Mohon bantuan, macam mana nak bagi anak tak bergaduh? Situasi saya setiap hari ni macam dibawah, penat dah jadi singa.
Mak Singa anak dua
Baca: Bila Gigi Susu Anak Dah Tumbuh, Kita Ada Tanggungjawab Untuk Jaga Gigi Mereka Dengan Baik
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik.
“Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang
“Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Jawapan.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah. Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya?
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin
‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, ada 7 tips, macam mana nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah:
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
Baca: Tak Pernah Buat Roti Jala, Ini Panduan Cara Masak Untuk Amatur, Lembut & Confirm Jadi!
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI