Jika sebelum ini kita seringkali melihat kuih lapis berwarna merah jambu, kuih lapis yang satu ini cukup unik kerana dihasilkan daripada buah labu. Paling menarik kerana warna kuning asli dari buah labu yang membuatkan kuih lapis ini terhasil cukup cantik.
Resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia ini rupanya cukup mudah malah cukup berlemak. Cantik dan sekata warna. Nak membuatnya pun cukup mudah. Jom cuba!
Assalamualaikum. Pagi ni saya buat Kuih Lapis Labu. Cantik tak? Yang pasti tiada pewarna tambahan sebab kuning labu dah memang cantik. Bolehlah masukkan list menu untuk berbuka puasa nanti. Saya guna loyang bulat saiz 9”.
Dalam satu bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras, setengah cawan tepung gandum dan setengah cawan tepung jagung.
Ini gula pasir, saya kisar halus supaya senang larut. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4 cawan gula sahaja.
Tambahkan sedikit garam. Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu. Kemudian gaul rata semua bahan tu.
Ads
4 cawan santan segar dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam-suam kuku sahaja.
Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
Tapis supaya tak ada yang berketul-ketul tertinggal.
Bahagikan adunan sama banyak, satu bahagian dimasukkan labu.
Ads
Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana selama 5 minit setiap lapisan.
Lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.
Lapis Labu Gedik nama diberi.
TIPS * Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5 minit supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.
Pasti terlintas dalam fikiran ibu apa makanan yang paling cepat nak sediakan untuk anak kalau mereka minta nak makan. Maklumlah kalau ibu yang bekerja masa untuk masak apa yang anak suka agak terhad sikit.
Jadinya untuk memudahkan ibu, resipi Milo Crackers yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali ini boleh dicuba dan pasti anak suka.
Sebut je milo boleh dikatakan rata-rata anak menggemarinya. Selain air milo, crackers ni antara salah satu yang menu baru untuk anak. Cumanya kemanisan untuk buat crackers ini bergantung pada ibu. Sukatan boleh diubah mengikut citarasa anda.
MILO CRACKERS KESUKAAN ANAK
Resipi guna 3 bahan je. Yang penting tak payah bakar-bakar guna ketuhar bagai. Tunggu sejuk sikit masuk mulut ngap. Sangat mudah, jimat dan sedap!
Jom tengok resipinya di bawah
BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (* sukatan susu ikut citarasa masing-masing. Kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
CARA-CARANYA:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Selamat mencuba!
#SHARE la dulu supaya tak hilang.
Follow NurasykinAli untuk lebih tips dan resipi menarik untuk anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa menu daging korban anda? Ada yang suka masak sup, kari dan sebagainya tak juga digoreng simple dengan kunyit. Nak cuba resipi Daging Goreng Kunyit style Kelantan? Ni caranya.
Nak lagi sedap, tambahkan sedikit bahan ini dalam gorengan daging anda. Memang sedap kebabom. Jom cuba!
DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN STAIL Hari ni Suk nak share cara goreng daging kunyit cara Kelantan pulak. Biarlah satu Malaysia dah pandai goreng daging pun, Suk nak share jugak.
Bahan-bahannya :
1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
1 biji bawang holand
1 biji bawang putih
Cili merah, cili hijau, cili api
Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik)
Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Cara potong ada di gambar ya. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.
Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.
Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata.
Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik.
Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak. Gitohhh 😁
Tadaaa daging goreng kunyit Kelantan stail is donnnne. Boleh hidangkan bersama sayur lemak putih dan menu-menu lain yang matching hihii.
Ok tu sahaja kelas masak untuk hari ni. Jumpa lagi uols.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...