Masa Besarkan Anak Mak Ayah Penat, Berbaloi Sangat. Itu Tandanya Allah Sayang

Share

Dalam mendidik anak-anak kita perlu komitmen yang tinggi. Kita perlu ‘devotion’ terhadap peranan kita terhadap anak-anak kita. Jika kita menyangkakan membesarkan anak-anak ini mudah dan tiada cabaran, sebenarnya kita telah tersalah sangka.

Anak-anak bukan anak patung yang duduk diam dan kaku. Anak-anak ada kemahuan dan perasaan mereka.

Kitalah yang perlu memimpin mereka di dalam hal ini dan banyak lagi sementara mereka belum dewasa.

Hargai segala cabaran yang anda lalui dalam mendidik anak-anak. Ianya boleh menjadikan anda seorang yang lebih matang.

ARTIKEL LAIN [Jangan Membebel, Bahaya! Otak Cepat Mengecut & Mudah Sakit. Nak Marah Cuba Senyum]

Cabaran adalah guru kita. Jika anda tercabar lebih di dalam mendidik anak-anak, maka sedarilah anda sedang digurui melalui anak-anak anda. Menerimanya dengan sabar dan penuh sedar diri dan berlapang dada adalah amat penting dalam konteks peningkatan diri.

Tidak ada orang yang sangat sabar hari ini, tidak melalui cabaran yang telah membina diri mereka.

Jika salah seorang anak-anak anda sangat mencabar perangainya, lihatlah Allah mengajar anda melaluinya. Disebabkan cabaran itu, anda akan mencari jalan penyelesaian yang menyebabkan anda belajar dan belajar untuk menjadi lebih baik. Maka disebabkan itu, anda menjadi lebih berilmu mendidik.

Setiap cabaran dan dugaan ada mesej kasih Allah kepada kita. Ibu mendoakan anda sentiasa dapat menerima cabaran dan belajar mendepani cabaran-cabaran itu.

Sumber: Ibu Rose

IKLAN