Keibubapaan

Masa Hamzah Demam, Sambil Kucup Gambar Abam, Tak Henti Panggil ‘Ayah’

Share

Setelah dua tahun arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dijemput ilahi, ramai yang masih lagi mengingatinya. Lagi sedih apabila mengenangkan isteri dan anak arwah.

@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis

Hamzah rindu ayah

Dalam perkongsian isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, satu video menunjukkan gelagat anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang seolah mengerti kerinduan terhadap arwah ayahnya.

Menerusi video tersebut memaparkan aksi spontan anak arwah yang sedang memegang erat sebuah frame gambar sehingga menyentuh hati dan mengundang sebak orang ramai.

Namun, apa yang menyedihkan apabila mengetahui gambar yang didakap Hamzah itu adalah gambar wajah Allahyarham Abam.

Kucup gambar dan panggil ‘ayah’ 

Nampak kerinduan di wajah Hamzah yang tak henti mengucup gambar ayahnya itu. Ditambah pula, Hamzah memanggil-manggil ‘Ayah’ (gelaran buat Abam) setiap kali melihat gambar tersebut.

Menerusi kapsyen di gambar tersebut, Hidayah menulis kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah. Hamzah sayang ayah, sentiasa doakan ayah. Al-fatihah suami ku sayang Syed Umar Mokhtar.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 260k tontonan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut menzahirkan rasa sebak selepas melihat perkongsian itu. Mereka juga sempat menitipkan doa agar Hidayah diberi kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anaknya, Hamzah.

Kredit: TikTok Hidayah_Hamzah ; hidayah_hamzah

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN