Kata orang dulu-dulu kalau ibu hamil mengidam sesuatu, turutkan risau anak yang lahir nanti meleleh air liur kerana tak dapat seperti yang diidamkan. Kalau dapat sesuatu yang diidamkan, anak yang lahir akan suka benda yang ibu itu mengidam ketika mengandung.
Sama seperti perkongsian wanita ini, dia mengidam emas sewaktu mengandungkan anaknya. Sekarang, anaknya pula terikut suka dan mahukan perkara sama malah mengamuk-ngamuk jika tidak dituruti. Video dari Tiktok yang berdurasi 1 minit ini mendapat perhatian warganet.
“Dulu mengandungkan dia mama mengidam emas. Sekarang?”
Perkara tersebut terbukti apabila sebaik sahaja si ibu menyerahkan rantai tangan miliknya kepada anaknya, kanak-kanak itu memegang rantai tangan itu dan berhenti menangis dan mengamuk.
Ads
“Berhenti Menangis”
Menurut ibu ini, anaknya hanya akan tantrum dengan teruk jika melibatkan perhiasan emas. Jika perkara lain tidak dituruti masih lagi okay tetapi bukan emas.
Menurut ibu ini lagi, dia tak menyakat anaknya malah dia hanya ingin memakai gelangnya ketika itu. Dia turut memaklumkan bahawa dia sudah membelikan gelang emas yang sama cuma size kecil sesuai untuk anaknya.
Kredit: missinOnO
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri telah mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjadi jutawaan melalui posting di instagram beliau. Beliau mempunyai enam orang anak (termasuk dua orang anak angkat). Ammar Ahyan 11, Qadejah El Zahra 9, Ibraheem Adham 7, Yusoff Alqardawi (anak angkat: Ameena 1 tahun 3 bulan & Qayyum 1 tahun 1 bulan).
Saya selalu percaya dengan rezeki anak
Waktu Ammar ada saya niaga pasar tani…lepas ammar lahir Alhamdulillah wife sy pantang dapat offer buka kedai jamu
Waktu wife sy mengandung Qadejah cawangan kedai jamu makin bertambah dari ada 1 jadi 4 dan waktu tu dalam proses nak buat Dherbs
Waktu wife sy megandung Baem masa tu mmg tengah struggle bangunkan Dherbs tu yg muka keluh kesah tu
Lepas Baem lahir Dherbs terus maju dan saya dapat beli bangunan sendiri untuk Dherbs yang bernilai hampir 2 juta (sebelum tu sewa kedai sebelah kedai tayar rm700) now syukur bangunan milik sy yg bernilai rm30juta dah berjaya saya beli
Lepas bersalin Yusoff rezeki @as.legacymalaysia . Rezeki tidak disangka dengan niat awal hanya nak bantu peniaga kecil terus mencurah-curah Allah bagi
Syukur Ya Allah sentiasa memberi rezeki pada kami sekeluarga, macam mimpi je semua percaturan allah memang terbaik
Posting beliau mendapat pujian daripada netizen. Ramai yang mendoakan semoga beliau terus dimurahkan rezeki. Ada juga yang memuji perkongsian yang dimuatnaik kali ini lebih baik dan ingin dibaca orang ramai sebagai inspirasi berbanding posting-posting Aliff Syukri yang sentiasa mengundang kecaman.
Alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah sealah alamat
Post macam ni yang orang Malaysia nak baca
Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki
Tahniah , memang kena percaya pada rezeki anak-anak
Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.
Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.
“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
MEMINTA LAPORAN PERUBATAN
Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.
“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL
Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.
DR AMALINA INGIN MEMBANTU
Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.
KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS
Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.
Bila ada anak kecil, perlu ada rasa was-was dalam diri ibu bapa. Biarpun kita anggap anak dah boleh berdikari sendiri tetapi sikap berwaspada itu penting. Sama ada di rumah atau keluar ke mana-mana sekalipun.
Sesuatu perkara nak berlaku sekelip mata saja. Kadang tak terjangkau dek akal pun. Tahu-tahu anak jadi mangsanya. Seperti perkongsian seorang bapa, Abdul Rahim, yang nyaris kehilangan anak bongsu berusia 2 tahun setengah kerana lemas dalam kolam hampir 5 minit di perkarangan rumahnya.
Pasangan suami isteri, nyaris kehilangan anak bongsu, setelah lemas dalam kolam hampir 5 minit
Menurutnya kejadian ini langsung tak terlintas di fikirannya sama sekali. Namun pada hari kejadian, ia benar-benar memberi iktibar dan berharap perkongsian ini memberi manfaat pada semua ibu bapa.
Ini kronologi apa yang berlaku kepada keluarga Alita Raysha yang lemas dan Allah masih bagi peluang kepada kami pada 17 November lalu, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;
Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat-cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR ke atas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.
Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil-manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
Alhamdulillah, esok paginya, Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya waktu kejadian, kami mungkin kehilangan anak kami selama-lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.
Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima ke atas anak-anak sentiasa diperlukan.
Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
Kami dah ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul-betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.
Saya kongsikan kisah yang berlaku pada Alita ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati-hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini (19 November), anak kami dah boleh discharge. Alhamdulillah. Semuanya selesai.
Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga. Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.