Siapa sangka dari lebihan marshmallow boleh dijadikan biskut dan kudapan untuk anak-anak makan. Jadi lebihan marshmallow atau yang tidak dihabiskan oleh anak-anak jangan dibuang, buatkan sahaja Mix Crunchy Rice Pop ni. Cukup mudah, sedap dan rangup untuk kudapan anak-anak.
Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Daten Eeita ini cukup menarik untuk dicuba. Jom cuba.
My simple Mix crunchy rice pop. Bahan-bahan pun ringkas.
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan? Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja.
MAKANAN YANG TINGGI KALORI & SESUAI UNTUK ANAK KECIL
1. kekacang
👉 kekacang mmg tinggi kalori, ia juga sgt sesuai dimakan sebagai snek untuk anak kita . selain itu kekacang juga bagus untuk otak
2. alpukat
👉 boleh gabungkan alpukat bersama dengan susu formula / susu segar , oat , barli dan buah buahan yang anak dah pass ya .
3. yogurt
👉 pilih yogurt yang natural dan tinggi lemak . bukan yang berperisa atau rendah lemak .
4. pisang
👉 pisang merupakan makanan yang mengandungi sumber kalori yang tinggi . boleh dipelbagaikan menu makanan anak seperti cekodok pisang , lempeng , penkek , smoothies , pisang karamel , muffin dan sebagainya ( tanpa garam , gula dan perasa untuk baby bawah 2 tahun ) .
5. telur
👉 boleh diperkenalkan kepada baby seawal 8 bulan dan diberi secara berperingkat untuk mengenalpasti sama ada baby ada alahan dengan telur atau pun tidak .
6. ubi kentang ( makanan berasaskan ubi )
👉 boleh dibuat kentang lenyek , jejari kentang , cheezy wedges ( versi baby ) dan lain lain.
7. kacang dhal
👉 boleh dibuat puree / dimasak bersama mee organik dan campurkan bersama makanan baby yang lain .
8. ikan salmon atau tuna
👉 antara ikan yang kaya dengan omega 3 , bagus untuk perkembangan otak si manja .
9. quinoa
👉 quinoa ini kategori bijirin , boleh dibuat seperti oatmeal untuk sarapan .
10. keju ( 8 bulan ke atas )
👉 boleh campurkan keju ke dalam makanan baby . biasanya di makan bersama pasta atau dibuat bubur cheese , chicken buttermilk , carbonara dan sebagainya . pilih keju yang mempunyai kandungan sodium yang rendah seperti tatura cheese dan beqa block .
11. Nut Butters ( peanut butter , almond butter , sunflower butter ) biasanya sesuai untuk 1 tahun dan ke atas
👉 boleh dibuat homemade peanut butter . sapu atas roti pun boleh . menu paling simple .
12. sumber daging (beef , lamb , chicken )
👉 kaya dengan protein dan kalori . pastikan anak dah sesuai makan sumber daging ni berdasarkan carta makanan bayi ya .
13. roti
👉 pilih roti yang whole grains dan whole wheat untuk kalori dan nutrisi yang lebih .
14. mentega
👉 boleh tambahkan mentega dalam makanan anak ketika menumis . pastikan mentega tanpa garam ya.
15. lemak baik
👉 minyak boleh membantu melawaskan penghadaman dan mengelakkan sembelit . berat badan anak pun boleh naik dengan jayanya .
semoga dapat membantu mommies ya ! 👍😄
Resepi ada pada setiap gambar ❤
KARIPAP WHOLEMEAL INTI TUNA VERSI BABY
Karipap ini sesuai dimakan untuk sarapan pagi mahu pun snek petang. Tetapi jangan terlalu kerap diberi, kerana makanan yang mengandungi gluten tidak bagus jika selalu dimakan. Gluten ini sifatnya anti nutrien . dan tuna dalam tin juga menggunakan ikan tuna yang besar, ikan yang besar ini kandungan merkurinya tinggi. boleh diberi cuma berpada pada 💓
Bahan Bahan:
Cara Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Kemudian masukkan ikan tuna dan masak seketika. Tambahkan serbuk ayam / ikan bilis jika suka. Tutupkan api. Ketepikan seketika. Ambil sekeping roti dan gelek nipis. Letakkan di dalam acuan karipap dan masukkan inti tuna tadi. Tutup acuan dan buangkan lebihan roti dikeliling acuan tersebut. Ulang sehingga habis. Panaskan minyak dan goreng sehingga bertukar warna dan garing. Goreng sekejap sahaja kerana roti yang digelek nipis tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dimasak. Kemudian angkat dan toskan. Sejukkan seketika. Siap, sedia dihidang.
