istimewa dan mampu mencipta bonding keluarga.
Sambil makan-makan, minta si kecil bercerita tentang aktiviti dia di tadika pada hari itu. Kemesraan yang terjalin masa makan boleh jana nilai positif dalam diri anak kita. Dia akan tahu dan sedar bahawa dirinya, pendapatnya dan pengalamannya penting bukan kepada dirinya sahaja tetapi juga pada ahli familinya. Rasa dihargai bila dapat luahkan semua perkara dengan bercerita.
Aktiviti 3: Kemas Rumah Sama-Sama
Belajar untuk bertanggungjawab adalah salah satu tahap perkembangan (developmental milestone) utama untuk kanak-kanak dalam peringkat usia pendidikan praformal sekitar 0-6 tahun. Salah satu aktiviti biasa ‘yang bukan biasa-biasa’ yang membantu pemahaman tentang pertanggungjawaban dalam hidup adalah aktiviti mengemas rumah!
Berapa ramai anak muda kita sekarang yang mengemas katil dan biliknya sendiri? Maka, mulakanlah kemahiran hidup ini sedari usia kanak-kanak lagi. Bila bangun pagi, didik anak untuk mengemas katilnya; pakaian yang kotor harus diletak di tempat yang sepatutnya. Selepas makan-minum, letakkan perkakasan di dalam singki; bersihkan semua ruang yang ada agar tanggungjawab dapat dikongsi bersama.
Aktiviti 4: Tolong Mama Di Dapur
Ruang dapur boleh diklasifikasi sebagai ruang yang berbahaya kerana ada peralatan elektrik, pisau yang tajam dan sebagainya. Akan tetapi, dalam keadaan yang terkawal, tidak ada salahnya jika anak anda dibawa ke dapur untuk sama-sama ‘membantu’ mama menyediakan makan-minum.
Siapa tahu kalau pengalaman awal ini akan menjadi pemangkin kepada pembentukan diri ‘Master Chef’ yang tersohor pada masa hadapan kelak. Pendedahan awal berserta dengan pengalaman awal yang bermakna (meaningful early experiences) amat mempengaruhi identiti dan pembentukan personaliti positif kanak-kanak.
Aktiviti 5: Tolong Papa Di Luar Rumah
Kalau mama tidak tidak berapa suka kalau si kecil masuk ke dapur, papa pula mungkin agak risau apabila si kecil ingin menyibuk di luar rumah. Namun, aktiviti ‘membuat sibuk’ ini membawa kesan positif dari sudut fizikal antara seorang anak kecil dan juga ayahnya.
Berilah peluang kepada anak untuk bantu siram pokok bunga, bakar daun kering, cuci kereta dan apa-apa sahaja aktiviti fizikal lain yang selalu dilakukan oleh papa. Bagi yang tinggal di pangsapuri, rajinkan diri ajak anak ke tempat buang sampah, turun ke bawah untuk periksa peti surat dan sebagainya. Paling utama, jangan dipersiakan peluang positif untuk jaga dan didik anak seperti ini.
Aktiviti 6: Jalan-Jalan Ambil Angin
Kalau aktiviti kelima tadi memfokus kepada aktiviti berbentuk fizikal seperti menyiram pokok bunga atau membuang sampah, aktiviti keenam ini lebih bersifat santai dan untuk menghiburkan anak sambil memberi rangsangan positif kepadanya dari alam sekeliling.
Memang betul, dewasa ini pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh anak sebagai hiburan, terutamanya dengan bermain dengan peranti/gajet atau permainan komputer. Namun, semua itu tidak ada tolok bandingnya dengan aktiviti fizikal di luar rumah!
Kalau tak dapat dilakukan setiap hari, lakukan selang sehari atau selang beberapa hari, atau mungkin juga setiap hujung minggu. Kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal amat memerlukan rangsangan di sekelilingnya. Antara aktiviti yang paling memberi rangsangan dan adalah berjalan-jalan di luar rumah atau beriadah di taman permainan. Jangan sia-siakan peluang ini.
Aktiviti 7: Bercerita Sambil Berimaginasi
Sambil membaca cerita untuk menidurkan anak, apa kata aktiviti ‘biasa’ ini diberi nafas baru dengan meminta anak anda pula yang bercerita kepada anda sebelum dia tidur? Nah, pasti waktu sebelum tidur tidak lagi seperti ‘biasa-biasa’!
Usia kanak-kanak adalah usia yang penuh dengan nilai imaginasi. Kanak-kanak yang ada daya imaginasi tinggi selalunya akan memiliki intelek tinggi pada masa depan. Jangan kita lepaskan peluang yang ada untuk membina daya imaginasi ini. Sambil bercerita dan berimaginasi hingga anak tertidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali belian barang secara atas talian sampai, anak-anak kitalah yang paling gembira. Berlari-lari ke muka pintu untuk mengambil barang.
Telatah lucu perbuatan anak kecil bersama abang rider J&T Ekpress yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok ini menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, bukan sahaja petah bercakap bahkan jawapan yang diberikan oleh anak kecil bernama Eman itu cukup menarik perhatian ramai. Spontan sahaja.
Perkongsian akaun Tik Tok @meungjii4 ini memang mencuit hati ramai. Cute sungguh.
Melalui perbualannya bersama abang rider berkenaan, adik Eman berkongsi ibunya tiada di rumah namun hanya ada abang yang ketika itu sedang tidur.
Bahkan ceritanya lagi melalui perbualan suara yang dimuat naik, Eman juga turut memberitahu bahawa abangnya hanya bangun ketika jam menunjukkan pukul satu.
Petah berkata-kata anak kecil itu turut bertanyakan kepada abang rider akan berkenaan barang yang harus dibayar.
Ini antara perbualan comel Eman bersama Abang rider.
Abang rider: Ibu mana? Nak cakap dengan ibu, siapa ada dekat rumah?
Eman: Ibu sekolah. Abang, abang tidur dekat bilik. Dia bangun pukul satu.
Abang rider: Adik kejut abang cakap ni ada barang ibu nak hantar, kena bayar.
Eman: Kena bayar ke?
Spontan berkata-kata, Eman turut mengejutkan abangnya yang ketika itu sedang tidur agar bersedia sebelum abang rider sampai.
Melalui perkongsian kakaknya yang dikenali dengan nama @yolo, adiknya Eman ketika itu hanya berada di rumah bersama abangnya Ijat.
“Eman tu adik saya, masa tu diaa tinggal berdua je dengan abang Ijat. Tira pulak sekolah sebab tu budak kecik ni sesuka hati dia jee angkat call
“Ijat suruh Eman kejut pukul 1 sebab nak pi keje. Mak pulak dekat sekolah tak balik lagi, mak saya cikgu…itu lerr kisahnya,” katanya berkongsi.
Perbualan anak kecil itu meraih 889.5K tontonan, 76.1K tanda suka dan 602 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan mereka berdua.
Malah, ramai yang memuji abang rider J&T tersebut yang melayani kerenah budak lelaki itu yang banyak bertanya dan melayaninya dengan sabar.
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.