Sibuk sekali pun kita dengan kerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya.
Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis, bergaduh, nak beriba atau berdukung sepanjang masa tapi ingatlah masa itu akan berlalu dan pasti dirindui.
Perkongsian dari Perunding Motivasi, Ropizam San sungguh berkesan untuk tatapan ibu bapa masih muda yang mempunyai anak kecil.
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Ads
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Ads
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merengek bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Ads
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kenang-kenang kembali memori manis menjadi suami isteri di hari pertama dia halal untuk kamu. Dia wanita yang kamu impikan untuk hidup bersama sehingga ke Syurga. Dia wanita yang menggetarkan rasa dan cinta untuk berkasih dengan cara yang Allah redha.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kembalikan kenangan saat melafazkan perasaan untuk menyuntingnya menjadi isteri. Rasakan kembali debaran menerima lamaran darinya.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Badan yang dahulu kurus kini semakin besar. Perut yang dahulu kempis kini semakin buncit.
Kulit yang dahulu tegang kini dipenuhi stretchmark. Wajah yang anggun kini semakin tembam.
Carilah jalan, usahakanlah untuk menghiasi isterimu dengan cara yang menyenangkan matamu melihatnya.
Mungkin kerana keletihan urusan keluarga, langsung dia tidak pernah memikirkan penampilannya.
Setiap wanita suka pada kecantikan dan sangat mahu kelihatan cantik. Wajah yang kusam, badan yang letih, emosi yang bercampur setiap hari dengan ragam anak-anak sering membuatkan para wanita lupa untuk menjadi isteri.
Wahai suami,
Ambillah sejenak peranan isterimu. Berilah ruang dan waktu untuknya mendandan. Carilah peluang untuknya kembali cantik.
Sediakanlah waktu untuknya beristirehat. Andai matamu diuji dengan pakaian wanita yang tidak menutup aurat di luar rumah, maka carilah pakaian sebegitu untuk isterimu. Agar matamu terjaga dari memandang yang haram.
Saat emosi seorang wanita menjadi gagah dan menggembur bahagia, kudratnya turut menjadi gagah untuk melaksana rutin harian.
Kalau suka melihat isteri cantik, maka berilah kepadanya pakaian yang cantik, hiasan yang cantik. Bukankah lelaki suka melihat yang cantik dan wanita suka kelihatan cantik?
Allah cipta lelaki dan perempuan keduanya punya perasaan yang melengkapkan keduanya. Gemburlah rasa, ciptalah bahagia.
Kredit: Ummu Amir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki, Ryan Sky Dalton, 7, melengkapkan hidup Ning Baizura dan suami dalam melayari kehidupan berumah tangga. Sejak mempunyai anak, Ning Baizura lebih selesa memberi tumpuan pada anak lelakinya itu.
Dengan kehidupan Ning yang lebih low profile dan bebas gosip, itu yang diharapkannya agar Ryan dapat membesar dan bebas seperti kanak-kanak seusianya. Ditambah pula untuk tahun 2020 ini, cabarannya agak besar.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, keterbatasan untuk Ryan bersosial bersama rakan-rakan juga terhad. Walaupun masa banyak dihabiskan di rumah, Ning dan suami sentiasa pastikan anaknya seperti seorang ‘kawan’ dan sentiasa memanfaatkan masa dengan aktiviti yang membantu perkembangan Ryan.
Semua ini dilakukan demi memastikan Ryan sentiasa ada aktiviti yang sesuai dengannya dan tak cepat bosan.
Sebelum ini, Ning sendiri akui mengalami tekanan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, Mac lalu kerana terlalu banyak tawaran menyanyi dibatalkan.
Dalam mengharungi cabaran getir itu, penyanyi bersuara soprano ini bertuah kerana keluarga adalah sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah.
“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting.
“Saya cuba hindari perasaan sedih dan atur perancangan supaya kehidupan jadi lebih baik demi masa depan anak,” katanya.
Mula belajar bisnes online
Sebagai persediaan masa depan, Ning berkata, sepanjang PKP, dia menambah pengetahuan dengan mempelajari selok membina perniagaan atas talian.
“Mahu atau tidak, kita kena akur situasi hari ini yang tidak sama dengan sebelumnya. Justeru, saya mengambil beberapa kursus perniagaan melalui pelantar digital.
“Rasa seronok apabila kita dapat belajar perkara baharu. Ini membuka mata kita melihat sesuatu daripada perspektif berbeza,” katanya.
Ning mengambil pendekatan ini kerana memikirkan masa depan Ryan yang masih jauh perjalanannya dan persediaan harus dimulakan awal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.