Sama seperti ibu bapa lain, pelakon cantik Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil juga mempunyai cara untuk disiplinkan anak-anaknya bila mereka buat salah.
Mempunyai anak yang sedang membesar bermaksud ibu bapa kena bersedia berhadapan dengan anak-anak yang kadangkala akan buat perangai. Ia adalah perkara biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Ia perlu menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak sebelum mereka mampu mengawal emosi sendiri.
Dalam bab mendidik anak, Diana dan Farid yang terkenal sangat rapat dengan anak-anak mereka tetap menerapkan nilai disiplin pada Muhammad dan Aurora sekiranya mereka buat kesalahan.
Mengenakan denda yang bersesuaian mengikut usia anak, pasangan serasi ini percaya kriteria ini menjadi salah satu faktor penting untuk mendidik anak-anaknya menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan.
Aurora Kena Time Out
Diana sebelum ini pernah berkongsi video Aurora dikenakan denda oleh babahnya untuk kali kedua kerana berkelakuan nakal.
Menurut Diana, anak perempuannya itu sangat patuh dan faham kenapa dia diletakkan di naughty corner walaupun tetap merajuk ketika menjalani denda tersebut.
Ads
Tindakan tegas yang dikenakan oleh suami isteri ini agar anak tidak mengulang kesalahan mereka nyata dipersetujui oleh netizen yang menganggap ia sebagai salah satu cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Ads
Bahkan ada juga yang meminta Diana berkongsi tip bagaimana untuk mendidik anak agar patuh pada denda tersebut.
Ternyata Diana yang memang mempunyai bonding rapat dengan anak-anaknya tidak lokek berkongsi tip dengan pengikutnya dalam bab mendidik anak.
Ads
Menurut Diana, untuk memastikan anak kecil patuh dengan denda yang dikenakan atas kesalahan mereka, ibu ayah mestilah bersikap tegas dan serius ketika menjalankan denda tersebut. Barulah anak pun rasa yang ibu ayah sebenarnya serius dan tak main-main.
Apa pun selepas anak dikenakan denda akibat kenakalan, jangan lupa peluk cium anak-anak dan terangkan apa sebab mereka dikenakan denda. Barulah mereka tak beranggapan yang ibu bapa sudah tidak sayangkan mereka lagi.
Tengok sahaja macam Diana dan Farid yang sangat menyayangi anak-anak mereka dan sangat suka melayan kedua permata hati mereka bermain dan beriadah.
Bertindak segera jika bayi berusia 12-18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna, itu petanda awal masalah pertuturan. Bertindak awal lebih baik!
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Perkara-perkara yang mudah dan ringkas seperti selepas mandi dan selepas keluar dari tandas mungkin dirasakan kurang penting untuk diajarkan pada anak. Namun hakikatnya hal-hal sebegini perlu diajar pada anak kita.
Sebagai mak ayah kita perlu mengingatkan sentiasa tentang adab dan rasa malu serta menjaga maruah agar anak tahu akan tata tertib ini hingga dia membesar. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Wan Nur Syakira di facebooknya. Jadikan panduan untuk kita didik anak kecil kita mengenai adab.
Anak-anak harus diingatkan urusan mandi dengan tertib. Terutama setelah selesai mandi, jangan terus terjah keluar dari bilik air tanpa tuala.
Selalu ingatkan mereka akan hal ini. Seawal mereka berusia 2 tahun. Bila kita selesai mandikan mereka, terus pakaikan tuala.
Bila mereka dah lulus toilet training, dah boleh mandi sendiri, ingatkan mereka sediakan dan bawakan terus kain tuala ke bilik mandi dan sediakan juga baju setelah siap mandi.
Hal simple begini jika tak dibiasa dari awal, nanti bila balik kampung atau ke mana-mana, mereka akan terjah saja keluar dalam keadaan bogel.
Bila mereka dah lulus toilet training juga, ajarkan dan biasakan mereka buang seluar di dalam tandas. Bukan di luar tandas. Jika tidak, bila masuk sekolah, akan dibuangnya seluar di luar tandas.
Maka tersingkap alat kemaluan mereka di hadapan orang lain. Saya nak tekankan, jangan dibiar anak toilet training terlalu lambat. Umur 5,6 tahun masih bergantung kepada orang lain bila nak ke tandas.
Selain membuatkan anak kurang keyakinan untuk berdikari, amat membimbangkan jika umur 5,6 tahun masih alat kemaluannya dibasuh oleh orang lain jika di taska atau pengasuh atau di mana-mana saja.
Melatih anak toilet training dan juga cara beristinja’ dengan betul juga salah satu cabang pendidikan seksualiti. Dan ianya rutin dan amalan yang bermula dan dibiasakan dari rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak jadi murung bila banyak kerja mak ayah dia yang kena buat. Peranan seorang anak dalam keluarga adalah untuk belajar, bermain, dan berkembang dengan penuh kasih sayang dan sokongan dari ibu bapa.
Anak Boleh Jadi Murung Bila Banyak Kerja Mak Ayah Dia Yang Kena Buat
Namun, terdapat keadaan di mana anak-anak perlu mengambil alih tanggungjawab orang dewasa, sama ada disebabkan oleh masalah kewangan, kesihatan, atau situasi lain yang mencabar dalam keluarga. Hal ini boleh menyebabkan anak tersebut menjadi murung dan mengalami tekanan emosi.
Berikut antara sebab mengapa anak boleh jadi murung bila terpaksa pikul tanggungjwab ibu dan ayahnya.
1. Dia yang kena bertanggungjawab hal adik-adiknya.. dari celik mata sampai tidur adik, dia yang kena urus.
2. Apabila yang buat hal adik tapi dia yang kena marah sebab tak tengok dan jaga adik.
3. Jadi tempat mak ayah mengadu masalah. Anak sahaja yang kena faham situasi dan masalah mak ayahnya.
4. Pikul tanggungjawab kerja rumah yang melampau, dari basuh baju, basuh pinggan, masak, mandikan adik semua dia yang kena pikul.
5. Hilang keseronokan jadi kanak-kanak. Langsung tak dibenarkan bermain dan merasa santai. Hanya kerja, belajar itu sajalah hidup dia.
Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kemurungan Anak
Tekanan Tanggungjawab yang Berat
Anak-anak yang dipaksa mengambil alih tugas-tugas dewasa seperti menjaga adik-beradik, memasak, membersihkan rumah, atau bekerja untuk menyara keluarga akan merasa tertekan. Mereka tidak mempunyai masa untuk menikmati masa kanak-kanak mereka, bermain, atau belajar dengan tenang.
Kehilangan Masa Kanak-Kanak
Masa kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan fizikal, emosi, dan mental. Anak-anak yang terpaksa mengambil alih tugas orang dewasa akan kehilangan peluang untuk bersosial dengan rakan sebaya dan menikmati masa lapang yang penting untuk perkembangan mereka.
Kurang Sokongan Emosi
Apabila ibu bapa terlalu sibuk atau tidak mampu memberikan sokongan emosi yang mencukupi, anak-anak mungkin merasa kesepian dan tidak dihargai. Kurangnya komunikasi dan perhatian daripada ibu bapa boleh menyumbang kepada perasaan rendah diri dan kemurungan.
Tekanan Akademik
Anak-anak yang mempunyai tanggungjawab tambahan di rumah mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga yang mencukupi untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Tekanan untuk berjaya dalam akademik sambil menguruskan tugas rumah boleh menyebabkan keletihan mental dan emosi.
Rasa Bersalah
Anak-anak mungkin merasa bersalah jika mereka tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa atau jika mereka melihat ibu bapa mereka bekerja keras dan menderita. Perasaan bersalah ini boleh menambah beban emosi dan menyebabkan kemurungan.
Cara Mengatasi dan Membantu Anak-Anak yang Terbeban
Komunikasi Terbuka
Ibu bapa harus berusaha untuk berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak mereka. Dengar dan fahami perasaan dan keperluan mereka. Ini akan membantu anak-anak merasa didengar dan dihargai.
Membahagikan Tugas Secara Realistik
Pastikan tugas-tugas yang diberikan kepada anak-anak adalah sesuai dengan umur dan keupayaan mereka. Jangan bebankan mereka dengan tanggungjawab yang terlalu berat atau dewasa.
Menyediakan Sokongan Emosi
Berikan sokongan emosi yang diperlukan oleh anak-anak. Luangkan masa untuk berbual, bermain, dan beraktiviti bersama mereka. Sokongan ini penting untuk perkembangan emosi yang sihat.
Mendorong Aktiviti Rekreasi
Galakkan anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti rekreasi yang mereka nikmati, seperti bersukan, berkesenian, atau bermain dengan rakan-rakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh membantu mereka melepaskan tekanan dan merasa lebih bahagia.
Kemurungan dalam kalangan anak-anak yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab ibu bapa adalah masalah serius yang perlu ditangani dengan bijaksana. Ibu bapa dan masyarakat perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak mendapat peluang untuk menikmati masa kanak-kanak mereka dengan penuh kegembiraan dan sokongan.
Kesimpulannya, kadang-kadang kita ibu bapa lupa bahawa anak-anak ini amanah dan tanggungjawab kita untuk besarkan dia dengan cukupi keperluan dan penuhi hak-hak mereka.
Masalah kita bukan urusan anak, kesusahan kita bukan urusan anak. Memahami dan memikul kerja itu dua perkara berbeza.
Dalam hidup berkeluarga, tak semua perjalanan mudah. Namun bila kasih dan tanggungjawab jadi keutamaan, keindahan tetap menyinar.Begitulah yang boleh kita pelajari daripada pelakon jelita,...