Susu Ibu Kurang Sepanjang Haid! Ambil Cukup Kalsium Kalau Tak Nak Bayi Meragam

Share

Semasa didatangi haid, ada segelintir ibu menyusu yang perasan bahawa penghasilan susunya sedikit terjejas.

Hal ini telah dikesan melalui kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik di Barat. Hasil kajian itu mendapati ia ada kaitan dengan tahap kalsium dan vitamin D (penyerap kalsium) yang menurun sepanjang tempoh fasa haid berlangsung iaitu di antara waktu ovulasi dan haid keluar.

Seperti yang semua orang sedia maklum, kalsium merupakan salah satu nutrien yang penting dalam penghasilan susu ibu. Malah dianggarkan lebih kurang 40% komposisi susu ibu itu pun terdiri daripada kalsium.

Sehubungan itu, anda tentu sedar bahawa keadaan fisiologi ibu menyusu itu sendiri sememangnya memerlukan keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jika tahap kalsium menurun dan pada masa yang tiada usaha menambah bekalan kalsium atau mengekalkan tahapnya pada kadar yang mencukupi, sudah tentulah susu ibu tidak dapat dihasilkan pada tahap yang paling optimum.Tanpa pengambilan sumber kalsium yang mencukupi ketika haid, anda pasti berasa susah hati apabila bekalan susu ibu perahan mahupun amaun yang diminum oleh si kecil tidak mencukupi dan memuaskan seleranya.

Sebagai langkah mengatasinya, pastikan pengambilan kalsium setiap hari adalah konsisten sepanjang tempoh haid mahupun pada hari-hari biasa.

Tidak perlu risau berpanjangan kerana selepas tempoh haid tamat, penghasilan susu ibu anda akan kembali seperti biasa. Cuma ia akan kembali menghantui anda sekiranya keperluan kalsium tidak dipenuhi dengan secukupnya. Jadi, ambillah sumber makanan yang mengandungi kalsium atau suplemen pada kadar yang telah ditetapkan oleh pakar pemakanan.

IKLAN