“Masa Kontraksi Sakitnya Ya Ampun.” Bekas Isteri PU Abu Kongsi Momen Bersalin

Share

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini bersyukur kerana proses melahirkan anak sulungnya, Muhammad Adam Aysar Jun lalu dipermudahkan.

Menceritakan pengalaman pertama kali melahirkan anaknya itu, Ain mengalami kontraksi yang sangat menyakitkan dan tidak dijangka.

Malah anaknya perlu diberikan antibiotik selepas dilahirkan.

“Apa persamaan keychain ni dengan gambar sebelah? Samaaaa! Satu dalam bentuk keychain. Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.

“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir. Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa…rezeki kat situ,” tulisnya.

Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto bayinya saat baru sahaja dilahirkan.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecekalan serta ketabahan Ain melahirkan anaknya ketika sudah menjadi ibu tunggal.

Terdahulu, Ain diceraikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.

Sumber: Gempak & Ig Ain Afini

IKLAN