Maryam Durian Kimchi kongsi cara didik anak, “Satu hari, satu barang, dua tak boleh…letak balik.” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu.
Maryam Durian Kimchi Kongsi Cara Didik Anak, “Satu Hari, Satu Barang, Dua Tak Boleh…Letak Balik”
Terbaru menerusi perkongsian Maryam di laman Instagramnya, Maryam berkongsi video memaparkan gelagat Rina yang kelihatannya sedang menangis. Rina mahukan patung mainan sedangkan Rina sudah pun memilih satu patung mainan sebelumnya. Maryam dan Ryzal enggan menunaikan permintaan Rina kerana ingin mendidik Rina agar memilih hanya satu barang permainan sahaja dalam sehari. Tidak boleh lebih.
Maka bermulalah drama air mata Rina. Memang ramai ibu bapa yang mengalami masalah seperti ini bukan? Perkongsian Maryam mencuri perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat Rina yang menangis kerana inginkan anak patung tersebut.
Sama seperti ibu bapa lain, pelakon cantik Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil juga mempunyai cara untuk disiplinkan anak-anaknya bila mereka buat salah.
Ia perlu menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak sebelum mereka mampu mengawal emosi sendiri.
Dalam bab mendidik anak, Diana dan Farid yang terkenal sangat rapat dengan anak-anak mereka tetap menerapkan nilai disiplin pada Muhammad dan Aurora sekiranya mereka buat kesalahan.
Mengenakan denda yang bersesuaian mengikut usia anak, pasangan serasi ini percaya kriteria ini menjadi salah satu faktor penting untuk mendidik anak-anaknya menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan.
Diana sebelum ini pernah berkongsi video Aurora dikenakan denda oleh babahnya untuk kali kedua kerana berkelakuan nakal.
Menurut Diana, anak perempuannya itu sangat patuh dan faham kenapa dia diletakkan di naughty corner walaupun tetap merajuk ketika menjalani denda tersebut.
Tindakan tegas yang dikenakan oleh suami isteri ini agar anak tidak mengulang kesalahan mereka nyata dipersetujui oleh netizen yang menganggap ia sebagai salah satu cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Bahkan ada juga yang meminta Diana berkongsi tip bagaimana untuk mendidik anak agar patuh pada denda tersebut.
Ternyata Diana yang memang mempunyai bonding rapat dengan anak-anaknya tidak lokek berkongsi tip dengan pengikutnya dalam bab mendidik anak.
Menurut Diana, untuk memastikan anak kecil patuh dengan denda yang dikenakan atas kesalahan mereka, ibu ayah mestilah bersikap tegas dan serius ketika menjalankan denda tersebut. Barulah anak pun rasa yang ibu ayah sebenarnya serius dan tak main-main.
Apa pun selepas anak dikenakan denda akibat kenakalan, jangan lupa peluk cium anak-anak dan terangkan apa sebab mereka dikenakan denda. Barulah mereka tak beranggapan yang ibu bapa sudah tidak sayangkan mereka lagi.
Tengok sahaja macam Diana dan Farid yang sangat menyayangi anak-anak mereka dan sangat suka melayan kedua permata hati mereka bermain dan beriadah.
Bila dah ada anak perempuan ni, ayah kena jadi cinta pertama anak. Kenapa? Hubungan ini yang akan menjadi dasar untuk anak perempuan apabila meningkat dewasa. Ini kerana seorang ayah menjadi contoh dan perbandingan bagi setiap lelaki yang dikenalinya nanti.
Berdasarkan perkongsian dari Akhi Fairuz memang penting peranan seorang ayah untuk anak perempuan yang mungkin kita anggap biasa-biasa sahaja sebelum ini.
Ada yang bertanya saya, bagaimanakah cara seorang ayah memberi cinta kepada anak perempuan sehingga anak ini berasakan si ayah cinta pertamanya. Baik, mari saya kongsikan dalam posting ini.
Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu?
Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaikya.
Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah
Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
Bila anak dah besar sikit, selalulah pelukmereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah
Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, ayah sayang (sebut namanya). Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama. (Namanya) sayang ayah.
Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita.
Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, aduan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan mendengar apa yang mereka katakan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap.
Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan persoalan akidah pada anak, bercerita, kongsikan kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran.
Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamatdan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif.
Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Aku rasa cukup 18 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak perempuan dan lelaki. Amin.
Kau tahu kawan, salah satu punca berlakunya kes cabul seorang bapa kepada anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
Siapa yang tak mahu anak jadi bijak dan pandai dalam segala hal. Namun mendidik anak yang cerdas minda dan tinggi daya IQnya harus dilatih sejak kecil lagi. Namun cara ransangannya juga harus bijak dan tepat. Ada beberapa perkara ibu ayah boleh praktikkan di rumah untuk melatih kecergasan anak-anak kita.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merangsang minda cerdas anak haruslah dilakukan mengikut semua deria supaya melatih anak dalam pelbagai sudut.
Bagaimana merangsang otak bayi kita supaya minda mereka lebih cerdas dan mempunyai IQ tinggi?
LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI
1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.
2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik spt TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.
3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat.
LAKUKAN RANGSANGAN GERAKAN MOTOR
1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.
2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.
3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!