Bab pemakanan anak masa kecil penting untuk pembentukan diri anak apabila besar. Bagi Farah Lee yang kini menetap di luar negara kerana sedang menyambung pengajiannya, dia cukup menitikberatkan soal pemakanan anak perempuannya, Maream Esabel.
Memandangkan tinggal di luar negara, Farah Lee akan sentiasa memastikan apa yang boleh dan tak boleh. Lagi awal di ajar, lagi mudah dan cepat anak ingat walaupun pergi ke mana saja.
Berbanding orang dewasa mungkin agak sukar untuk terima perubahan ini, kongsinya di instagramnya.
Ads
Farah juga menjelaskan, sebelum ini ada yang mempertikai tindakannya yang melarang Maream makan gummy atau jelly. Namun tindakan itu adalah untuk kebaikan anaknya. Malah Maream juga tiada masalah dan faham kenapa dia tak boleh beli.
Kadang-kadang bila Omma (Farah) beli je gula-gula atau coklat tanpa tengok kandungannya, Maream pula yang ingatkan Omma suruh baca dulu tulisan di belakangnya.
Ads
Jadi tiada alasan untuk ibu bapa didik anak-anak supaya tak jadikan makanan ringan sebagai satu makanan kegemaran anak-anak. Ibu bapa adalah guru untuk anak. Jika kita sentiasa mengingatkan dan konsisten memberi nasihat, pergi ke mana pun anak dah tak kisah dengan makanan ringan yang dijual di kedai.
Kalau mama tengah sarat mengandung dan tiba-tiba rasa perut jadi tegang sekejap-sekejap — jangan terus panik ya! Itu mungkin bukan tanda nak bersalin lagi, tapi kontraksi palsu yang dikenali sebagai Braxton Hicks.
Jom kita fahami apa itu Braxton Hicks dan kenapa ia berlaku!
Braxton Hicks ialah kontraksi ringan yang dirasai oleh ibu hamil, biasanya bermula seawal trimester kedua, tapi lebih ketara dalam trimester ketiga. Ia digelar ‘kontraksi palsu’ kerana ia bukan petanda bersalin sebenar — lebih kepada ‘latihan’ rahim menghadapi waktu bersalin sebenar nanti.
Kenal pasti petanda Braxton Hicks
* Perut tiba-tiba rasa tegang atau keras
* Tegang hanya beberapa saat hingga dua minit
* Tidak terlalu sakit, lebih kepada rasa tak selesa
* Kontraksi tidak teratur dan tidak semakin kerap atau kuat
* Sesekali hilang bila mama tukar posisi atau rehat
Punca Braxton Hicks berlaku, kenapa perut jadi tegang tiba-tiba?
1. Aktiviti fizikal berlebihan
Ibu hamil yang melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan seperti berjalan jauh, berdiri terlalu lama, atau melakukan kerja berat mungkin akan mengalami kontraksi palsu. Ini kerana otot-otot rahim boleh menjadi sensitif dan memberi reaksi terhadap pergerakan yang aktif.
2. Rangsangan pada bahagian perut
Kontraksi palsu juga boleh berlaku apabila bahagian perut disentuh atau dirangsang, contohnya semasa pemeriksaan ultrasound, atau apabila bayi dalam kandungan bergerak secara aktif. Keadaan ini boleh menyebabkan rahim mengeras untuk seketika.
3. Hubungan seksual
Selepas melakukan hubungan intim, sesetengah wanita mungkin akan merasai ketegangan atau kontraksi ringan pada rahim. Ini disebabkan oleh hormon oksitosin yang meningkat semasa hubungan seksual dan boleh merangsang pengecutan rahim secara sementara.
4. Kandung kencing penuh
Apabila pundi kencing penuh, ia boleh memberikan tekanan kepada rahim, sekali gus mencetuskan kontraksi palsu. Oleh itu, ibu hamil digalakkan untuk kerap membuang air kecil bagi mengelakkan ketidakselesaan ini.
5. Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
Kehilangan cecair badan akibat tidak cukup minum air boleh menyebabkan otot-otot rahim menjadi lebih sensitif. Ini boleh mencetuskan Braxton Hicks. Pengambilan air secukupnya setiap hari sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan bendalir dalam tubuh dan mengurangkan risiko kontraksi palsu.
Braxton Hicks merupakan reaksi normal tubuh badan wanita hamil apabila rahim bersedia untuk proses kelahiran.
Walaupun ia bukan tanda bersalin sebenar, ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami kontraksi yang semakin kerap, menyakitkan, atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan atau cecair ketuban keluar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di antaranya botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA.
Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA.
BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh larut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera. Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang dilakukan untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Bau botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Sementara itu, botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sakit gigi, mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit. Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu.
Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak. Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang boleh buat sendiri di rumah?
Masalah gigi dan kanak-kanak
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara yang asing untuk kita lihat berlaku pada gigi kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih, bersih dan tersusun rapi kini sudah kian mereput dan menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.
Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Jika gigi anak anda sudah terlalu teruk, ibu bapa perlu gunakan ubat sakit gigi untuk merawatnya.
Kesan jika anak sakit gigi
Bagi seorang kanak-kanak, sakit gigi yang teruk boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:
Kehilangan gigi yang terlalu awal akan menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
Kebengkakan yang besar akan menyukarkan mereka membuka mulut, mengunyah makanan dan bernafas
Menjadi trauma atau pengalaman yang menakutkan buat anak anda
Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi.
Jika tidak, mereka mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital jika berlaku sebarang komplikasi yang lain.
Ubat sakit gigi tradisional untuk anak di rumah
Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri!
Berikut merupakan rawatan tradisional sakit gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah:
1. Garam
Jika diikutkan logik akal, ini pasti tidak masuk akal kerana garam sudah pasti akan membuat gigi anak anda lebih sakit.
Pun begitu, kandungan sodium yang terdapat di dalamnya sebenarnya mampu menghilangkan sakit gigi berlubang.
Caranya mudah sahaja, larutkan garam ke dalam segelas air suam dan kumurkan larutan tersebut.
Anda boleh lakukannya berkali-kali sehingga rasa denyut pada gigi berlubang itu hilang dengan sendiri.
2. Cengkih
Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai ubat sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.
Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit.
Selain itu, anda juga boleh jadikan ia ubat kumur sama seperti garam.
3. Biji asam jawa
Selain baik untuk tekak, asam jawa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan sakit pada gigi.
Caranya, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisar ia sehingga halus. Kemudian, sapukan sahaja ia pada gigi yang sakit.
4. Limau nipis
Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.
Caranya, potong limau nipis lalu perah jusnya ke dalam sebuah bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil perahan jus itu. Kemudian, titiskan ia sedikit demi sedikit ke gigi untuk mengelakkan rasa pedih.
5. Bawang putih
Bawang putih adalah bersifat antibiotik dan sangat berkesan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang.
Caranya, ambil satu atau dua ulas bawang putih, kupas dan tumbuk ia sehingga halus.
Selepas itu, sapukan ia pada gigi yang sakit.
Ataupun, anda juga boleh minta anak anda untuk mengunyahnya secara terus sahaja.
6. Bawang merah
Sama seperti bawang putih, bawang merah juga mampu mengurangkan sakit gigi berlubang.
Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.
7. Ais
Akhir sekali, anda boleh menggunakan ais untuk melegakan sakit gigi anak anda akibat gigi berlubang.
Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit.
Pun begitu, ini hanyalah langkah untuk mengebas dan meredakan sakit buat sementara waktu sahaja.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.