MEE LABU GORENG SIMPLE VERSI BABY
Bahan Bahan:
Cara-Cara:
Rebuskan mee dan juga lobak merah sehingga empuk. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika . Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan juga mirepoix. Kacau sebati. Tambahkan sedikit air. Apabila isi ayam sudah masak , masukkan mee dan juga lobak merah. Kacau rata. Perasakan dengan serbuk ayam / ikan bilis. Masukkan sayur kailan. Masak seketika . Tutupkan api. Siap , sedia dihidang
STEAM EGG PASTA VERSI BABY 💓
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 biji putih telur
pasta ( dah direbus sehingga lembut )
lobak merah
sayur sawi
serbuk ayam
Bahan B :
2 biji kuning telur ( kacau sebati )
Cara Cara :
Satukan Bahan A dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak. Panaskan kukusan dan kukus selama 7 – 10 minit. Cakarkan sedikit permukaan Bahan A tadi dan tuangkan pula Bahan B. sambung kukus selama 5 minit atau sehingga masak. siap
Untuk baby yang gemar menu western boleh guna pasta sauce. Macam-macam menu boleh buat dengan pasta sauce ni. Memudahkan kerja. boleh digunakan untuk pizza, cheezy wedges, potato loaded dan macam-macam lagi menu.
Beef bolognese sauce🍖
Tomato pes
Capcicum ( red) – kisar
Unsalted butter
Bawang holland
Bawang putih
Serbuk ayam
Daging kisar
Cara- caranya
✏️Tumiskan bawang putih dan bawang holland bersama unsalted butter sehingga naik bau
✏️Masukkan tomato pes dan capcicum, tambah air jika perlu
✏️ Masukkan daging kisar. Nak guna ayam pon blh. Biarkan sehingga daging masak
✏️Perasakan dengan serbuk ayam. Boleh add on herb. Dah siap!
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree jagung
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Creamy pumpkin sauce
Puree labu
Unsalted butter
Full cream milk
Cream cheese
Serbuk ayam
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree labu
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Bagi yang pernah merasa keenakkan sup kepala ikan pasti tidak teragak-agak untuk memcubanya sekali lagi. Sedapnya tak terkata kerana rasa segar ikan ditambah dengan keenakkan kuahnya buat sup tersangat enak. Apa lagi kala digabungkan bersama nasi panas.
Sup ikan bukan hanya sedap dimakan bahkan tinggi khasiatnya. Lebih-lebih lagi pada anak kita. Resipi sup ikan yang dikongsikan oleh Azleen Abdullah ini mama boleh cuba. Turut disertakan dengan tip menghilangkan hanyir ikan. Wajib cuba!
Dulu tak suka sup ikan sebab 1st makan tu rasa hanyir. Tapi bila dah buat sendiri, tau cara tak nak bagi hanyir. Rasa in love pulak dengan sup ikan ni. Keluarga kami memang suka makan kepala.
Bagi yang tak pernah buat boleh try, yang dah expert tu diam-diam je la ye. Memang berbaloi masak sendiri, kalau makan kat kedai tak tau la berapa harga dia ni.
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bwg holland
1 sudu besar biji ketumbar + 1/2 sudu kecil lada hitam ( sangai kemudian tumbuk ) * nak pakai serbuk pun boleh
2 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Tomato, cili padi, daun sup terpulang pada anda nak letak banyak mana
Korang beli la ikan apa-apa yang korang suka. Ikan siakap ke, ikan merah tanda ke, ikan tenggiri ke, basuh bersih-bersih lepas tu perah asam limau or lumur je asam jawa. Rendam jap, biar hilang hanyir kemudian basuh bersih.
Boleh jugak guna apa-apa jenis limau, lemon ke. Jangan pulak guna limau cina ye. Cuka pun boleh, gandum.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar yang dah dihiris.
Letak semua serbuk-serbuk tu.
Letak la sekali bahan penumis empat sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis). Boleh je tak nak letak pun, ikut suka korang.
Dah berenang-renang dalam tu, biarkan sampai masak. Nanti korang letak la garam dan perasa. Nak letak kiub ayam pun boleh. Last sekali letak lah tomato pastu terus tutup api. Pastu hidang la.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...