Sakit di bahagian bawah abdomen semasa mengandung. Bila check semua normal. Tapi sakit tetap tak hilang.
Jumpa Dr ni kata kencing kotor, bg antibiotik still tak hilang sakit.
Sakit mencucuk-cucuk tu memang tak boleh nak tahan. Duduk tak kena, baring mengiring tak kena.
Jumpa Dr lagi satu, kata sakit urat je ni, bagi MC suruh rehat, tapi sakit still tak hilang.
Jumpa bidan, dia kata kepala baby menekan, dia urut perut, hilang sekejap. Lepas 2-3 hari sakit semula.
Apa masalah sebenarnya ni?
Bukan penyakit misteri, dan juga bukan penyakit buatan orang. Erm, ada lah part ‘buatan orang’ tu, suami sendiri la. Sampai pregnant ni.
Ads
Ok, ni masalah yang agak biasa berlaku. Cuma perlu sedikit masa untuk Doktor dengar cerita dan periksa betul-betul.
Ia mungkin Diastasis of Pubic Symphisis.
Sebenarnya ia adalah pengembangan tulang pelvic. 2 tulang pelvic, kiri dan kanan bertemu di bahagian depan dan bawah abdomen. Dekat kawasan ari-ari. Di situ kedua-dua tulang pelvic ni disambungkan oleh rawan.
Ads
Sewaktu nak bersalin, satu hormon iaitu relaxin akan dikeluarkan untuk membantu melembutkan ligaments disekeliling pelvic bone, supaya kepala baby boleh turun dan keluar. Kadang-kadang, hormon relaxin ini keluar terlalu awal, menyebabkan ligament menjadi lembut terlalu awal dan ini menyebabkan instability kepada tulang pelvic. Instability ini akan menyebabkan rawan di antara mengembang secara terpaksa untuk jangka masa yang lama. Ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
So apa nak buat?
Untuk tahan sakit, boleh ambil paracetamol.
Ads
Kegels exercise
Betulkan postur duduk, jangan angkat berat atau apa-apa yang menambah tekanan pada perut.
Hot pack mungkin membantu diletakkan di tempat yang sakit.
Pelvic support belt adalah magic treatment untuk penyakit ini, good pelvic support belt akan memberi sokongan kepada pelvic bone, menggantikan ligament2 yang telah dilembutkan oleh hormon relaxin itu. Jadi carilah good pelvic support belt.
Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang hamil memaklumkan dia ingin meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin kerana berhasrat untuk bercakap Mandarin dengan anaknya bila dilahirkan nanti.
Menerusi twitternya, Shila memuat naik status tersebut dengan berkongsi dia mahu bercakap Mandarin sepenuhnya dengan anak dan suaminya pula boleh ajar English.
Hasratnya itu mendapat reaksi positif dari peminat dan menyokong tindakan Shila untuk memperkenalkan lebih dari satu bahasa pada anak.
Cuma ada juga peminat menasihatkannya supaya jangan terus ajar serentak kerana bimbang bayi akan keliru. Perkenalkan secara berperingkat kerana otak bayi lebih cepat belajar.
Pada 17 Februari lalu Shila mengumumkan dia sedang hamil dan mengalami alahan seperti muntah, banyak tidur dan tidak boleh makan banyak.
Sebelum itu, tindakan berdiam diri penyanyi bersuara lunak ini di media sosial terjawab apabila dia mengumumkan sedang hamil di Instagram baru-baru ini. Shila bagaimana pun tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Baru-baru ini, pelakon Lisdawati mengumumkan berita kehamilannya. Paling mengejutkan, rupa-rupanya selama ini dia berahsia. Beliau menjelaskan dirinya tidak berniat sedemikian. Seboleh-bolehnya dia berpendirian mahu mengelak orang lain terutamanya kru produksi yang terlibat dalam penggambaran yang dijalani risau tentang dirinya.
Isteri kepada pengarah dan pelakon, Fauzi Nawawi ini berkata dia tidak mahu menyusahkan teman sekerja ketika di lokasi penggambaran. Sudah menjadi tabiatnya tidak mahu orang lain bersusah-payah hanya disebabkan dirinya berbadan dua.
“Saya tak berniat nak sorok kehamilan. Saya cuma tak mahu orang risau. Sebenarnya sewaktu usia kandungan tiga bulan, saya ditawarkan berlakon dalam drama Mr. Grey dan kemudian drama Makmum Yang Paling Aku Cinta. Saya terima tawaran itu dan tidak memberitahu pihak produksi saya hamil kerana tidak mahu mereka akan fikir saya penat atau tidak boleh beri komitmen sedangkan saya mampu bekerja.
Lagipun watak saya sebagai ibu, tak perlu memakai baju yang mengikut bentuk badan. Jadi saya cari baju bersaiz besar, sesuai dengan watak saya. Ada juga kru yang menegur. Mereka fikir saya sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Ketika itu saya mengiyakan kata-kata mereka dan beri alasan mahu sesuaikan dengan watak. Alhamdulillah, saya boleh jalani penggambaran kedua-dua drama sehingga selesai dengan lancar dan tiada masalah.
Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil. Ketika menjayakan penggambaran drama Mr Grey dulu, kru produksi tak sedar pun saya sudah pun hamil trimester pertama. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata kru sangat prihatin sampai saya naik segan.”
Aktif berbasikal
Dia mengakui dirinya kekal bertenaga sepanjang hamil.Tambahnya lagi, dia juga masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.
Tiga minggu lalu, Lisdawati berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya. Baru-baru ini, Lisdawati diundang Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara.
“Sebelum berbasikal, saya pastikan ciri keselamatan dipatuhi. Seronok dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas. Semasa kandungan saya empat bulan, saya pernah jayakan acara Hari Wanita dan berjaya berkayuh sejauh 10 kilometer di Putrajaya.
Jangan risau sebab saya dapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan aktiviti ini dan setiap kali selesai aktiviti, saya akan terus ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Alhamdulillah, kata doktor bayi saya aktif.” katanya.
Bakal timang anak lelaki
Lisda yang sekarang sudah berehat daripada aktiviti lakonan dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata keempatnya iaitu bayi lelaki selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: BH Online dan MyNewsHub
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vitamin untuk ibu hamil penting bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Tetapi apakah kandungan yang perlu ada dalam vitamin mengandung serta diet pemakanan yang terbaik?
Diet pemakanan & vitamin untuk ibu hamil
Seorang wanita mengandung pasti akan mempunyai kebimbangan mengenai pilihan makanan yang baik bagi memastikan diri dan bayi sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan, betul tak?
Ia tidaklah sesukar yang difikirkan apabila anda mengetahui makanan mana yang harus diutamakan.
Secara amnya, pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan anda mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran.
Pelan pemakanan yang seimbang perlu mengandungi:
Protein
Karbohidrat kompleks
Lemak sihat
Vitamin dan mineral
Serat dan cecair
Pada hakikatnya pola pemakanan kehamilan yang sihat tidaklah begitu berbeza dengan diet pemakanan harian biasa pada umumnya.
Cumanya, wanita berbadan dua memerlukan jumlah yang lebih banyak untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan.
Selain melalui pengambilan makanan, keperluan ibu dan bayi boleh dipenuhi dengan vitamin mengandung atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal.
Vitamin untuk ibu hamil
Vitamin pranatal lengkap harus mempunyai keseimbangan nutrien yang diperlukan.
Sebaiknya sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin mengandung, dapatkan dahulu nasihat doktor, okay?
Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin pranatal ini.
Keperluan vitamin pranatal
Vitamin pranatal adalah makanan tambahan yang dibuat untuk wanita mengandung bagi membekalkan tubuh mereka dengan vitamin dan mineral diperlukan untuk kehamilan sihat.
Sebaiknya anda memilih vitamin pranatal yang mengandungi:
#Asid folik
Ia dapat mencegah kecacatan kelahiran yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi.
Kecacatan ini berkembang pada peringkat awal kehamilan, sebelum menyedari bahawa mereka mengandung – separuh daripadanya melibatkan kandungan yang tidak dirancang.
Itu sebabnya doktor mengesyorkan setiap wanita yang berpeluang untuk hamil mengambil 400 mikrogram (mg) asid folik setiap hari.
Ia harus mula diambil sebelum persenyawaan dan berterusan sehingga minggu ke 12 kehamilan.
Zat besi
Merupakan antara kandungan penting dalam vitamin mengandung.
Ia membantu tubuh ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah. Sel darah ini berperanan untuk membawa oksigen kepada bayi untuk perkembangannya.
Kalsium
Kalsium – pasangan kepada vitamin D, adalah penting sebagai vitamin untuk ibu hamil bagi memperolehi tulang dan gigi yang kuat.
Tetapi paling utama, ia diperlukan untuk perkembangan dan fungsi jantung, otot dan sistem pembekuan darah.
Bayi anda memerlukan bekalan kalsium yang banyak semasa proses tumbesarannya.
Lain-lain
Terdapat nutrien lain yang boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan semasa hamil.
Doktor akan membantu untuk menentukan sama ada anda memerlukan vitamin mengandung yang merangkumi:
Asid lemak omega-3
Kolin
Iodin
Magnesium
Zink
Kalium
Fosforus
Pentingnya vitamin untuk ibu hamil
Pengambilan vitamin mengandung atau pranatal dapat membantu memenuhi keperluan asas harian anda.
Tetapi makanan segar dan penuh vitamin adalah pilihan sihat untuk membantu bayi mendapat permulaan terbaik serta membantu menjadikan anda lebih bertenaga dan kuat.
Jika mempunyai kebimbangan, dapatkan nasihat daripada pakar tentang keperluan pemakanan anda.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan...